Apa macam mood PKP? Dah lebih dari sebulan, bosan memang bosan kalau tiada aktiviti yang hendak dilakukan. Pada awalnya, PR berasa sedikit kelegaan "bercuti" sebab minggu sebelum PKP agak penat dan tidak cukup rehat tidur kerana hendak menyiapkan beberapa tugasan urgent. Tetapi bila masuk minggu ke-2, sudah mula berasa bosan dan mencari aktiviti yang lebih menyeronokkan.
Kabinet Produk IKEA Jadi Pilihan
Emm, boleh kata dulu PR bukan fans IKEA tetapi sekarang mungkin dah berubah. Sejak gedung IKEA dibuka di Tebrau, Johor hati mula terpaut pula. Begitu juga suatu masa dahulu PR tak berani untuk beli barangan di atas talian melebihi nilai RM100, tapi baru - baru ini PR beli barang online bernilai >RM800.
PR berbelanja untuk kabinet tv dan rak buku. Kabinet - kabinet ini pasang sendiri sahaja dalam masa 2 jam setengah masing - masing. Kabinet tv dipasang sewaktu siang, konon puasa jadi ambil masa lama untuk siapkan. Rak buku dipasang waktu malam, tetap 2 jam setengah. Tenaga ada, tapi banyak pula iklan - makan dan berasap lah!
Pemasangan kabinet kira easy la dibantu dengan manual (grafik) yang mudah difahami. Cuma hati - hati ada komponen yang berat. Kalau buat seorang diri, kena sabar banyak - banyak. Layan je. Tak perlu cepat - cepat. Kalau ada cordless drill, lagi senang. Tapi kalau takde, putar skru secara manual. Tu yang buat penat sikit. Sikit je.
Produk yang PR beli adalah kabinet BRIMNES TV storage.
Inspirasi IKEA Tebrau
Akhirnya, set tv dan home theatre yang dibeli masa 2012 dulu dah ada kabinet yang lebih baik daripada sebelumnya. Cuma PR tak boleh nak susun seperti inspirasi IKEA disebabkan ada socket outlet di tengah - tengah kawasan yang PR letakkan subwoofer tu.
Untuk next project, PR berniat untuk menaiktaraf ruang dapur dan memasak. Harap - harap Ciktom lebih bersemangat lepas ni.
0 comments