Sejak dari bangku sekolah lagi, PR memang sukakan kegiatan luar seperti aktiviti perkhemahan, jungle trekking dan aktiviti mendaki bukit serta gunung. Sehingga lah pada Januari 2015, pencapaian tertinggi adalah mendaki dan berjaya ke puncak Gunung Kinabalu.
Sepanjang penglibatan PR selaku pengiring kepada pelajar bagi melakukan aktiviti perkhemahan dan pendakian gunung, perkara yang sering diperhatikan pelajar ini tidak menyediakan peralatan asas untuk diri sendiri. Apa yang terlintas di kepala, mengerah keringat, mendaki gunung untuk menjadi yang pertama tiba.
10 Barang Yang Perlu Di bawa Semasa Mendaki Gunung
1. Beg galas
Dinasihatkan anda membeli beg galas yang sedang - sedang sahaja. 45L - 55L pun sudah memadai. Dari masa ke semasa jika anda merasakan ingin menambah barangan tambahan, bolehlah guna beg galas yang lebih besar kapasitinya.
Ciri - ciri penting beg galas anda termasuklah
- kalis air dan tahan lasak (tear resistant)
- Rekabentuk ergonomic
- Chest belt boleh laras
- Pelindung hujan (disertakan sekali)
Anda boleh melihat contoh - contoh beg galas di pautan ini >> hiking backpacks
2. Kasut Mendaki
Sebaiknya anda beli kasut khas untuk mendaki. Tapi untuk kali pertama, anda boleh gunakan kasut sukan tapi dikhuatiri tapak yang tidak sesuai menyebabkan licin dan kasut akan rosak. PR cadangkan anda gunakan kasut 'adidas kampung' - kasut getah. Modal hanya RM10 - RM15.
Tak seronok pakai kasut tak berjenama? Jangan risau. Ada banyak cara untuk menghabiskan duit anda! Boleh lihat di pautan ini >> Men's Hiking Shoes,
Stokin jangan lupa ye! Ini boleh mengelakkan kaki anda melecet tambah - tambah lagi dalam keadaan lembab.
3. Ground sheet / Hammock
Anda perlu sediakan pelapik untuk berehat di puncak. Anda boleh pilih samada ground sheet biasa ataupun trend terkini menggunakan hammock
4. Pakaian Mendaki
Gunakan baju yang paling ringan, dalam kes ini anda boleh gunakan baju jenis sintetik quick dry. Seluar mendaki cari lah yang sesuai dan selesa. Ada orang selesa seluar pendek, tiga suku atau pun track panjang. Jangan gunakan seluar slack atau jeans.
Sediakan baju hujan atau wind breaker bagi tujuan kecemasan seperti hujan atau pun suhu rendah biasanya di puncak gunung. Jangan memakai jaket sewaktu mendaki bagi mengelakkan masalah dehidrasi.
5. Lampu Suluh / Pisau Lipat / Pemetik Api
PR nasihatkan anda menyediakan alatan asas ini pada setiap kali pendakian. Ia sangat berguna dalam keadaan kecemasan.
Boleh jadi pisau lipat seperti gambar di atas, atau pun multi-tools yang lain seperti di pautan ini >> knives & multitools
6. Bekas Air Minum
Tak kisahlah bekas sendiri atau botol air mineral, yang penting anda sangat perlukan air minuman. Bawa sekurang - kurangnya 1.5L - 2.0L air untuk kegunaan mendaki naik dan turun. Jika anda menggunakan air mineral, botol yang kosong janganlah dibuang merata - rata, sebaliknya simpan kalau - kalau ada sumber air di sepanjang pendakian ataupun buang sahaja setelah selesai mendaki.
7. Tongkat
Tongkat atau walking stick membantu anda ketika mendaki dan menuruni curam. Ia mengelakkan ketegangan pada otot dan lutut. Jika tak mahu beli, boleh saja anda dapatkan ranting kayu yang kukuh bagi membantu anda.
8. Telefon / kamera
Anda boleh gunakan telefon anda bagi tujuan kecemasan atau merakamkan saat pendakian anda. Zaman sekarang ni PR yakin semua orang meletakkan telefon di senarai yang pertama.
9. Makanan semasa mendaki
Bergantung kepada trek pendakian. Kalau setakat bukit pendek atau gunung sederhana, memadai makanan ringan tenaga seperti kismis, kekacang dan coklat. Jika anda mahu lama di puncak atau sesuatu kawasan, anda boleh membuat pilihan samada membawa makanan siap (bungkus) atau memasak. Pastikan peralatan memasak adalah lengkap dan mencukupi.
10. Wisel
Tidak kurang pentingnya item ke-10 ini. Wisel sangat penting bila berlakunya kecemasan lebih - lebih lagi kumpulan pendaki lain jauh berada di hadapan atau di belakang. Dinasihatkan, lebih penting anda bergerak dalam kumpulan, maintain dengan pace, tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan.
Nota Kaki:
Walau apa jua alasan untuk mendaki, samada pertama kali, saja mengikut rakan, melihat alam semulajadi atau apa sahaja, eloklah anda menyediakan diri anda dengan kecergasan fizikal selain 10 barang yang perlu di bawa semasa mendaki gunung bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini.
Bagi anda yang ingin mendaki gunung, selamat mendaki dengan selamat!
0 comments