padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Hobi : Koleksi 2013

/ July 27, 2013 /
Menyingkap blog entri May lalu, Peminat Die-Cast Model, pemburuan koleksi 2013 akhirnya terlaksana dengan kehadiran Vitesse - Mitsubishi Lancer Polis Malaysia di genggaman. Model berskala 1:43 ini menjadi peneman kepada Honda Civic EG6 yang aku beli tahun lalu.

Model ini yang dikeluarkan oleh vitesse hanya sebanyak 799 unit, dan unit ke - 477 menjadi koleksi aku. Pembelian dalam talian masih jadi pilihan, dengan harga RM150 seunit. Pencarian untuk model Civic EG9 masih berterusan, dan aku sangka kalau ada pun mesti daripada koleksi seseorang.

Jom layan gambar - gambar yang ada. :D

Mitsubishi Lancer : Malaysia Police

"One of a limited edition of 799"



Nak yang ni...... huhuu, Sumber : Link

Sampai bila aku akan meneruskan hobi ini? Entahlah, hehehee... 

Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka Siri 17

/ July 24, 2013 /
Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka merupakan cerpen bersiri yang telah diinspirasikan blogger Sop. Ikuti himpunan dari siri pertama hingga ke 16 di sini.

Petikan Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka Siri 16

Ketika aku diserang bertubi-tubi, aku sempat mengambil pisau di dalam poket seluar dan terus menikam tepat di perut Saiful! Nak rasakan! Aku tekan sekuat hati! Sekuat mereka membelasah aku! 

Saiful yang kesakitan terus rebah! Rakan-rakan lain terpaku! Mereka terkejut apabila Saiful tiba-tiba rebah akibat tikam tersebut!

"Siapa lagi hendak rasa manis tikaman pisau pusaka ini!" Jerit aku.


Tiba - tiba...

"Dahla tu bang... dah petang ni, nanti kita ziarah lagi ya.."

Tanpa aku sedari, manik jernih berjurai membasah pipi. Lamunan aku disentak suara Maria, wanita yang aku nikahi 5 tahun lalu. Tangan kecil menghulur sapu tangan kepada aku.

"Kenapa ayah menangis kat sini? Batu ni marah ayah ke? Orang besar pun menangis ke?"

Bertalu - talu soalan menerjah ke ruang telinga. Ikut rasa, hendak saja aku tendang anak kecil ini. Rimas. Tetapi , itu aku 20 - 30 tahun yang lalu. Penuh ego. Degil. Keras kepala. Panas baran. Syukur, Tuhan mengirimkan Maria yang sabar dengan kerenah aku, dan sedikit sebanyak mengubah persepsi aku tentang kehidupan lebih - lebih lagi hidup berkeluarga.

Sebaik sahaja menerima berita kematian Saiful dan aku dimasukkan ke dalam penjara, ibu dan ayah ada datang melawat. Tetapi aku tidak mengendahkan kehadiran mereka. Aku merasakan mereka adalah punca segala - galanya yang mengheret aku ke bilik jahanam tersebut.

"Kimie, ibu dan ayah awak ada di bilik pertemuan. Apa benar kamu tidak mahu berjumpa mereka?" Soal pegawai penjara.

"Pergi jahanam mereka! Aku taknak jumpa diorang!! Aku dah lama takde makbapak... "

Aku tidak menyangka itulah kali terakhir hayat mereka di dunia ini. Aku dikhabarkan berita buruk tersebut oleh pegawai penjara di mana kedua orang tua aku terlibat dalam kemalangan maut. Namun hati aku mati. Tidak ada sekelumit rasa sedih, malah seakan bertepuk tangan mendengar pengkhabaran tersebut.

Selepas aku dibebaskan,... (Bersambung)

Minta penulis rafinamimi.com untuk menyambung siri seterusnya... :D

Update : (17 Feb 2016) : Entri sambungan tidak dapat dikesan. Huhuuu

2 Tahun Bersama

/ July 23, 2013 /
Hehehh, terasa cepat masa berlalu. 2 tahun sudah bersama. Kereta pertama yang telah bersama aku sampai ke Kuantan, Kuala Terengganu, Bentong, malah merentas ke utara - Batu Feringhi dan Beseri. "Kuda tua" bagi sesetengah orang, tapi ia tetap teman istimewa bagi aku yang mengimpikan kehadirannya sejak bertahun dahulu.

Kos penyelenggaraan kereta lama memang tinggi sikit berbanding jentera baru, tapi yelah, bukan hari - hari dia meragam. Paling tinggi setakat ini semasa aku menukar sistem suspensi depan dan belakang, dan tampak pemanduan lebih meyakinkan.

Honda Civic Eg9 Brochure 1992

Honda Civic Eg9 Brochure 1992 - dalaman

Sepanjang 2 tahun, 3 saman telah dikeluarkan kerana pemanduan melebihi had laju yang ditetapkan, dan juga satu saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran fancy (memang sengaja mencari penyakit, hahahh).

My Eg9

Apa kereta pertama anda? Adakah ia masih bersama anda, atau telah dijual? Jom kongsi cerita. :D

Salam Ramadhan 2013

/ July 10, 2013 /
Pejam celik, dah bulan Julai bagi tahun 2013 ni.. Dah habis separuh tahun. Mungkin bagi sesetengah individu ada beberapa perkara yang dirancang telah dilaksanakan pada setengah tahun yang pertama. Kalau ada yang belum terlaksana, masih ada baki 6 bulan lagi, :D

Di kesempatan ini, aku selaku penulis padinno.com ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada anda (bagi yang beragama Islam).


Rutin harian berjalan seperti biasa. Di samping kita menjalani ibadah puasa, jangan lupa juga dengan ibadah tambahan yang lain, moga Ramadhan kali ini lebih manis berbanding tahun sebelumnya. Akhir kata, sekali lagi aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa..
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap