Kesempurnaan itu perkara besar. Ia bukan sesuatu yang objektif, malah pelbagai definisi dibuat untuk menjelaskan skop kesempurnaan itu sendiri.
Anda pernah terbaca atau dengar Kisah Kasut dan Kasih Sayang? Jika anda pernah, maka anda pasti setuju kesempurnaan itu bukan mudah sebaliknya bersyukur dan menghargai apa yang kita ada. Jika ini pertama kali anda mendengarnya, anda berada di tempat yang betul sekarang.
Di kisahkan, seorang perempuan muda datang menyapa ayahnya lalu bertanya bagaimana untuk memilih seseorang yang terbaik untuk di jadikan teman hidupnya kelak. Seraya, ayahnya meminta si dara untuk menemaninya ke suatu tempat.
Di hadapanmu, terbentang kasut - kasut yang indah. Berjalanlah sambil memilih kasut kesukaan kamu, yang kamu rasakan sangat cantik untuk kamu, tetapi dengan syarat kamu tidak boleh kembali ke belakang.
Waktu beranjak, Si gadis pulang ke pangkuan ayahnya tanpa membawa sebarang kasut. Lantas si bapa segera bertanyakan apa yang telah berlaku.
Oh, tadi saya berjalan dan sambil memandang sejumlah kasut yang berada di situ,saya mencari kasut yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi ayah kata ambil yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung, saya tidak jumpa kasut yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya sebelum itu tapi sebagai mengikut syarat ayah, jadi tiadalah kasut yang saya boleh ambil.
Itulah jawapannya. Kita akan berasa sukar dalam mencari kesempurnaan. Sebaliknya, kita perlu menghargai apa yang ada di hadapan kita, kerana kita tidak tahu adakah masih ada yang terbaik di hadapan kita.
Kita jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku biarkan ia berlalu. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun jika dihitung masih banyak lagi yang cantik dan baik seperti Kisah Kasut tadi.
Mencari kesempurnaan itu memang perlu, tapi yakin dan percayalah kita tidak akan mencapai kesempurnaan tersebut. Apa yang boleh kita harapkan adalah menghampiri kesempurnaan. Jangan pula asyik mengejar kesempurnaan, kamu kehilangannya dan di waktu itu kekesalan tidak berguna lagi.
Note | Adakah entri ini sempurna untuk anda?
0 comments