Dalam realiti kehidupan, ada turun naiknya. Terkadang ada masa anda gembira, ada juga masa anda mengeluh. Mungkin hari ini kita gembira dengan berita kenaikan pangkat, esok lusa kita mengeluh harga barangan naik mencanak. Namun, disebalik semua itu kita seharusnya memanjatkan syukur dan nikmatilah kehidupan jika anda ada tanda - tanda berikut.
10 Tanda Anda Menikmati Kehidupan
1. Tempat berteduh
Syukurlah anda masih punya tempat berteduh. Baik di rumah sendiri mahupun sewa, sekurangnya anda boleh berlindung cuaca panas, hujan, penjenayah mahupun binatang liar.
2. Makanan
Anda masih boleh menyuap makanan untuk memberi tenaga seharian. Kenangkan nasib pada mereka yang berjuang untuk sesuap makanan. Itu membuatkan anda lebih bersyukur dan tidak membazir sesuka hati.
3. Hati yang sihat
Anda memiliki hati yang bersih dan sihat. Tidak iri hati dan berniat jahat pada orang lain.
4. Mendoakan orang lain
Anda sentiasa mahukan orang lain juga menikmati kehidupan seperti anda. Mendoakan kejayaan orang lain. Mendoakan kebahagiaan orang lain.
5. Bersifat pemaaf
Bersedia memaafkan kesilapan orang lain tanpa perlu menunggu permohonan maaf dari pelaku.
6. Seseorang mengambil berat perihal anda
Anda sungguh beruntung jika dikelilingi oleh orang yang mengambil berat tentang anda. Lakukan perkara ini kepada orang lain juga.
7. Air bersih
Setidaknya, anda masih boleh menggunakan air bersih untuk pelbagai tujuan. Bayangkan air yang anda guna tidak diproses sepertimana yang anda minum harini?
8. Pakaian cantik dan bersih
Cuba lihat baju yang anda pakai sekarang? Cantik bukan?
9. Kekal dengan kepercayaan
Sehingga nombor 9, anda masih kekal dengan kepercayaan.... bahawa hidup ini memang perlu dinikmati walaupun masih ada hajat yang belum kesampaian.
10. Anda bernafas
Inilah nikmat yang paling harus disyukuri. Anda masih boleh menghela nafas dengan percuma, menghirup udara segar dan menikmati kehidupan sepuasnya.
Nota Kaki:
Bersyukurlah kepada perkara yang kecil, mudah - mudahan daripada itu anda akan mendapat kebahagiaan dan kenikmatan yang lebih besar kelak. Baca Kelebihan Bersyukur
0 comments