Buat majalah online. Itu tugas terbaru PR pada tahun 2020. Memang tidak pernah terfikir pun dalam skop kerja PR untuk membuat majalah. Kalau untuk ruang peribadi, PR memang suka merekod, menulis dan menyediakan analisa tertentu seperti penggunaan petrol setahun dan analisa perlawanan bola sepak pasukan IKMJB FC.
Majalah Online Edisi 1 | 2020
Sebenarnya untuk tahun 2020 PR tidak lagi memegang portfolio Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001, sebaliknya diberikan portfolio baru iaitu Unit Rakan Media. Jadi dalam banyak - banyak kerja yang perlu dilakukan, skop Unit Rakan Media termasuklah menyediakan buletin atas talian atau pun e-magazine.
Buletin institut ini bukanlah perkara baru. Telah bermula dari 2018 malah tahun sebelum - sebelumnya, cuma mungkin tidak dijadikan KPI. Berbeza pada 2019, e-magazine adalah merupakan KPI yang ditetapkan dalam section Branding Management. Jadi, PR bukanlah pelopor, cuma penyambung sahaja.
Pada peringkat awal, PR tak dapat bayangkan bagaimana untuk melahirkan majalah yang tentunya bukan boleh ditulis sesuka hati malah perlu menitikberatkan imej korporat, penjenamaan dan integriti. PR diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pengurusan untuk membentuk sendiri tim redaksi.
Editor - editor unit ini sangat power! Komitmen yang sangat bagus, bertukar pandangan dan sentiasa memberi sokongan sehingga saat akhir penerbitan. Biasalah satu dua perkara semasa pembikinan e-magazine ini ada cacat celanya. Tapi PR nampak ia sebagai latihan dan praktikal berterusan untuk membina majalah yang lebih baik dan berkesan.
E-magazine tersebut dinamakan LENSA. Nama ini bukanlah nama baharu, sebaliknya menggunapakai idea 2018. Cuma, pada edisi 2020 ini, PR tambahkan ruangan selain aktiviti di institut iaitu ruangan kaunselor, ruangan penghargaan kepada staf dan pelajar, DIY, ruangan sekitar institut dan mungkin beberapa ruangan lagi di masa akan datang.
Majalah ini dibangunkan 100% menggunakan perisian microsoft word. PR ambil masa dalam 5 hari juga untuk menyiapkan rekabentuk. Mujur story telah disiapkan oleh editor. Majalah 22 mukasurat ini telah diterbitkan pada 02/02/2020 jam 2.02 petang. Nasib baik sempat kejar dateline! Alhamdulillah.
Setakat PR tulis enti ini, masih belum ada template untuk Edisi 2. Tema bulanan telah dipilih, cuma pengisian belum dibincangkan di peringkat jawatankuasa. Maklumlah sibuk dengan kerja hakiki. Kalau ada cadangan tambahan dari anda, boleh kongsi. Klik pautan LENSA untuk membaca.