Pada blog entri 2011, PR pernah meyiarkan artikel berkaitan permainan Scrabble. Masa tu boleh kata aktif juga PR beradu bersama rakan sekerja. Lama juga sebenarnya tinggalkan permainan ini sehinggalah pada tahun lepas, PR diperkenalkan oleh rakan sama untuk bermain menggunakan aplikasi di telefon pintar.
Tiles " The great Train Heist" |
Aplikasi Scrabble Go
Pada peringkat awal, PR hanya bermain menentang komputer dan rakan PR tu sahaja. Mode Scrabble klasik. Dah hampir setahun install, baru lah PR explore game modes lain yang disediakan menerusi aplikasi tersebut. Wow.. menarik rupanya.
1. Home
Di paparan "home", pemain boleh memulakan permainan atau menerima pelawaan pemain lain untuk bermain. Dalam setiap permainan, tentu saja ada rewards yang menanti anda. Rewards tersebut boleh digunakan untuk anda customize jubin ("tiles") atau profile frame. Pelbagai pilihan untuk pemain customize profile masing - masing.
"Home" juga turut memaparkan event atau game modes yang berlangsung pada masa tertentu. Kira interface ini merupakan paparan utama macam web aplikasi yang lain.
2. Word Games
Tab "word games" memaparkan beberapa game modes yang dinamik dan menarik. Dan setiap game modes mempunyai kaedah permainan yang unik dan berbeza. Tapi masih lagi menggunakan konsep susun kata seperti Scrabble.
Setiap game modes menyediakan rewards yang berbeza. Beberapa modes menyediakan jubin dan frame rare yang hanya boleh didapati pada event semasa sahaja.
Mode 1: Anda diberi board kosong, kemudian anda diberikan beberapa giliran, anda dikehendaki menyusun kata dan perlu reach goal yang ditetapkan. Contohnya dapatkan 120 points dalam 10 giliran. Nilai ini boleh berubah mengikut tahap kesukaran.
Mode 2: Anda diberi beberapa board, 1 giliran pada 1 board. Perlu capai reach goal. Sebagai contoh, anda diberikan 4 puzzle board, perlu dapatkan point sebanyak 240. Ini juga berubah mengikut tahap kesukaran.
Duels Scrabble Go |
Mode 3: Duels! Anda bermain secara langsung (live) dengan opponent. Anda diberikan 4 atau 5 giliran, perlu menyusun kata dalam tempoh 40 saat setiap giliran. Pemain yang mengumpul mata tertinggi akan menjadi pemenang. Dan anda boleh meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.
3. Arena
Apa yang PR boleh simpulkan, objektif permainan ini adalah untuk mendapatkan ranking terbaik. Dalam tab "Arena" anda akan diletakkan pada ranking tertentu. Bermula dengan starter, bronze, silver, gold, platinum, emerald, sapphire, diamond, ruby, blue diamond, adept I dan paling tinggi adept II.
Untuk naik ranking, pastinya anda perlu lakukan sesuatu. Dalam tab "arena" terdapat beberapa event ringkas untuk anda bersaing bagi mendapatkan kedudukan terbaik supaya boleh naik league (rank). PR baru sahaja aktif, jadi setakat ini PR berada pada ranking "silver".
4. Customization Tiles and Frame
Bagi memperlihatkan perbezaan antara setiap pemain, anda boleh customize penggunaan tiles dan frame. Terdapat beberapa challenge yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan tiles dan frame rare! Anda boleh tukar bila - bila masa.
Beberapa pilihan jubin untuk dimainkan |
Beberapa frame yang berjaya PR unlock. |
Baru - baru ini, PR dapat completekan cabaran tiles "The Great Train Heist". Ada 4 kesemuanya dan untuk mendapatkan tiles yang ke-4 memerlukan 11,500 token. Memang mencabar tapi ada caranya untuk mengumpul token dengan cepat, iaitu event "Show Down".
Semasa event duels, opponent menggunakan tiles "The Chase" dan "The Escape" |
Opponent menggunakan tiles "The Map" dan "Hiding Bandit" |
Ada hadiah ke?
Tidak. Permainan ini sekadar permainan di aplikasi telefon pintar sahaja. Boleh berentap dengan opponent secara langsung (live) atau sebaliknya. Seronok - seronok sahaja menghabiskan masa dan bermain menyusun kata.
Rewards yang anda dapat selepas menghabiskan sesuatu event kadangkala anda boleh gunakan untuk boost. Booster ini digunakan jika anda "stuck" atau untuk belajar perkataan baharu. Rujuk rajah di bawah. PR rugi 80 points masa permainan tersebut tetapi lain kali PR pasti ingat perkataan tersebut.
Anda boleh gunakan booster untuk mengetahui perkataan terbaik selepas giliran anda |
Jom Main Scrabble Go
Jika anda berminat, jom install. Search sahaja di apps store "Scrabble Go" atau boleh sahaja menggunakan link ini. Anda boleh invite PR menggunakan id : 151041690. Untuk mendapatkan info berkaitan Scrabble Go, boleh like dan follow page fb Scrabble Go.
Jomlah install. Seronok juga tambah kawan baru dalam game susun kata ni.
Peraturan : Scrabble Rules
0 comments