Terima kasih buat rakan blogger yang memberikan pendapat berkenaan maksud sebenar peribahasa "Seekor Ayam Berketur, Yang Lain Turut Menyampuk" pada blog entri lepas. Sebenarnya, peribahasa ni aku dengar 2 kali dari orang yang berbeza dan aku cuba mendapat kepastian berkenaan mesej yang cuba di sampaikan melaluinya.
"Salam..
saya tak biasa dengar peribahasa ini, tapi saya jawab secara lojik je lah..
"ayam bertelur sebijik riuh sekampung"
-dah memang dasar ayam kan, bertelur sebijik nak riuh sekampung..jadi perkara yang kecil pun nak di sebarkan seluruh alam perkhabarannya itu.
"Seekor ayam berketur, yang lain turut menyampuk"
-sudah pasti ianya ada kena mengena dengan peribahasa awalan tadi..satu kisah yang di hebohkan oleh seseorang, diiyakan oleh orang yang lain menjadikan perkara tersebut seolah benar belaka." - Sdr. Zulkbo
Beberapa rakan blogger lain juga sependapat dengan keterangan Sdr Zulkbo, dan ada juga yang mencuit hati, seperti komen dari Sdr. Rahman, "takpenah dengar lagi setakat ni, tapi ayam dalam gambar tu kalau di goreng kunyit panas panas memang sedap :)". Macam tahu sahaja aku gemar makan nasi goreng ayam kunyit KAW!! Hehehee..
Sumber : Link
Melalui proses screening, dan juga pandangan beberapa orang lagi teman di tempat kerja, apa yang dapat aku simpulkan ialah berkenaan sikap sesetengah manusia yang gemar bertindak tanpa usul periksa, hanya mengiyakan sahaja dan menyebarkan apa yang di perkatakan orang sebelum itu. Bukan! Bukan maksud sebenar, tapi ini merupakan justifikasi dari pendapat aku.
Isu Roti & Tepung Gandum
Dalam minggu ini ramai juga yang "berketur sama" bila ada individu yang membangkitkan isu roti dan tepung gandum jenama terkenal perlu di boikot kerana kononnya mengandungi bahan yang tidak sepatutnya. Ya, aku sedar isu ini sensitif (tidak kata menyebelahi mana - mana pihak) tapi cuba selidiki dahulu sejauh mana ia sahih. Ia perkara besar.
Isu Pemain Import Liga Malaysia
Ada yang cuba jadi hero, berketur sekuat hati bila pemain importnya tidak di terima dalam Liga Malaysia, dan cubaan untuk menarik diri - mungkin lebih kepada serangan individu, dan menarik perhatian ramai. Hey, jangan bertindak tergesa - gesa kawan! Kaji dulu, duduk berbincang dan selesaikan dengan profesional. Aku tidak kata A betul dan B salah, mungkin 2 - 2 betul, atau 2 - 2 salah.
Isu Politik Negara
Kalau kurap, orang kata dah sampai ke tahap bahaya dah. Pemimpin sini berketur di sini, pemimpin di sana berketur di sana. Pengikut masing - masing turut berketur sama. Benar, kalau ada barisan pencadang pasti ada barisan pembangkang, tapi keterlaluan jika taburan fitnah, bercakaran sesama sendiri bermaharajalela melainkan ia terbukti sahih!
Jadi, bagaimana pendapat anda? Tahu bagaimana ayam berketur? "..... Kekkee KetoQQQ!!!" Haishhh.. rimas lah! Hahahaaa...