Berakhirnya perlawanan ke-10 Liga Super yang menyaksikan Selangor membenam Johor Darul Takzim 4 - 1di Shah Alam, membuka ruang untuk Selangor berada di atas kedudukan liga di belakang ATM dengan dibezakan perbezaan jaringan.
Banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan tersebut, dan dari kaca mata aku sebagai peminat bolasepak, secara keseluruhan ia adalah perlawanan yang menghiburkan. Tetapi,
- Muak dengan kelibat Safiq Rahim (sebenarnya ketika dia masih menyarung jersi Selangor).. aku rasa dia bukan pemimpin yang baik di tengah padang..
- Persembahan Adib yang agak mengecewakan. Kad kuning yang diterima sepatutnya memberi amaran supaya berhati - hati dan elak untuk melakukan terjahan yang tidak sepatutnya, nasiblah bentesan keras di luar kotak penalti tidak menarik minat pengadil untuk kad kuning kedua.
- Perlakuan Norshahrul yang tidak profesional, setiap kali bola hampir hilang dalam kawalan pasti siku diangkat kepada pemain lawan. Pemain kebanggaan negara?? Hahahh.
- Sikap tamak Forkey Doe kadangkala memerangkap pasukan untuk menjaringkan gol. Adakala pemain lain berkedudukan baik untuk menjaringkan gol jika mendapat umpanan awal.
- Pengulas Astro Arena pun bagi aku dah banyak melalut. Dengar yang Bahasa Inggeris lagi bagus daripada Zainal Abidin Rawop, yang mana aku rasa dah patut ganti dengan orang lain. Serahkan pengulas bersama memilih pemain terbaik, tapi bagi cadangan peribadi pulak, apa hal??
Aku dah tulis di bahagian tajuk, aku pengulas tidak bertauliah, dan menulis di sini atas dasar pandangan kaca mata aku sendiri. Sememangnya aku lega dan bangga Selangor berjaya menewaskan pasukan lawan, tetapi kualiti permainan 90 minit tu pun kena ambil kira.
Jadi setakat ini sahajalah ulasan aku. Sekian.
0 comments