Banyak lambakan pewangi kereta yang dijual di kedai runcit, pusat membeli belah mahupun secara dalam talian menerusi laman e-dagang. Tapi melalui pengalaman saya, setakat saya beli sebelum jumpa produk Initial ni, kebanyakannya indah khabar dari rupa. Baik harga yang sangat murah sampai lah dua angka, kadang - kadang seminggu dah hilang bau.
Initial Perfume selesaikan Masalah Pewangi Tak Tahan Lama
Initial Perfume
Dah lama rakan sekeliling pernah menyarankan supaya menggunakan Initial Perfume untuk diletakkan sebagai pewangi kereta. Tapi yang menyulitkan tu sang penyaran tak pernah beli pula produk tersebut. Almaklumlah harga daripada survey RM30 dan ke atas. Jadi sukar juga nak buat perbandingan dan analisa.
Dipendekkan cerita, saya masih berdegil untuk menggunakan produk pewangi yang digantung di cermin pandang belakang sampai satu tahap saya nekad untuk mencuba sendiri Initial Perfume pada Mac lalu. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira (consideration) jika anda seorang yang teliti dengan jenama, buatan dan ketulenan.
Ketulenan Produk Initial Perfume
Melalui pengamatan saya, produk tulen bagi 100ml julat harga dari RM40 - RM60 dan tulisan jelas Initial pada tin produk (buatan China). Manakala terdapat produk lain masih menggunakan Initial tulisan bahasa Jepun (buatan Jepun) dan Thailand. Harga lebih rendah dalam julat RM20 - RM35. Penafian: saya pun tak sure 100% kesahihan maklumat ni, lebih baik anda tanya kepada jurujual. Saya menggunakan produk buatan Jepun.
Produk dalam bentuk cecair, akan meruap ke atas melalui span. Jadi saya sarankan penutupnya tidak dibuka secara sepenuhnya untuk mengelakkan kadar pengewapan bertambah tinggi menyebabkan cecair akan melepasi span terlalu banyak dan melimpah keluar. Pengalaman saya, tin pertama saya buka penutup sepenuhnya dan mengakibatkan terdapat lelehan cecair di seikitar tin. Namun sehingga artikel ini ditulis, cecair masih banyak berbaki. Initial Perfume tahan lama melebihi jangka tiga bulan.
Peach Nectar
Pembelian kali pertama dan ketiga, saya memilih untuk haruman Initial:Peach Nectar. Bau sangat kuat dan sedap juga dihidu. Untuk yang pertama saya letakkan di ruang tamu rumah dan tin yang kedua saya letak di pejabat. Kononnya walaupun di pejabat, masih ada aura di rumah juga dengan sebab kehadiran pewangi yang sama.
Honey Dew
Selepas beberapa hari pembelian pertama, saya mula menyukai produk Initial Perfume dan terus menempah untuk tin yang kedua, kali ni haruman Honey Dew. Bau yang lebih lembut dan tenang. Sesuai saya letakkan di dalam bilik tidur. Kali ini, saya buka penutup tin separuh sahaja. Belajar dari pengalaman.
Haruman Pewangi Initial Fleksibel
Setelah saya menggunakan produk ini hampir 3 bulan, saya boleh katakan produk Initial Perfume adalah fleksibel dan boleh digunakan di tempat lain selain kereta seperti ruang tamu, ruang pejabat, bilik air serta ruang tangga. Pastinya, perlu ada tempat rata.
0 comments