Dalam daftar-isi
percutian di Kuala Terengganu, aku sempat juga meluangkan masa berkunjung ke
Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man. Taman ini menjadi lokasi menarik juga untuk pelancong, sambil boleh beriktiqaf sebentar di
Masjid Kristal.
Taman monumen TTI menawarkan pelawat - pelawatnya pengalaman yang unik. Memaparkan 23 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated
Bayaran masuk ke taman monumen ini adalah sebanyak RM 21.20 bagi dewasa. Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan kanak - kanak berusia antara 7 - 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM 15.90. Bagi tiket dewasa, disertakan sekali baucer makan RM2 dan baucer cenderahati RM2. OK ke tak OK hal bayaran? Layan...
Taman ini juga menyediakan perkhidmatan basikal, buggy dan tram. Kadar harga berbeza mengikut perkhidmatan yang disediakan, bermula dengan serendah RM 5.50 sehingga RM 159.00. Aku mengambil keputusan untuk melangkah dengan kaki sahaja.
Perkhidmatan Buggy di TTI
Sebelum keluar dari Taman ini, bolehlah berbelanja di kedai cenderahati untuk tanda kenang - kenangan. Boleh tengok - tengok juga promosi jualan yang sedang berlangsung untuk penjimatan. Baucer cenderahati boleh ditukar di premis tu.
Jadi, menurut pemerhatian aku sepanjang kunjungan:
Menarik Di Taman Tamadun Islam
- Penggunaan pasport sebagai tiket masuk nyata memberikan kelainan - terdapat juga info berkaitan monumen yang dilawati - elak terlepas pandang 23 monumen kesemuanya
- Pembinaan replika yang hampir sempurna seperti binaan asal
- Menyediakan paparan video bagi beberapa monumen terpilih
Kureng Di Taman Tamadun Islam
- Perancangan penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Semasa lawatan, ada 2 - 3 buah monumen dalam fasa penyelenggaraan. Wayar dan kabel berserakan di lantai dan tidak ditanda dengan tali keselamatan
- Terdapat replika yang terlalu besar dan tidak relevan dengan pembinaannya yang 'biasa' sahaja
Mari layan gambar yang sempat aku rakamkan semasa lawatan. Tak tunjuk semua, nanti tak
surprise la kalau anda memasang niat hendak melawat TTI.
Aleppo Citadel
Great Mosque of Agadez
Masjid Nabawi
Taj Mahal
Masjid Negara
Xian Mosque
Layan lagi dengan saiz gambar lain pulak
Masjid Biru
Reka Bentuk dalaman kubah As - Sakhrah
Masjidilharam
Sultan Mosque, Singapura
TTI Waterwheel
Aku mengambil keputusan cuti Tahun Baru Cina 2016 digunakan untuk melancong ke Kuala Terengganu. Percutian dalam negara pun bagus juga, maklum saja masih banyak lagi tempat menarik yang belum dan harus dikunjungi.
Keluarlah mengembara sementara anda masih muda dan berkemampuan, lihatlah dunia ciptaan Ilahi - unknown
Agak lewat membuat perancangan, tetapi
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Beberapa lokasi yang menjadi tarikan utama sempat dikunjungi sepertimana yang dirangka sebelum percutian. Terima kasih aku ucapkan pada rakan blogger,
ciktom yang menjadi pemandu pelancong sepanjang aku di sana.
Lokasi awal yang aku kunjungi adalah Kampung Cina; yang menjadi tarikan dengan hiasan lukisan mural di dinding lorong, kedai yang berwarna - warni dan struktur bangunan tradisional yang masih baik. Kemudian, panjangkan langkah ke Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang), Bazaar Warisan dan mendaki anak tangga ke Bukit Puteri.
Masjid Kristal, Pulan Wan Man
Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung
Masjid Rusila, Marang
Masjid Negara, @monumen TTI
Aleppo Citadel, @monumen TTI
Sultan Mosque, Singapura @monumen TTI
Muzium Terengganu
Heheh, banyak gambar masjid ada kaitan dengan niat nak membina masjid ke? Niat tu memang ada, tapi entah apa waktu dan ketika. Tu bukan melancong namanya, tapi melencong.
Pernah suatu ketika aku
post blog entri yang membincangkan perihal
7 Jenis Facebook Updates. Peredaran teknologi masakini menambahbaik ciri aplikasi laman sembang sosial yang tumbuh bagai cendawan mungkin sedikit sebanyak mengubah arah golongan yang aku sebutkan dalam blog entri tu.
Kewujudan laman sembang sosial ini mengubah cara hubungan komunikasi masa lalu kepada yang lebih dinamik. Boleh aku katakan pasti ada "group" laman sembang sosial yang mengumpulkan ahli - ahli yang berkaitan dengan halatuju group tersebut.
Leka
Group Rasmi
Bagi tujuan untuk menyebar dan menyampaikan maklumat dengan cepat, penggunaan media sosial ini merupakan alternatif terbaik. Bagi organisasi yang mempunyai ramai pekerja, pengujudan Group Rasmi adalah sangat perlu. Makluman berkenaan Pekeliling terkini, makluman tentang Mesyuarat serta peringatan berkaitan cuti adalah merupakan beberapa isi kandungan yang sangat bermanfaat dalam Group Rasmi.
Tetapi,
bila Group Rasmi jadi tempat untuk Mesyuarat Tingkap,
bila Group Rasmi jadi Pasar Malam,
bila Group Rasmi jadi Mesin Punch Card,
bila Group Rasmi jadi Yellow Pages,
bila Group Rasmi jadi Gelanggang Tinju,
bila Group Rasmi jadi Kedai 24 Jam,
bila Group Rasmi jadi tempat Mengipas Angin...
Aku bosan.
Aku pernah keluar dari Group Rasmi tetapi dasar organisasi yang menyahut kempen paperless mengakibatkan banyak arahan kerja hanya akan dipaparkan di Group Rasmi dan mungkin aku akan ketinggalan maklumat.
Kalau anda mengalami perkara yang sama, apa yang akan anda lakukan?
Selamat Tahun Baru, 2016! Alhamdulillah sempat juga bertemu dengan 2016, dan masih kekal dengan blog ni. Ruang global yang memuatkan catatan dan pandangan peribadi aku di sini.
Pastinya, 2016 menjanjikan cabaran yang berbeza, yang kadang - kadang tak boleh nak fikir dan ramal. Apa pun, selagi berupaya haruslah menyahut apa saja cabaran dengan cara penyelesaian terbaik yang mampu dilakukan. Pengalaman lalu merupakan rujukan terbaik untuk memandu kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Mengimbas titian perjalanan 2015, banyak perkara yang mengujakan dan tak kurang juga perkara yang sebaliknya. Enjin kereta aku bermasalah disebabkan over-heating dan terus jahanam. Lama juga terperuk di bengkel. Enjin dah hidup, cermin pulak pecah. Dah rezekinya macam tu, redha ajelah.
Cuba Warna Baru
Retak Seribu
Pertengahan Jun, aku diserang demam denggi. Pada awalnya aku menyangka demam biasa tetapi berlarutan sehingga seminggu, aku ambil keputusan membuat pemeriksaan dan disahkan denggi. 3 malam juga tersadai di hospital. Ini pengalaman pertama aku di hospital.
Dari segi perkembangan kerjaya, aku diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat Pelaksanaan OBE dan Taklimat Pelaksanaan ISO 9001. Berdebar juga maklum saja kali pertama menyampaikan taklimat di dewan besar. Paling tak sangka, aku menerima Anugerah Khas Pengarah 2015 sempena Hari Inovasi pada Disember.
Sesungguhnya, segala ujian dan kesenangan yang dilalui sekurang - kurangnya mengingatkan aku supaya tidak lalai dan leka. Aku mengharapkan 2016 lebih menarik untuk diharungi dan dikenang suatu masa nanti.
Bagaimana dengan anda?