padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi
Home » , , » Cabaran Kurus 30 Hari

Cabaran Kurus 30 Hari

/ August 8, 2016 /
Agak tergantung dan menjadi persoalan juga definasi "kurus" dalam konteks cabaran tersebut. Berapa banyak jisim yang menyusut dalam 30 hari? Apakah aktiviti yang dilakukan? Apakah kriteria yang akan diambil kira? Adakah penggunaan suplemen dibenarkan dalam cabaran ini?

cabaran kurus 30 hari

Cabaran Kurus 30 Hari
Sepanjang Jun 2016, staf di jabatan PR bersetuju untuk menyertai Cabaran Kurus 30 Hari, di mana 2 kategori dipertaruhkan; i. Kehilangan KG Tertinggi dan ii. Kehilangan Peratus Tertinggi. Dua individu tercorot akan dikenakan penalti iaitu mengadakan "Open House" peringkat jabatan. Hahahh. Itu adalah sampingan, yang utamanya adalah mencabar diri sendiri.

Dalam cabaran ini :
1. Produk / Suplemen kesihatan
Tiada seorang pun dari jumlah peserta, yang dibenarkan mengambil suplemen kesihatan menjurus kepada penurunan berat badan melainkan sepanjang cabaran mendapat saranan daripada penasihat kesihatan. PR sendiri tahu takde seorang pon staf jabatan PR mengambil suplemen menguruskan badan.

2. Jadual Aktiviti
Tiada sebarang sekatan terhadap rutin harian dan jadual aktiviti peserta sepanjang cabaran. Peserta boleh jogging (dalam bulan puasa?), bermain futsal, beriadah bersama keluarga, atau apa - apa sahaja aktiviti yang bertujuan membakar kalori. PR memilih untuk bermain futsal seminggu sekali.

3. Pengukuran berat badan
Pengukuran berat badan akan diambil 2 kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Khamis. Masa pengukuran berat badan adalah jam 3 hingga 5 petang. Bacaan pengukuran akan direkodkan bagi memudahkan peserta menilai dan membuat strategi baru bagi mengelakkan kedudukan 2 tercorot.

4. KPI - 10% Kehilangan Berat
Indeks Petunjuk Prestasi bagi cabaran ini adalah 10% Kehilangan Berat berbanding rekod bacaan berat pada 31 May 2016. Agak tinggi juga KPI ini, tapi dah namanya cabaran, sahut saja lah!


Keputusan Cabaran Kurus 30 Hari

total kg losses
total % losses
Berdasarkan keputusan tersebut, PR berjaya merebut 1 pingat emas dan 1 pingat perak! Hahahh.. Namun, masih jauh lagi untuk mencapai KPI, apatah lagi menuju berat ideal.


Faktor Mempengaruhi Penurunan Berat Badan
Penafian : Faktor ini merupakan hasil perbincangan peserta, dan tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah secara mutlak.

1. Tabiat Makan
Pertama, cabaran ini berlangsung sepanjang hampir 3/4 Ramadhan, maka sudah tentu tabiat dan pola pengambilan makanan menjadi faktor utama menyumbang kepada penurunan berat badan.

2. Faktor Umur
Boleh dirumuskan, apabila umur meningkat kadar metabolisma semakin rendah. Kaitannya, kadar metabolisma rendah, kadar penurunan juga rendah! Hehee


3. Tabiat Beraktiviti
Dah makan, ada sumber tenaga jangan lupa untuk gunakan tenaga tersebut. Kalau tak, tenaga akan disimpan dalam bentuk lemak. Kihkih. Lakukan aktiviti yang bersesuaian untuk membakar semula kalori seperti berjalan laju, senaman ringan atau membuat kerja rumah.

4. Faktor Jantina
Disebabkan ada seorang wanita dalam senarai peserta ini dan kedudukannya tercorot, maka boleh juga diambil kira faktor jantina. Lelaki mempunyai jumlah otot yang lebih banyak berbanding wanita, dan secara langsung membezakan kadar metabolisma. Ada juga teori wanita menyimpan lemak untuk tujuan kesuburan dan mengandung, samada betul atau tidak, layankan aje.



Nota Kaki
Akhir kata, jika anda mempunyai disiplin dan fokus yang tinggi, anda pasti boleh mencapai apa yang anda niatkan. Tapi dalam kes berat badan ni, PR hanya disiplin pada cabaran saja. Apabila cabaran tamat, semua data tersebut jahanam setelah 18 hari beraya sakan di kampung halaman. Haishhh!

0 comments:

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap