Life is too short.
Terlalu biasa mutiara kata ini dijumpai, didengari di mana - mana. Tetapi sejauh mana ia terkesan di dalam hati anda?
Biasa dengan kata - kata hidup adalah di antara B dan D (Life between Birth and Death). Di antara kedua huruf itu ialah C, iaitu Choice! Hidup dengan pelbagai pilihan. Bak kata Albert Camus, " Life is the sum of all your choices".
Hidup anda ditentukan dengan pilihan yang ada untuk anda, dan kehidupan yang anda lalui adalah keseluruhan pilihan yang telah dan akan anda buat.
Sumber Gambar : Link
Anda boleh pilih untuk bekerja keras,
atau anda boleh pilih untuk goyang kaki sahaja.
Anda boleh pilih baju kemeja,
anda boleh pilih baju kebaya,
atau anda boleh pilih kain tak cukup ela.
Anda boleh pilih bini anak orang kaya,
atau bini yang pandai masak seri muka,
asal jangan pilih bini orang, sudahla..
Semakin meningkat dewasa, anda akan belajar dan sedar orang yang tidak sepatutnya menjatuhkan anda mungkin akan berbuat sedemikian. Anda mungkin pernah kecewa dan tidak mustahil anda juga pernah mengecewakan orang lain. Anda bersaing dengan rakan karib anda, dan kadangkala tindakan itu akan menyebabkan anda akan kehilangannya.
Life is too short. Ketepikan semua itu. Abadikan lebih banyak kegirangan, penuhkan gambar keriangan hidup anda kerana setiap saat anda marah atau kecewa, saat itu jugalah kebahagiaan anda akan hilang dan tak mungkin akan berganti.
Jika anda imbau nostalgia lama, rakan - rakan sepermainan anda dahulu di mana? Hari ini, mungkin ada di kalangan rakan anda telah menjadi kenamaan, mungkin ada yang menjadi kuli buta, ada yang berjaya dalam hidup, mungkin ada yang terpesong. Sesat tidak jumpa jalan pulang. Dan, mungkin ada yang sudah pulang berjumpa Tuhan.
Bagaimana ia berlaku? Because there is a C between B and D! Apa pilihan anda?
Note | 17 September, genap 2 tahun Nadia @ TTT meninggalkan kita. Masih ingat spek hitam???
0 comments