Untuk kali ini, aku nak mengupas sikit pasal cita - cita dan kerjaya.. Biasanya, kalau orang bertanya tentang cita - cita, minda kita akan terus menerawang tentang kerjaya pilihan, betol tak? kalau tak betol, ok, stop! tak perlu baca dah.. kalau jawapan anda betol, teruskan membaca..
Seingat aku la, masa aku darjah satu dulu, aku tak tahu apa bendanya cita - cita tu.. bila tanya cikgu, dia kata kerjaya pilihan.. hah? Kerjaya? Pilihan? cikgu.. cuba terangkan betul - betul kat saya... hee pastu dia cakaplah dalam bahasa mudah.. KO NAK JADI APA BILA BESAR NANTI? ohoh, cakap macam tu dari awal kan senang..
ok.. mula - mula sekali, aku tulis kat buku biru tu, aku nak jadi 1. cikgu 2. polis 3. tukang rumah (tukang rumah ni pasal bapak aku pun tukang buat rumah, konon2 nak folo tapi haram bakat takde langsung).. bertukar tahun pon, cita - cita aku time tu lebih kurang je, tak polis bomba, tak cikgu, pensyarah..
pastu da masuk sekolah menengah, konon pemikiran da up sket, aku nak jadik engineer.. nak jadi engineer bahagian apa pun aku tak pasti, tapi aku prefer for engineering la.. nak amik medic? biologi selalu je kantoi.. huhu.. dah tingkatan 5, baru la aku nampak aku nak jadi apa.. masa tu, aku nak jadik jurutera formula-one pheww macam gempak je ek..
tapi bila da abes matrikulasi, baru lah aku sedar aku lebih ada umpph dalam chemistry.. nak taknak, aku amik la Kejuruteraan Kimia dan Gas Asli.. masa ni dah berkira2 nak jadi jurutera kimia, kontraktor gas, dan maybe kerja kat offshore nun..
tapi, akhirnya.. kerjaya aku sekarang patah balik kepada asal, iaitu menjadi seorang pendidik.. hee, tapi walaupun macam tu, aku tetap puas hati sebab aku minat kerja ni, berkisar tentang apa yang aku study dulu, dan itu da dianggap berbaloi.. hee
ok, sekian saja untuk kali ini, anda semua pulak macamana?
14 comments