Sebenarnya dah lama PR berhasrat untuk menulis perihal bisnes kedai makan sahabat PR ni, cuma yelah banyak perkara yang buat tertangguh. Jadi ada ruang dan masa ni, PR tulislah. Sahabat PR ni bukanlah asing dalam dunia perniagaan. Lebih 10 tahun rasanya tapi dalam bidang fesyen baju muslimah dan kurta lelaki. Alhamdulillah hujung tahun 2019, beliau telah membuka bisnes baharu, Restoran Sodek.
Restoran Sodek, Bandar Baru UDA, JB
Menu utama bagi restoran ini adalah nasi kukus, dipadukan dengan samada ayam goreng berempah, gulai kambing warisan dan ayam masak merah. Ha, bagi PR sendiri memang kena lah dengan selera sebab PR memang suka sangat nasi kukus ayam berempah.
Selain nasi kukus, Sodek juga menawarkan menu lain seperti bihun sup berapi dan nasi lemak ayam berempah. Restoran ini beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Jadi, menu sampingan untuk sarapan turut disediakan seperti nasi goreng, mee goreng dan bagi yang suka santai, roti bakar juga boleh dijadikan pilihan. Rata - rata, pelanggan menunjukkan tanda bagus pada setiap hidangan restoran Sodek.
Maklumat lanjut : FB Sodek
Namun PKP yang bermula 18 Mac sedikit sebanyak merencatkan aktiviti perniagaan bukan sahaja kedai makan, tetapi boleh kata sebahagian besar sektor ekonomi. Mujur, pengalaman dalam perniagaan fesyen boleh diterapkan dalam bisnes makan juga. Ya, perkhidmatan delivery! Sodek menyediakan perkhidmatan membungkus dan menghantar pesanan kepada pelanggan di kawasan berdekatan.
Bersesuaian lah dengan saranan kerajaan, kita perlu bersedia untuk budaya norma baharu. Ini juga merupakan hikmah disebalik pandemik yang melanda bukan sahaja di negara Malaysia bahkan di seluruh dunia. Tambahan pula di bulan Ramadan ini, molek sangat bisnes makan delivery tatkala bazar Ramadan terpaksa dibatalkan bagi mengelakkan penularan wabak.
Bisnes Makan Delivery
Di sini, PR ingin mengesyorkan kepada anda yang ingin memulakan bisnes makan delivery untuk memiliki ebook panduan Bisnes Makan Delivery.
Dalam ebook tersebut, penulis menerangkan 9 perkara utama bagi memulakan bisnes makan delivery. Antaranya ialah
- 5 persediaan sebelum mula bisnes
- kaedah - kaedah jualan
- cara pembungkusan
- cara dan time buat iklan
- dan banyak lagi....
PR bukanlah usahawan, cuma seronok belajar bersama usahawan. Dalam apa pun perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran dan rintangan, dan PR akui seronok mempelajari bagaimana usahawan - usahawan ini menghadapi cabaran seterusnya dapat memuaskan hati pelanggan.
Okey, jam dah menunjukkan 1.45 pagi. Perut terasa lapar pulak. Apa bisnes makan yang ada delivery awal pagi ni ye?
0 comments