Sebulan sebelum tamat tempoh domain, NetKL pasti akan beri reminder melalui emel bagi mengelakkan terlupa dan mengakibatkan domain blog akan di nyahaktifkan. Dalam tempoh sebulan itu juga akan terima emel yang sama.
5 Tahun Dengan NetKL
Genap 5 tahun padinrose.com bersama NetKL. Untuk makluman pembaca, PR menggunakan platform blogger tetapi custom domain menggunakan perkhidmatan NetKL. Untuk tahun sebelum 2016, PR pernah menggunakan custom domain padinno.com melalui pertolongan rakan blogger awal 2010.
Harga bagi penggunaan domain [dot]com ini hanya RM45 setahun. Baik register baru, transfer mahupun renewal. Selain [dot]com, terdapat banyak lagi domain yang disediakan seperti [dot]net (RM49/year), [dot]biz (RM55/year) dan lain - lain lagi. Selain harga domain, PR turut melanggan Privacy Protection dengan harga RM15 setahun.
Privacy Protection is an optional service to enable a domain's owner to hide their private info (eg Name, Mailing Address, Tel No, Email, etc) from being displayed in WHOIS server.
Dalam entri terdahulu, PR menyebut keinginan untuk menyewa hosting juga namun bila dilihat keadaan dan norma kerja PR masa sekarang ni, PR kurang dapat menyesuaikan masa untuk menulis blog apatah lagi untuk perkara - perkara berkaitan blog seperti review, advertisement dan SEO. Jadi berhenti sahaja dahulu niat untuk melanggan pakej domain + hosting NetKL.
Kepentingan Domain Untuk Blog
PR tak mahu ulas panjang perihal kepentingan domain untuk blog. For real bukan saja untuk blog tetapi bagi sesiapa yang ada landing page untuk perniagaan khususnya. Dalam banyak - banyak sebab yang penulis lain nukilkan, PR cuma mahu menekankan custom domain ini sebagai salah satu teknik penjenamaan.
Bila jenama dikenali, yang lain - lain akan datang sendiri. Anda boleh baca penerangan daripada blogger ini "6 Sebab Perlu Ada Nama Domain Sendiri Untuk Blog".
Untuk mengetahui lebih lanjut perkhidmatan yang ditawarkan dan promosi - promosi terkini daripada NetKL, ayuh.
Setelah 3 tahun dipinjamkan ke Jabatan Kimia, akhirnya 1 Januari 2021 PR dapat semula pulang ke Jabatan asal, Diploma Gas, IKM Johor Bahru. Sememangnya PR memulakan karier di Diploma Gas pada 2009, dan diamanahkan untuk menggalas Ketua Jabatan Kimia bermula lewat 2017 dengan beberapa KPI untuk dicapai.
Nak kata sangat terbeban dengan dua tanggungjawab berbeza PR boleh katakan tidaklah terlalu mengganggu. Banyak perkara yang PR pelajari bagi kerja - kerja pengurusan sepanjang 3 tahun tersebut. Bila dah balik semula ke sarang asal, be like.. whoahh I'm coming home!
 |
Gambar Hiasan saje |
Adat berpindah, pasti banyak benda yang berbeza. Perlu PR jelaskan di sini PR cuma berpindah antara jabatan sahaja bukan berpindah ke pusat lain, masih di Johor Bahru. Dari segi fasiliti, yeah PR lebih gemarkan duduk bilik seorang. Unit komputer (spec prestasi tinggi) dan mesin pencetak disediakan untuk Ketua Jabatan. Paling seronok masa Perintah Kawalan Pergerakan ni adalah online class - lebih privacy semasa di dalam bilik berseorangan.
Untuk di Jabatan Gas, semua pensyarah dikumpulkan dalam bilik pengajar yang sama. Jadi kalau buat online class serentak agak mengganggu sedikit. Tapi, itu bukan alasan untuk tidak melaksanakan amanah dengan sebaiknya.
Jadi sekarang, workstation PR sudah tidak berdebu lagi. Semuanya sudah ready untuk kerja - kerja yang lebih lancar. Talian internet telah dipasang, komputer juga telah disambungkan kepada printer gunasama. Cuma mesin tersebut tidak bersekali dengan fungsi pengimbas. PR kena gunakan aplikasi di telefon untuk mengimbas dengan lebih cepat dokumen - dokumen yang perlu dalam bentuk softcopy.
Tidak banyak untuk cerita di awal tahun. Jadi PR mulakan perihal kerjaya semoga tahun ini PR dapat terus memberi sumbangan terbaik seperti mana yang diamanahkan.
Hampir setahun (kali terakhir November 2019) baru lah boleh PR tebus mata ganjaran PLUSMiles. Item ke-empat yang PR tebus adalah Apacer 32GB USB 2.0 Dual Flash Drive. Tahun 2020 ini sedia maklum negara Malaysia memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac sehingga sekarang dengan beberapa pindaan. Jadi pergerakan agak terbatas dan kumpul mata ganjaran juga sedikit terbatas.
 |
Apacer 32GB Dual Flash Drive |
Tebus Item Terpilih dengan Mata Ganjaran Kesetiaan PLUSMiles
Bagi pembaca yang terlepas entri terdahulu, PR pautkan semula berkaitan program ganjaran kesetiaan bersama PLUSMiles. Entri ini PR terangkan bagaimana untuk mendapatkan jam percuma dari PLUSMiles.
Mata Ganjaran vs Mata Ganjaran + Tunai
Melalui sistem penebusan terkini, anda boleh memilih untuk menggunakan mata ganjaran sepenuhnya atau pun mata ganjaran + wang tunai. PR memilih untuk menggunakan mata ganjaran sepenuhnya untuk menebus OTG Drive tersebut. Walaupun PR tak dapat menggunakan OTG tersebut sebab PR pengguna iphone SE, jadi PR hadiahkan sahaja kepada ciktom.
Sasar Pineng Powerbank
Sasaran PR untuk item kelima adalah powerbank. Mata ganjaran yang diperlukan adalah 9800 mata dan baki mata ganjaran dalam akaun PR adalah 2013 mata. Lama lagi tu nak bagi cukup. Sebulan maybe boleh dapat 600 - 700 mata sahaja kalau ikutkan perjalanan pergi balik kerja. Tapi tak apa benda percuma. Dapat apa pun tak kisah, cepat atau lambat sahaja.
Ok. Itu sahaja quick update. Lama tak mengarang macam tepu pulak.
Alhamdulillah selepas 3 tahun sejak PR berpindah ke rumah baru, 28 Ogos 2020 rumah PR dah ada perkhidmatan internet daripada unifi. Agak lama juga kiranya menunggu talian internet yang pantas sebab kerja - kerja PR dan ciktom memang memerlukan talian internet tambah - tambah lagi untuk menulis blog.
PR langgan pakej kelajuan 30Mbps dengan bil bulanan RM89. Kalau ikutkan banyak lagi pakej lain seperti yang dinyatakan dalam web unifi.
TV Box Streaming
Lewat 2017, PR ada menyatakan untuk terminate siaran tv berbayar yang PR dah langgan sejak 2012 disebabkan faktor penjimatan. Lagi pula masa tu PR dan Ciktom memang jarang sangat tengok tv. Sekarang ni pun banyak dah provider untuk siaran tv dengan harga langganan yang lebih kompetetif.
Adira pun dah pandai request siaran tv. Jadi, sesuai jugalah PR mencari kembali siaran - siaran tv yang beraneka selain daripada yang ditawarkan dalam pakej MyTV. Rakan sekerja PR mencadangkan untuk menggunakan peranti android box.
Pada mulanya, PR berhajat untuk mendapatkan tv baru yang built in perisian android. Rakan PR membeli android tv 65 inci semasa PKP dengan harga bawah RM2000. Rasa teruja juga dengan saiz dan harga berkenaan. Tetapi tv sedia ada di rumah masih elok dan tidak menunjukkan sebarang petanda untuk diganti.
Mi TV Stick | Plug & Play!
Seorang lagi rakan sekerja PR mencadangkan untuk memasang sahaja peranti android tanpa perlu menukar tv. Mi TV stick ini daripada jenama Xiaomi. Mi tv stick mendukung Android 9.0 version dan mudah untuk digunapakai dengan hanya pautan HDMI.
PR beli di shopee. Tengok review daripada pembeli sangat mendorong PR untuk membuat pilihan tambahan pula semasa order, dah lebih 1600 unit terjual. Tv stick ini didatangkan dengan 1 x Mi tv stick, 1 x power supply cable, 1 x Manual dan 1 x remote control.
Layan Siaran Bola Hujung Minggu
Dengan adanya peranti android dan sokongan internet berkelajuan tinggi, dapatlah PR layan siaran perlawanan bolasepak baik liga tempatan mahupun antarabangsa. Molek sungguh timing kebetulan pula liga bolasepak akan bermula awal September ni.
Jadi bagi anda yang memikir untuk upgrade ke android tv, cuba jadikan Mi stick tv sebagai pilihan tanpa anda perlu menukar tv dengan modal belanja hanya RM139 sahaja (harga berbeza mengikut penjual).