Selamat Datang Ke padinno.com
Hari Sabtu tempoh hari, aku bersama rakan staff lain menyertai pertandingan bolasepak 9 sebelah, yang di anjurkan Badan Sukan Pelatih IKM Johor Bahru. Penyertaan boleh kata memuaskan, penglibatan pelajar bagi setiap kursus boleh di banggakan sekalipun ada 3 kursus yang menarik diri.
Perlawanan bermula seawal jam 9 dan berakhir pada jam 2 petang. Setiap perlawanan memakan masa 7 - 1 -7 minit. Pasukan di bahagikan dalam 4 kumpulan, di mana 2 pasukan teratas akan layak ke pusingan suku akhir.
Pasukan staff bermula baik di peringkat kumpulan, dengan menewaskan Pasukan Pembuatan dengan jaringan 1 - 0. Pada perlawanan kedua, pasukan staff sekali lagi mudah menundukkan pasukan DTMG, 2 - 0. Dalam perlawanan ini, aku turut menyumbangkan satu gol.
Tuah si pemakai Nike Mercurial Vapor Victory ni nampak baik apabila berjaya sekali lagi menjaringkan gol pendahuluan di suku akhir, sebelum keputusan perlawanan berakhir dengan kedudukan seri, 2 -2. Pemenang di tentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Bagi aku, pertama kali menggalas tugas untuk mengambil sepakan, berasa amat sukar rasanya. Menjadi penyepak ketiga, rasa gemuruh tu dah berkurangan juga. Tendangan yang di buat rendah ke kanan, dan penjaga gawang meneka dengan tepat, nasib baik bola tu pergi laju dan melangkaui penjaga gol.. Fuhh.. pasukan staff menang 4 - 2.
Di peringkat separuh akhir, mungkin faktor umur dan stamina, pasukan staff terpaksa akur dan tunduk 1 -2 kepada pasukan Maritim (juara kejohanan). Menjelang tengahari, rata - rata pemain pasukan staff seakan meminta nyawa kedua, termasuk aku untuk meneruskan permainan. Atas persetujuan pasukan lawan, penentuan tempat ketiga dan keempat di tentukan menerusi sepakan penalti sahaja.
Akhirnya, pasukan staff berjaya mengenepikan cabaran pasukan Air-cond dengan keputusan 4 - 2. Walaupun berada di tempat ketiga, aku masih berpuas hati kerana setiap perlawanan, aku di turunkan sebagai pemain penyerang utama. Seperti yang aku idamkan dulu, kurang dari setahun aku berjaya menambat hati pengurus untuk menjadi pemain utama pasukan IKM JB.
Kini, hanya satu. Aku berharap akan sentiasa menjaringkan gol pada setiap perlawanan, dan mungkin akan bergelar goal machine, sebaris dengan senior yang ada dalam pasukan. Tiada apa yang dapat menggembirakan aku, bila di beri kepercayaan menyarung jersi no 9, nombor tuah aku selama ini dalam sukan bolasepak.
Apa pun, kerjasama berpasukan amat di hargai. Sebagai organisasi yang bertindak mencapai tujuan dan hasrat yang sama, kerjasama merupakan perkara terpenting. Sama dalam kehidupan, bantu - membantu merupakan amalan murni yang perlu sentiasa kita amalkan.
Terima Kasih ~ Datang Lagi