Ini kali ke-5 saya tebus item menggunakan mata ganjaran terkumpul Plusmiles sejak Mac 2019. Jarak penebusan yang ke-5 ini agak jauh juga dari yang ke-4, (Dec 2020), maklumlah waktu itu PKP jadi perjalanan agak terhad dan kurang lah nak kumpul mata ganjaran.
Tebus Item Terpilih Dengan Mata Ganjaran Terkumpul Plusmiles
Bagi pembaca yang terlepas artikel terdahulu, saya pautkan semula artikel Jam Percuma dan Tebus Apacer 32GB Flash Drive dengan Plusmiles. Pada penebusan terakhir, saya merancang untuk menebus powerbank, tetapi rupanya item tersebut sentiasa berubah mengikut masa dan stok agaknya.
Botol Air Eplas (Heavy Duty) 1600 ml dan 1500 ml
Saya pun agak lama tidak menyemak mata ganjaran terkumpul di website Plusmiles. Apabila berkesempatan untuk menyemak, saya lihat mata ganjaran hampir 10,000 dan ada yang hampir luput. Jadi bila difikirkan ada item yang boleh ditebus dengan mata ganjaran sedia ada, tanpa berlengah saya membuat tempahan.
Item pilihan kali ini adalah botol air Eplas 1600 ml dan 1500 ml, dengan mata ganjaran diperlukan adalah 8,400. Saya tahu koleksi botol air sedia ada pun dah banyak di rumah, tetapi saya fikirkan adalah lebih baik tebus dan boleh diberikan pada sesiapa yang memerlukan.
Hadiah Buat Pelajar
Sepertimana niat awal, 2 botol air yang diterima saya hadiahkan kepada pelajar. Belajar di institut latihan kemahiran memerlukan aktiviti praktikal yang panjang dan nampak mereka lega boleh meneguk air dan mengisi berulang kali air bertapis ke dalam botol untuk dibawa ke bengkel.
Sekian sahaja. Baru nak mula rajin update blog semula. Harap berkekalan.