Cuti daripada kerja hakiki, di kampung aku dalam proses membina bilik persendirian daripada rumah utama mak ayah aku. Sebab aku daripada kecil tiada bilik khusus dan biasanya tidur di ruang tamu sahaja. Segala barang milik peribadi aku berkongsi dengan abang aku.
Progress pembinaan bilik tu agak perlahan kerana banyak faktor terutama modal la. Dari segi upah aku boleh jimat sedikit pasal ayah aku memang tukang rumah. Faktor lain adalah orang tua tu dah tua, dah 63 tahun, lagipun tiada pembantu - mak aku hanya menjadi peneman sahaja.
Aku nak upah orang lain, dia tak bagi. Tak puas hati katanya kalau orang lain yang buat. Faktor tambahan yang melambatkan proses ialah bentuk mukabumi kawasan pembinaan bilik tu. Rumah utama dah ada 4 bilik, dan bilik aku asing sedikit daripada rumah utama kerana kawasan sedikit berbukit dan bumbung untuk sambungan dah terlalu rendah.
3 Mac 2012 - Proses pembinaan benteng dan tangga
17 Mac 2012 - Proses pembinaan tapak dan mendirikan tiang
17 Mac - Benteng dan tangga yang telah siap
Jun 2012 - Separuh dinding telah dibina
Halaman Rumah : Kawasan parking kereta aku merupakan tanah tambak
Bila bilik siap nanti, parking lot ini aku yang punya! hehehe
Maka proses untuk meratakan tanah tu agak ambil masa. Senang cerita kawasan rumah aku berbukit dan kiranya rumah aku umpama di bina di lereng. Untuk bulan Oktober ni dinding telah siap sepenuhnya tapi belum di plaster lagi. Lepas ini pasang kayu dan bumbung, kemudian baru selesaikan lantai dan kemasan dinding.
Aku harap, menjelang Januari 2013, aku dah boleh tidur di bilik tu. :D