Alhamdulillah, dah setahun saya menggunakan kereta baharu, Honda Civic (FE) RS petrol 1.5T platinum white sebagai kereta utama menggantikan Honda Odyssey (RB1). Saya ambil keputusan untuk menjual atas banyak faktor terutamanya kereta tersebut telah hampir 20 tahun.
Rezeki Tepat Waktu
Saya bersyukur Tuhan mudahkan urusan jual beli walaupun pada suatu ketika saya sangat berbelah bagi. Tuhan hadirkan orang baik - baik. Tuhan lorongkan jalan yang terbaik. Akhirnya pertengahan Ogos saya bawa balik Civic FE RS ni ke kediaman.
At a Glance
Sedikit input kepada anda, rebat semasa pembelian ada sebanyak RM7,000 (Ogos 2025). Saya sediakan deposit hampir RM50,000 termasuk aksesori side skirt, rear dan door visor - konsep Modulo. Jadi total pinjaman adalah sekitar RM105,000, dan bayaran balik selama sembilan (9) tahun.
Kos Bela dalam tempoh setahun
Kos ni boleh jadi berbeza sebab minat, kemampuan dan keperluan masing - masing. Jadi saya coretkan pengalaman saya sendiri sahaja untuk rujukan anda.
1. Aksesori (Exterior)
Bagi bahagian luaran, side skirt dan rear skirt saya menggunakan default package Honda - Modulo. Bahagian bumper hadapan, saya convert ke bumper FL5. Kos bumper RM1,700, front-lips RM300 dan rear emblem Honda (merah) RM40. Dan saya ada juga menukar cermin sisi pandang belakang (RM180) kepada "blue mirror" untuk mengurangkan silau lampu kenderaan dari belakang terutamanya waktu malam.
Total: RM 2,220
2. Upgrade Performance / Handling / safety
Seperti kereta Axia Ciktom, Civic FE ini juga saya pasang front strut bar untuk menambah keselesaan terutama ketika selekoh. Bar yang saya gunakan dari Ultra Racing.
>> Bar Ultra Racing <<
Total: RM 330.
3. Aksesori (Interior)
Untuk aksesori dalaman saya telah merekodkan pembelian 18 item di dalam talian dengan jumlah RM602 (rasanya tak termasuk kos pos). Berikut merupakan beberapa item yang saya rasa menarik dikongsikan:
a. Car Mat (Trappo). >>link
b. RS emblem >>link
c. Screen protector >>link
d. Center storage >>link
e. emblem steering >>link
f. door sill >>link
Decal "RS" dan pewangi jenis gel
4. Penyelenggaraan (Preventive Maintenance)
Setakat ini sudah dua (2) kali untuk service (preventive maintenance). Penyelenggaran perbatuan 10,000km pada Disember 2025 dan penyelenggaraan perbatuan 20,000km pada April 2026.
Kos Disember 2025 - RM 484
Kos April 2026 - RM 501
5. Pembaharuan insurans
Saya menggunakan Liberty Insurance dengan sum insurred RM133,000, NCD55%, jumlah akhir pembaharuan insurans adalah RM2,190 sahaja.
Penutup
Jika anda berfikir untuk menggunakan Civic RS, bolehlah jadikan tulisan ini sebagai rujukan anda untuk buat kira - kira. Terima kasih.
Download

















