Tahun bersilih, musim berganti. Sebagai pengguna kereta, memang tak dapat lari dengan selenggaraan terutama part yang dikira sebagai wear & tear. Blog entri kali ini mengisahkan perihal tukar tayar kereta Axia Ciktom yang kini dah berusia 7 tahun 6 bulan sejak pertama kali memilikinya Mei 2019.
Tayar TOYO kekal jadi pilihan
Ini kali kedua Axia ni tukar tayar. Kali pertama pada Jun 2023 untuk ke empat - empat tayar. pada ketika itu, saya menggunakan tayar Toyo Nanoenergy 3 dengan spesifikasi tayar 175/65/14. Untuk 2026 ini, saya menukar 2 tayar hadapan sahaja tetapi menggunakan tayar Toyo Proxes CR1 dengan spesifikasi tayar yang sama.
Rujukan: Toyo Proxes CR1
Spesifikasi Tambahan: Treadwear 360 | Traction A | Temperature A.
Harga (25/11/2026) : RM210 - bergantung lokasi kedai dan promosi yang available.
Promo Cashback dengan TOYO
Melalui hebahan di website TOYO, ada peluang tuntutan cashback kepada pengguna yang beli tayar Toyo pada bulan Oktober hingga Disember 2026 ini. Pelbagai kategori untuk tuntutan cashback dengan setiap pembelian 2 atau 4 tayar Toyo. Kebetulan, bulan November bulan kelahiran Ciktom, boleh redeem cashback sehingga RM40. Cashback akan dipindahkan melalui akaun e-wallet Touch n Go.
![]() |
Saya pun memang pengguna Toyo juga sebelum ini. Jadi, berbaloi juga setia dengan produk lokal. Tagline Toyo pon "buatan Malaysia, keunggulan Jepun"!
Jadi kalau anda berkira - kira untuk tukar tayar kereta juga, boleh juga consider tayar Toyo dalam bucket list pilihan anda.
Download


