Trending rekreasi masakini nampaknya aktiviti perkhemahan mendahului carta bagi aktiviti rehat minda (healing) meninggalkan pendakian (hiking) dan berbasikal (cycling). Tidak dinafikan masih ada aktiviti tersebut tapi hype masakini adalah aktiviti camping / glamping.
Aktiviti Rehat Minda Perkhemahan
Saya telah melalui ketiga - tiga fasa trending aktiviti rekreasi di atas. Secara ringkasnya, aktiviti pendakian dan perkhemahan banyak saya sertai bersama pelajar pada 2011 - 2015. Perkhemahan dan pendakian terakhir adalah pada 2015 di Gunung Belumut. Manakala aktiviti berbasikal bermula pada 2014, mengikuti beberapa siri Jamboree MTB sebelum menggantung basikal pada 2017 sempena temasya Sukan MARA Semalaysia di Lenggong.
Artikel berkaitan:
Bapak - Bapak Me Time @ Sunrise Camp, Punggai
Awal tahun 2024, saya bersama 4 rakan sekerja berpeluang untuk merealisasikan tema "Bapak - Bapak Me Time". Cuma ye lah last camping 2015, masa tu peralatan sekadar ada sahaja dan tumpuan yang lebih penting adalah tenaga untuk mendaki. Beza 2024 ni, kami berlima memang healing sahaja tak buat apa - apa.
Segala peralatan dan kelengkapan khemah disediakan oleh "pengerusi majlis". Saya ni cuma bawa kelengkapan diri sendiri sahaja dan bekalan bahan mentah untuk makanan. Memang rasa dalam hati "wow" lah dari segi kelengkapan khemah. Jauh beza dengan siri perkhemahan dengan pelajar 10 tahun dulu.
5 Aksesori Asas Yang Praktikal Untuk Perkhemahan
Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa aksesori atau kelengkapan perkhemahan yang asas tetapi praktikal untuk disediakan bagi tujuan perkhemahan. Jom semak.
1. Multipurpose Storage Box
Storage box bolehlah saya katakan keperluan wajib. Senang untuk simpan perkakas yang kecil, bahan mentah makanan dalam bentuk paket dan lain - lain keperluan. Mengikut ilustrasi di bawah, boleh juga dijadikan meja alas, tempat potong bawang malah tempat untuk meletakkan perkakas atau kelengkapan perkhemahan lain. Simpan dan susun dalam kereta pon jadi mudah.
Contoh : Multipurpose Storage Box
2. Meja Lipat Mudah Alih
Kalau healing tepi laut, memang syok menggigit sesuatu macam kuaci, snek dan disulam air. Meja lipat mudah alih merupakan pelengkap bagi tujuan tersebut. Spesifikasi yang perlu diberi perhatian adalah bahan yang diperbuat daripada aluminium - ringan dan tahan karat, tinggi meja dalam lingkungan 50 cm dari aras tanah.
Contoh : Folding Table
3. Lampu (Pull String light)
Lampu bukan lagi pilihan tapi mesti kena ada. Kalau nak meriah macam pesta, bolehlah gandakan bilangan lampu. Kalau mahukan lebih privacy, cukup sekadar 2 atau 3 lampu sahaja mengikut keperluan sahaja.
Contoh : Lampu
4. Dapur BBQ
Sebelum ini saya merasakan ini bukan barang wajib kerana kebanyakan penyedia tapak perkhemahan telah menyediakan tempat dan kelengkapan untuk bbq. Tetapi tempelak dari "pengerusi" masuk akal.
Jadi, saya bersetuju dapur bbq sebagai kelengkapan yang praktikal untuk dibawa bersama bagi setiap aktiviti perkhemahan. Masak dan makan tanpa ragu - ragu dengan set sendiri.Kita tak tahu siapa yang guna sebelum ini, dan apa yang dimasaknya
Contoh : Naturehike BBQ Grilll
5. Kerusi Malas
Bila namanya healing, mesti nak rasa bermalas - malasan. Wajiblah ada kerusi malas. Di gandingkan dengan meja lipat beserta kuaci dan snek. Sambil menguaci, sambil pipi ditampar lembut angin pantai.... wahhhh tak sedar terlelap pula. Saya sarankan cari kerusi yang boleh bersandar sampai kepala. Macam ilustrasi di bawah. Memang syahdu!
Contoh : Kerusi Malas
Rehat Minda, Bukan Tekan Minda
Perlu di ingatkan, aktiviti rehat minda sepatutnya aktiviti yang betul - betul merehatkan minda. Bukannya sebagai satu tekanan pula untuk sama - sama mengumpul kelengkapan seperti orang lain. Lihat dari keperluan sendiri dan kumpul aksesori mengikut gaya dan cara sendiri.
0 comments