Iklan merupakan salah satu pilihan untuk mempromosikan bisnes atau perniagaan. Iklan ini boleh disediakan dalam pelbagai saiz samada berbentuk fizikal mahupun digital. Rekabentuk menarik dan maklumat yang jelas menyumbang kepada keberkesanan iklan bagi sesuatu produk.
7 Idea Design Banner yang Menarik
PR beranggapan, tiada cara khusus yang menjamin iklan anda 100% conversion, namun idea – idea yang digunapakai oleh syarikat perniagaan gergasi, usahawan berjaya atau tenaga pengajar boleh diambil kira untuk diamalkan pada perniagaan anda. Boleh guna ketujuh - tujuh idea ini ataupun sebahagiannya.
1. Kedudukan logo perniagaan, tagline di bahagian atas
Logo dan tagline ini sebolehnya letak di bahagian atas banner. Posisi ini biasanya berpeluang tinggi ditangkap mata. Anda perlu perkenalkan identiti bisnes, perkuatkan brand awareness kepada pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.
2. Gunakan gambar berkualiti tinggi
Anda sendiri akan rasa terganggu bila melihat gambar yang tidak jelas, kabur dan berkualiti rendah. Maka, gunakan gambar berkualiti tinggi. Pilih gambar yang mempunyai nilai tinggi dan emosi.
Tips Super: Kalau produk menggunakan model, elakkan menggunakan gambar model penuh, sebaliknya zoom in kepada bahagian tertentu sahaja. Jangan lupa aplikasikan “Rule of Third” bagi reka letak gambar produk anda.
3. Pilih warna yang tepat
Menggunakan warna latar putih adalah terlalu biasa. Gunakan warna ini jika anda betul – betul kering idea. Sebaiknya, cuba olah warna latar menggunakan warna yang tepat. Perkataan “tepat” itu sendiri subkejtif.
Sebagai contoh, jika produk anda baju kurung yang dipakai oleh Muslimah yang sopan santun, maka gunakan warna lembut sebagai latar. Berbeza jika anda ingin menjual makanan atau air minuman, vibrant colour adalah lebih baik sebagai cara untuk meningkatkan nyala rasa pelanggan.
4. Sampaikan mesej promosi dengan singkat, padat dan informatif
Sungguhpun banner ini mempunyai ruang yang luas, tapi tidak bermakna anda perlu memasukkan banyak kandungan promosi. Lebih baik anda buat cerpen atau certot? Anda kena ingat, pengguna ni bukan ada masa sangat nak baca banyak – banyak tulisan.
Bincang dengan team, putuskan mesej promosi yang singkat tetapi informatif. Asal saja mengikut konsep A.I.D.A, mesej kecil – kecilan bolehlah diketepikan. Tulis mesej yang betul – betul perlu sahaja.
5. Bahasa Marketing yang Wow!
Fikir dan kaji bahasa pemasaran yang membolehkan pengguna menoleh, membaca dan berminat dengan iklan anda. Bahasa ini biasanya juga dikenali sebagai “magic word” yang mencairkan bakal pelanggan anda.
Contoh magic words adalah seperti “percuma”, “sale”, “diskaun hebat”, “harga istimewa” dan lain – lain lagi. Jadi, pilih bahasa yang tepat sesuai dengan promosi anda.
6. Susunan Informasi
Kebiasaannya, orang akan membaca dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan. Kecuali kalau tulisan jawi, orang akan membaca dari kanan ke kiri. Jadi, letaklah mesej promosi di bahagian kiri. Susun mengikut aturan A – Attention, I – Interest, D – Desire, A – Action (call to action).
7. Call to Action
Bagaimana cara pengguna untuk menghubungi anda? Samada mahu bertanya lanjut berkaitan promosi, produk atau pun kaedah pembelian. Anda perlu tentukan samada meletakkan no telefon, alamat premis perniagaan ataupun website jualan.
Praktis Selalu, Pengalaman Bertambah
So, dia atas adalah antara 7 idea untuk menghasilkan iklan yang menarik dan beremosi. Apapun, idea – idea ini kadangkala sukar diterjemahkan, jangan risau dan khuatir. Anda boleh merujuk kepada iklan – iklan yang disediakan oleh perusahaan lain dalam bidang yang sama. Lama – kelamaan anda akan lebih mahir dan berpengalaman. Selamat mencuba.
Jika anda mahu mendapatkan khidmat nasihat atau hasil sentuhan PR, boleh saja ajukan di ruangan Contact Me!
kredit gambar : FB Pages Busana Jamilah