Si Montok memerangi Pendekar Kebal kerana kejahatan dan kezalimannya yang menyebabkan kedua ibubapa mati di tangan manusia yang tidak berperikemanusiaan itu. Kehidupan Si Montok sentiasa dalam bahaya, sejak di ketahui bahawa Si Montok merupakan Budak Keramat yang menjadi kepercayaan masyarakat Tibet.
Menyorot sejarah hidupnya, ibu Si Montok mati ketika melahirkannya, dan pada waktu yang sama Pendekar Kebal berjaya mengalahkan dan menawan ayah Si Montok iaitu Pendekar Wong. Si Montok di besarkan oleh Lama India, seorang pahlawan yang menyamar sebagai neneknya demi kepentingan agamanya untuk menjaga Budak Keramat tersebut di sebuah perkampungan.
Dalam pergelutan mencari Budak Keramat tersebut, Lama India mati dalam pertempuran dengan Algojo Iblis. Chek Fai, bapa saudara Si Montok dalam usaha menyelamatkan Lama tetapi telah di salahertikan oleh Si Montok yang ketika itu baru berusia 7 tahun. Si Montok menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap pembunuhnya, Chek Fai.
Akhirnya, Si Montok diterima sebagai ahli Kumpulan Qing, yang di terajui Pendekar Kebal. Dia dilantik sebagai Tuan Muda, sekaligus menyebabkan Sang Batin dan 7 Rahib Bersaudara yang lain iri hati dengan kelebihan dan kepercayaan yang di berikan oleh Pendekar Kebal. Si Montok telah di latih dengan baik dan menjadi pendekar yang hebat.
Ketika berpeluang membalas dendam terhadap Chek Fai, Si Montok dikejutkan dengan pembuktian bahawa Lama yang di sangkanya nenek sewaktu kecil adalah seorang lelaki yang menyamar. Ketika itu barulah dia percaya kata - kata Chek Fai bahawa dalang kepada semua perkara ini ialah Pendekar Kebal.
Pergelutan yang berterusan, dan Si Montok berjaya mengembalikan memori ayahnya, Pendekar Wong. Mereka berganding bahu cuba menewaskan Pendekar Kebal. Pendekar Wong kemudiannya membunuh diri kerana begitu kecewa setelah mengetahui tangannya telah banyak membunuh insan tidak berdosa sepanjang dirinya di tawan.
Sungguhpun Pendekar Kebal tewas, tetapi dia tidak mati. Dia melarikan diri ke Amerika, dan meluaskan pengaruhnya di sana. Khabar itu diterima oleh Si Montok, dan dia meneruskan pengembaraannya di Amerika sehinggalah bertemu dan berjaya menewaskan Pendekar Kebal.
"Ucu!!! Macam tipu je cerita ni, Ucu cerita pendek je, tapi buku ni ada 99 episod.. "
Aisehh, dah namanya sinopsis, memang la pendek je ceritanya... Wakakaa.. Anak saudara aku berumur 7 tahun, menemui koleksi buku Lingkaran Terkunci yang aku kumpul masa dulu. Suruh baca sendiri dia malas, suruh aku bercerita, camtu jelah ceritanya :D
0 comments