Kadangkala, ada perkara yang kita boleh lihat dengan jelas, ada perkara yang terlalu abstrak dan mungkin lebih cerewet untuk di fikirkan. Mudah kata, sesetengah perkara kita boleh pandang ia sebagai suatu yang objektif dan juga boleh jadi terlalu subjektif. Dalam banyak perkara itu, aku cuba selongkarkan satu - HATI.
Secara objektif, hati merupakan salah satu organ yang terbina dalam tubuh badan manusia, menjalankan fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah [1]. Namun, organ ini juga sering di kaitkan dengan perkara lain yang lebih subjektif. Hehee, sabar... jangan kerutkan dahi anda.
Kata 'hati' dalam penggunaan seharian (simpulan bahasa) agak luas, dan punya maksud yang berbeza mengikut kesesuaian.
1. Ada Hati - Berkeinginan; tak kisah la ada hati pada perkara apa pun, contohnya ada hati nak jadi penyanyi, ada hati pada Rozita Che Wan hahahh...
2. Makan Hati - Rasa Tersinggung; lebih kurang macam.. "Aik, sentap???" hahaa..
3. Buah Hati - Kekasih; hahaa kenapalah buah hati tu kekasih ye?? Emm...
4. Ikut Hati - Naluri (kot?); umm.. kalau ikutkan hati, nak je kawin lari! Eh, tak payah ikutkan hati sangat, akal yang kawal hati, bukan hati yang kawal akal.
5. Susah Hati, Lembut Hati, Lubuk Hati, Luka Hati, Kunci Hati.... dan lain - lain lagi simpulan bahasa yang berkaitan dengan hati.
Jika anda perasan,
simpulan bahasa yang menggunakan perkataan hati mesti mengaitkan dengan perasaan manusia. Uniknya, seketul hati boleh melibatkan banyak perasaan.
Ada perasaan marah, ada dendam, sedih, gembira, seronok, takut, cemburu, meluat, teruja, dan pelbagai lagi jenis perasaan. Di sebabkan kepelbagaian inilah, anda boleh lihat sikap manusia itu berubah - ubah, langsung dari perubahan rasa hati individu tersebut. Perubahan ini kadangkala menjadikan ia suatu yang menghiburkan, tetapi adakala amat rumit dan melecehkan.
Bagi aku, rumit dan leceh bila memperkatakan soal hati manusia ni... Kata anda?