Selamat tahun baru 2018 kepada anda, pembaca padinrose.com. Melangkah ke tahun baru, pastinya banyak perkara yang perlu diperbaharui dan perlu dimulakan sekali lagi. Tetapi, bagi umur dan masa, ia tidak boleh diperbaharui maka nikmatilah kehidupan anda dengan sehabis baik mungkin.
6 Perkara Anda Perlu Tahu Bila Umur 30+ Tahun
1. Mula menyimpan untuk masa depan anda
Lebih baik anda bermula dari sekarang untuk menabung dan menyimpan untuk hari persaraan anda. Jika sebelum ini anda masih belum punya simpanan, mulakan dengan sedikit demi sedikit. Mulakan penjimatan pada perbelanjaan anda dan menabung untuk hari esok.
2. Mula Menjaga Kesihatan
Rancang gaya hidup anda. Mulakan gaya hidup sihat, baik dari segi pengambilan makanan ataupun melakukan aktiviti fizikal. Jika sebelum ini anda mewah dengan makanan pelbagai, mulakan dengan merubah corak pemakanan dan lebihkan makanan sihat dan berkhasiat.
3. Kurangkan Rakan yang Negatif
Adalah lebih baik anda kurangkan masa atau tinggalkan orang yang melayan buruk terhadap anda. Elakkan diri dari terpengaruh dengan rakan yang negatif. Anda mahu hidup yang berkualiti kan?
4. Berbuat Baik kepada Ibubapa
Realitinya ibubapa anda akan semakin bertambah usia tetapi kudratnya semakin berkurang. Hargai mereka, berikan tumpuan dan kasih sayang sepertimana mereka melakukannya 30 tahun dahulu.
5. Berusaha Meningkatkan Diri
Setkan minda anda supaya sentiasa memperbaiki serta mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan sahsiah diri pada tahap terbaik. Jangan sekali merasa puas dan mendabik dada.
6. Pelaburan pada Keluarga
Percayalah! Ia amat berbaloi. Jika anda mempunyai keluarga sendiri, melaburlah pada pasangan dan anak - anak anda. Sekali sekala hadiahkan mereka dengan percutian yang paling diingati. Hadiahkan isteri anda periuk nasi kegemarannya! Dia suka memasak, anda juga yang kenyang, bukan?
Begitulah sedikit sebanyak 6 perkara yang perlu anda beri perhatian bila umur menginjak 30+ tahun. Jangan lupa kongsikan blog entri ini kepada rakan anda yang dah berumur 30+ tahun semoga mendapat manfaat bersama.
0 comments