hahaha.. bila belek - belek kalendar dah 2010 dah rupanya.. Rasa cepat je masa berlalu.. Boleh kata dalam tempoh 20 tahun ni.. (lebih kurang umur aku je) banyak perkara yang berubah.. Ada yang menjadi lebih baik dan ada yang sebaliknya.. Malas la nak kupas banyak2, tengok je lah kat berita ye tak.. hehe..
Di sini aku bukanlah nak bercerita kompleks sangat pasal perubahan tu, cuma nak mengimbau memori geng - geng gaban, suria perkasa hitam [maybe ada nama lain, aku pun tak pasti] masa lewat 80'an dan awal 90'an dulu..
Yang sebenarnya, aku tau gaban tu ada, tapi aku tak pernah tengok la pulak ceritanya.. aku cuma sempat tengok suria perkasa hitam dan hero2 selepasnya.. seingat aku la, suria perkasa hitam tu mase aku darjah 2, yakni tahun 1994.. pukul 4.30 petang.. ha, time ni apa yang di tonjolkan dalam tv akan menjadi ikutan pulak pada kanak-kanak ribena termasoklah aku.. hehe.. paling jelas, tumbukan dan tendangan maut la.. kalau bergaduh ke, bergurau ke, keluar la hikmat tuh.. pastu da agak2 nak klimaks baru la guna 'tendangan padu maut'.. hehee.. pastu trend basikal mesti ada mata belalang dan dua sesungut tu.. sighhh.. kelakar je
selepas je abis cerita suria perkasa hitam tu, muncul pulak wira 5 bersaudara, FLASHMAN.. ketua dia warna merah.. pastu muncul plak MASKMAN.. JETMAN dan yang terakhir aku follow ialah GO GO POWER RANGERS.. flashman ari selasa dan maskman ari rabu pukul 4.30 petang.. pastu jetman ari sabtu.. power rangers pun sama..
kisah wira -wira ni sama je, menegakkan keadilan.. orang jahat datang dari planet mane ntah.. ketua dia akan keluarkan raksasa baru, untuk musnahkan wira2 ni.. lawan manual dulu.. pastu agak2da xboleh blah bom raksasa tu.. tapi orang jahat ni xpuas hati, create raksasa tu jadi lagi besar.. so terpaksa la wira2 ni keluarkan kenderaan masing2 - bercantum jadi robot yang hebat.. ha3 walaupun da tau jalan cerita tapi tetap tegar gak nak tengok tiap minggu..
Selain tu, ada gak pasal ultraman Ace.. huu legend seh ultraman nih.. pasal kalau nak jadi ultraman kena cantum Hakuto - Minami. heheh..
Banyak lagi nak cerita nih.. tapi untuk post yang lain lah..
Siri mengenang cerita menarik zaman 80-90 an
4 comments