Mencipta momen keriangan bersama keluarga dengan anak kecil bukan susah. Kisah kali ini saya kongsikan perjalanan day-trip Johor Bahru - Kluang - Johor Bahru menaiki keretapi.
Perjalanan Sehari Dari Johor Bahru ke Kluang Menaiki Keretapi
Bagi menghabiskan saki baki cuti tahunan, saya memutuskan untuk mengambil cuti rehat 26 - 29 Disember 2022 lalu. Salah satu destinasi yang dirancang adalah Kluang. Dalam masa singkat saya dan Ciktom merangka beberapa possibility itinerary untuk perjalanan 28 Disember 2022.
Tempah Tiket Online
Kalau ikutkan ini kali ketiga saya menaiki keretapi. Pertama kali pada tahun 1998 (Ipoh - Rawang), yang kedua (Kempas - Tanah Merah - 2012). Urusan tiket saya serahkan pada Ciktom. Cekap dan pantas hihi.
Pada hari perjalanan, tiket paling awal yang available adalah 8.50 pagi dari stesen Kempas Baru. Masa jangka tiba adalah 10.52 pagi di stesen Kluang. Tiket balik ke Johor Bahru kami decide 5.54 petang dan jangka tiba di stesen Kempas Baru 7.27 malam. Anda boleh semak jadual dan harga tiket melalui laman web KTM.
Harga tiket bagi dewasa RM13 dan kanak - kanak RM11. Bawah 4 tahun adalah percuma. Tapi saya tetap beli 2 dewasa dan 2 kanak - kanak. Takde isu nak berdukung sepanjang perjalanan.
Seat no.15. Ada bagus dan sebaliknya. Seat 15 ni yang paling hujung dan terhalang untuk melihat pandangan luar sebab tiada tingkap. Lagi pula berdekatan dengan pintu koc. Jika ramai penumpang yang berulang ke tandas, agak annoying lah. Yang bagusnya, spacious untuk si kaki panjang. Ada ruang dalam 5 kaki.
Tips: Jangan lewat daripada masa yang dijadualkan. Masa perjalanan memang on-time.
Stesen keretapi Kempas Baru
Jadual perjalanan adalah 8.50 pagi. Saya tiba di stesen jam 8.00 pagi tapi kira lambat jugaklah berkaitan parkir kereta. Slot parkir sangat terhad, percuma dan risiko sendiri. Jika kawasan untuk parkir telah penuh, boleh saje parkir di bahu jalan utama cuma saya ulang - parkir dengan risiko sendiri.
Terdapat warung bagi yang tak sempat sarapan di rumah. Sambil menunggu, bolehlah rakam gambar kenangan. Tapi dalam enjoy merakam hati - hati dengan garisan kuning di landasan.
Adira dan Indera teruja menaiki keretapi sebenar jika sebelum ini mereka hanya mencuba keretapi di dalam mall atau Legoland saje. Nasib baik sahaja dua beranak ni tak meragam tahap tinggi. Perjalanan hampir 2 jam memberi pengalaman baharu kepada mereka tambah - tambah lagi arah keretapi berlawanan.
Stesen keretapi Kluang
Tiba tepat seperti jadual di tiket pada 10.52 pagi. Menapak jauh juga tingkat atas stesen baru (dalam pembinaan) ke stesen bawah. Penumpang lain pun berasak - asak untuk cepat menuju ke Kluang Rail Coffee yang disebut - sebut. Pada musim cuti sekolah, memang panjang la barisan manusia beratur.
Saya ambil keputusan untuk teruskan perjalanan dahulu.
Laman Kreatif Kluang
Berjalan dengan anak berusia bawah 5 tahun, tak boleh expect lebih. Biarkan mereka berjalan dan meneroka sendiri. Penat, boleh berehat dulu. Tiada apa yang dikejarkan. Banyak lukisan - lukisan yang kreatif cuma mungkin perlu penyelenggaraan. Saya kagum dengan kebersihan dan PBT menjalankan tugas yang baik dari aspek anjing liar. Zero anjing liar sepanjang kami menelusuri jalan di sekitar.
Saya suka dengan gambar di bawah. Peti pos notebook saya beli di laman web POS.
Cawangan Kluang Rail Coffee
Kami bergerak ke Kluang Rail Coffee yang berhampiran Kluang Mall. Cuaca redup dan mendung tapi belum hujan. Cawangan ini tampak lebih moden, menu yang lebih banyak dan lebih selesa. Beratur pun tak sampai 10 minit. Dah penat berjalan, bila dapat duduk dan memesan makanan, alang - alang pesan makanan banyak - banyak. Nak lepak lama pun tak rasa bersalah sangat sebab tak ramai yang beratur di luar.
De-list Rancangan Asal
Memandangkan minum kopi pun dah tengahari, maka rancangan untuk mencuba makanan di Restoran Bawah Kolong ditunda. UK Farm dan Kilang Kopi pun kami de-list. Gerimis mula menjadi kasar. Jadi keputusan pantas, kami santai sahaja ke Kluang Mall.
Sempatlah menyambar baju, minum kopi dan main boling. Aktiviti biasalah kalau dalam mall kan.
Perjalanan Balik ke Johor Bahru
Melihat semua kepenatan, (lebih kurang 10,000 steps - mobile apps), tempah Grabcar dari Kluang Mall ke Stesen Kluang. RM5 rasanya. Masih ada masa dan melihatkan barisan manusia beratur tu kurang, jadi saya masuk berbaris untuk minum petang di stesen. Tepat 545, pagar stesen dibuka dan penumpang dibenarkan naik menunggu di stesen atas. 554, keretapi tiba dan mula bertolak ke Johor Bahru.
Spoil semasa perjalanan balik, ada penumpang (keluarga besar) bersembang macam rumah sendiri. Bising dan tidak menyenangkan. Jika ada penumpang yang saya maksudkan membaca penulisan ini, harap anda boleh faham berkaitan tempat awam. :)
Adira ada mengambil gambar kenangan menggunakan camera kid. Masalahnya, Adira terpadam kesemuanya sebelum sempat sampai ke rumah pun. Aduhai. Penat ayah cari bateri sehari sebelum perjalanan tu.
Teroka Pengembaraan Baharu
Saya rasa ini peluang untuk Adira dan Indera meneroka pengembaraan baharu. Setelah 2 tahun terperap di dalam rumah, ini masa untuk mereka meneroka. Lepas ni saya plan nak makan tengahari di Kuala Lumpur menaiki bas pula.