Selamat Tahun Baharu 2022 PR ucapkan kepada pembaca blog ini. Agak menyedihkan juga tahun 2021 PR hanya sempat menyiarkan lapan (8) artikel sahaja. Nak kata kekangan masa tu tidaklah sepenuhnya tapi bila menyediakan aktiviti pembelajaran secara online ni, letihnya lain macam. Bagi pembaca baharu, PR berkhidmat di sebuat institusi latihan kemahiran iaitu di IKM Johor Bahru.
Apapun, tinggalkan 2021, terus ke hadapan dengan 2022. Bagi memulakan edisi 2022, PR berpeluang menjejakkan kaki ke Legoland, Johor bersama family kecil PR. Walaupon jarak dari kediaman kurang dari 10 km, tapi nak masuk tu kena fikir banyak kali juga memandangkan Adira dan Indera masih berhingus lagi.
1 Januari 2022, Ciktom belanja kami setelah 2020 dan 2021 suram dek kerana perintah kawalan pergerakan seluruh negara hampir setengah tahun. Adira dan Indera membesar di rumah dan dalam kereta sahaja. kehkeh..
Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan. Dah alang - alang Legoland letaknya bersebelahan sahaja dengan kediaman, kami decide untuk langgan annual pass. Senang, bila - bila hendak pergi start sahaja enjin kereta. Tak sampai 5 minit dah sampai.
Bagi anda yang berminat untuk melanggan annual pass, boleh lah ikuti langkah berikut. Anda boleh selesaikan sebahagian pendaftaran melalui portal Legoland, jadi setibanya di taman tema tersebut tak perlu lagi beratur panjang di kaunter utama.
Cara Daftar Online Annual Pass Legoland
1. Akses laman web rasmi Legoland > klik pautan annual pass
0 comments