padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » » ULANGAN ADALAH PEMBELAJARAN

ULANGAN ADALAH PEMBELAJARAN

/ February 9, 2010 /
umum mengetahui, ulangan adalah suatu perkara yang berulang.. hahaha.. ulangan terbahagi kepada beberapa kategori yang boleh menunjukkan permaknaan yang berbeza.

secara mudahnya, ulangan boleh memberi kita banyak pilihan.. samada kesan yang lebih teruk, pengulangan yang sama atau yang lebih baik.. kesemuanya bergantung pada kesedaran kita untuk memanfaatkan pengulangan tersebut...

akan tetapi, adakah setiap perkara memerlukan pengulangan?.. soalan ni pun kena ulang lagi sekali ke? hahaha... setiap perkara atau keadaan yang berlaku tidak semestinya perlu berlaku pengulangan, sebagai contoh kematian, suatu yang pasti tidak ada pengulangan.. secara amnya, ada beberapa perkara yang memerlukan pengulangan dan begitulah sebaliknya...

kita lihat anak kecil, yang mula untuk berdiri dan berjalan... pasti si anak jatuh dan bangun berulang kali.. namun, dengan keinginan untuk berjaya sangat kuat, lalu belajar setiap kali jatuh.. sehingga teguh berdiri... dan ada yang berdiri di tempat yang paling tinggi antara rakan -rakannya... inilah yang di katakan sebaik - baik pengulangan.. ia menjadikan pengulangan itu sebagai satu batu loncatan untuk manfaat dirinya...

jika di luaskan pemikiran kita, cuba kita sorotkan pada kelibat si pemain bola.. dia perlu melihat ulang tayang(rakaman), supaya dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada.. supaya peluang yang di cipta dapat di manfaatkan sepenuhnya...

hindarilah kategori yang kedua dan jangan singgah pada kategori yang pertama.. peganglah pada satu prinsip.. ulangan membuka banyak pilihan.. ulangan adalah guru yang terbaik.. ulangan adalah pembelajaran..

: berapa banyak kali da ulang perkataan ulang...

5 comments:

Anonymous on: 21:43 said...

hmm..nasib baik xsemua boleh diulang sebab kalo semua bole ulang, semua org xnak buat yg terbaik utk kali pertama..-wani

{ padin } on: 22:14 said...

ulang suara... ulangan ni berguna untuk memperbaiki kesilapan.. itu lah yang di maksudkan ulangan itu pembelajaran.. kalau ulang banyak kali dok pi mai pi mai tang tu gak.. there is nothing.. kalau da pandai, tak payah melalui proses pengulangan tu.. itu lagi yang terbaik

Anonymous on: 22:18 said...

ya.. tapi biasa kita dengar orang yang berkali - kali jatuh tu lebih baik dari orang yang tak pernah jatuh, then bila sekali jatuh......

{ padin } on: 22:28 said...

bile jatuh... bangun dengan confident dan jerit... "woi, sape tolak aku tadi?" hahaha...

Anonymous on: 14:30 said...

oooooo..

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap