Semasa aku menaip entri ini, sesekali aku mengerlip pandangan ke TV yang menyiarkan marathon drama bersiri Adam & Hawa. Dah masuk siri keberapa pun aku tak pasti sangat, tapi yang aku tengok ni episod 27. Aku tak mengikuti drama ni dari awal, cuma kebelakangan ni je aku layan, :D
Memang banyak drama dan filem disiarkan di televisyen dan panggung wayang. Tak pernah habis. Kalau habis pun, pihak penyiar boleh ulangsiar drama - drama terdahulu. Banyak genre, banyak cereka dan dah banyak pengarah atau pelakon yang menerima anugerah hasil daripada berlakon dan berkarya.
Bukanlah suatu isu pun, aku cuma ingin mendapat respon anda sebagai pembaca, apa yang menarik perhatian anda untuk menonton? Barisan pelakon atau jalan cerita yang berkualiti?
Bagi aku, kalau cerita atau drama Malaysia ni, aku akui barisan pelakonlah yang menarik minat aku untuk menonton. Kalau masa kecil dahulu, aku suka dengan siri Keris Hitam Bersepuh Emas yang dibintangi Eman Manan dan Ebby Yus. Drama bersiri Ros Anita pun aku layan jugak, lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Ainina Ahmad B.
Sumber : Link
Kalau masa sekarang, aku suka cerita yang dibintangi Maya Karin & Remy Ishak (gandingan dalam filem Cun) memang cunlah hahahahaa, terbaru 29 Februari walaupun kesudahannya upset sikit. Kalau drama pukul 7 di TV3 tu, aku paling suka siri Nora Elena dan slot Lestari, aku suka Cinta Ellysa. hahahh..
Kalau dari segi jalan cerita, di Malaysia ni aku rasa sama sahaja. Kalau genre seram, macam tu jelah ceritanya dari satu filem ke filem yang lain. Kalau genre aksi, macam tu jelah aksinya, kejar mengejar dengan kereta, motor... kalau genre cinta.. macam tu jelah diorang bercinta... tu pasal aku pilih pelakon daripada jalan cerita.
Kalau drama atau filem luar negara, aku lebih tertarik dengan jalan cerita. Kung-fu mesti nombor 1. Filem yang aku tengok banyak kali tapi tak bosan.... siri Pirates of Carribean. entahlah cerita tu unik, bagi aku lah..
Umm aku rasa setakat ini sahaja. Aku ulang-soal sekali lagi, apa yang menarik perhatian anda untuk menonton drama atau filem?
0 comments