Hampir 3 bulan PR telah berpindah masuk ke rumah baru. Jiran - jiran juga semakin bertambah. Tapi masih ramai yang belum berpindah, maklum saja perumahan baru mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk membuat renovasi major sebelum sedia untuk diduduki.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri
Kos Pindah Masuk Rumah Baru
PR tidak bercadang melakukan sebarang pengubahsuaian atau penambahan kabinet dapur. Dalam masa terdekat ini, rekabentuk kekal sepertimana yang dibina pemaju. PR menyediakan bajet untuk keperluan asas seperti grill pintu / tingkap, langsir, lampu dan kipas.
Berikut merupakan ringkasan anggaran dan kos sebenar pindah rumah, jenis 2 tingkat (intermediate)
Perkara | Anggaran (RM) | Sebenar (RM) |
Grill tingkap dan pintu | 3,500 | 3,122 |
Langsir* | 2,000 | 1,775 |
Lampu dan Kipas | 1,500 | 1,735 |
Upah fitter | 500 | 500 |
Glass Tinted | 500 | 700 |
Jumlah | 8,000 | 7,832 |
*Langsir termasuk rod, railling dan blind curtain
Penafian: Kos ini mungkin boleh berubah dengan mengambil kira jenis besi untuk grill, jenis kain untuk langsir, jenis lampu dan kipas. Ikut selera dan kemampuan anda. Apa yang PR boleh simpulkan, duit mengalir tu memang laju sangat. Hahah..
Jangan dilupa juga kos sewaan lori (jika ada). Termasuk juga kos terpencil tapi penting seperti kunci mangga, wire mesh, hos getah dan kos untuk pendawaian tambahan. Bila dicampur tolak, nilai nya hampir mencecah RM10,000 juga.
Artikel Berkaitan : Pengalaman Pindah Rumah Sewa
Dekorasi Rumah Baru
Rumah ibarat syurga dunia. Pastinya bila kita berkesempatan meluangkan masa di rumah, anda mahu melihat ruang yang cantik, kemas dan menarik. Kediaman bukan sahaja sebagai tempat berteduh, malah seharusnya memberi emosi yang positif kepada penghuninya.
Jadi, dalam membentuk dekorasi idaman, anda harus meneliti bajet supaya kos dekorasi tidak berlebihan dan menelan belanja besar seperti yang dinyatakan dalam blog entri 6 Perkara Jimat dan Labur dalam Dekorasi
5 Langkah Asas Dekorasi Rumah Baru
Semak 5 langkah asas dibawah sebelum anda melakukan langkah seterusnya.
1. Konsep Dekorasi - Tentukan tema dekorasi anda. Ia merupakan titik mula bagi anda untuk menentukan pilihan warna dan stail kelak.
2. Pilihan Warna - Pilih warna yang anda suka. Jadikan ia warna dominan. Mungkin biru sebagai feature wall, biru muda untuk warna sofa dan babyblue di bilik tidur.
3. Pemilihan perabot - Pilih perabot yang bersesuaian dengan tema. Bagi tema moden dan minimalis, pilih perabot yang berbentuk ringkas dan plain. Jika tema Bali, perabot jenis jati dan berkerawang lebih sesuai dan jika tema klasik, anda boleh mendapatkan perabot retro.
4. Lampu - pemilihan lampu juga sangat penting. Pencahayaan yang kurang cukup akan menjadikan ruang anda kusam dan kelam. Gunakan pelbagai variasi lampu untuk menimbulkan mood yang lebih baik.
5. Sentuhan Akhir - Aksesori seperti lukisan seni, gambar, koleksi barang, pasu bunga, lilin dan arca sesuai dijadikan sebagai sentuhan akhir dekorasi anda.
Inspirasi Dekorasi
Anda boleh dapatkan pelbagai inspirasi dekorasi dari sumber maklumat yang pelbagai. Adalah lebih baik anda mengkaji dan membuat penilaian sebelum membuat keputusan. Ini bagi mengelakkan anda berbelanja besar tapi hasil yang tidak memuaskan.
0 comments