Jika tengok keadaan sekarang, penggunaan internet semakin meluas. Semua perkara telah dimudahkan. Bayar bil dalam talian, tak perlu lagi berebut mencari parkir, beratur panjang menunggu giliran hanya dengan beberapa klik, urusan anda telah selesai.
Juga, mengikut trending terkini adalah belian/julalan barangan dalam talian. Dah banyak, merata - rata perniagaan dalam talian ni. Banyak faktor yang menjadi daya penarik untuk individu membuat pembelian dalam talian.
Aku, dah banyak juga barangan yang aku beli dalam talian. Mulanya memang 50 - 50, rasa ragu kalau - kalau duit telah dipindahkan tetapi barangan tidak sampai. Seperti apa yang pernah dikeluarkan di akhbar, kes individu yang membeli telefon pintar dengan harga yang agak rendah sedikit, tetapi mengecewakan apabila di tipu dan hanya mendapat berus cat.
Nak beli tu kadang - kadang kena guna otak juga. Ada orang nampak tawaran harga menarik je terus beli tanpa mengkaji - usul periksa penjualnya. Aku setakat ini berpuas hati dengan semua barangan yang aku beli menerusi belian dalam talian dan tiada sebarang masalah.
Bukan apa, beli online ni boleh penjimatan juga. Kalau benda tu ada di Selangor, takkan la aku terhegeh - hegeh ke Selangor, bayar RM70 dan pulang semula ke Johor Bahru. Lebih baik aku bayar duit pos dalam RM7 - 8. Macam tu la lebih kurang perkiraan yang aku buat. Lagipun aku ni bukan rajin sangat berjalan - jalan nih.
Antara barangan yang aku pernah beli ialah jersi Selangor (RM70), jersi TM Malaysia (RM70), Belt-Suspender (RM50), Buku "Kopi O Kurang Gula" (RM13) dan ada beberapa item lagi. Kebanyakannya bawah RM100. Kalau tak sampai pun, taklah telan air liur sangat. Kalau harga dah mahal, baik pergi kedai dan beli dengan tangan sendiri.
Hmm, apa kata anda tentang belian dalam talian?
0 comments