Alhamdulillah selepas 3 tahun sejak PR berpindah ke rumah baru, 28 Ogos 2020 rumah PR dah ada perkhidmatan internet daripada unifi. Agak lama juga kiranya menunggu talian internet yang pantas sebab kerja - kerja PR dan ciktom memang memerlukan talian internet tambah - tambah lagi untuk menulis blog.
PR langgan pakej kelajuan 30Mbps dengan bil bulanan RM89. Kalau ikutkan banyak lagi pakej lain seperti yang dinyatakan dalam web unifi.
TV Box Streaming
Lewat 2017, PR ada menyatakan untuk terminate siaran tv berbayar yang PR dah langgan sejak 2012 disebabkan faktor penjimatan. Lagi pula masa tu PR dan Ciktom memang jarang sangat tengok tv. Sekarang ni pun banyak dah provider untuk siaran tv dengan harga langganan yang lebih kompetetif.
Adira pun dah pandai request siaran tv. Jadi, sesuai jugalah PR mencari kembali siaran - siaran tv yang beraneka selain daripada yang ditawarkan dalam pakej MyTV. Rakan sekerja PR mencadangkan untuk menggunakan peranti android box.
Pada mulanya, PR berhajat untuk mendapatkan tv baru yang built in perisian android. Rakan PR membeli android tv 65 inci semasa PKP dengan harga bawah RM2000. Rasa teruja juga dengan saiz dan harga berkenaan. Tetapi tv sedia ada di rumah masih elok dan tidak menunjukkan sebarang petanda untuk diganti.
Mi TV Stick | Plug & Play!
Seorang lagi rakan sekerja PR mencadangkan untuk memasang sahaja peranti android tanpa perlu menukar tv. Mi TV stick ini daripada jenama Xiaomi. Mi tv stick mendukung Android 9.0 version dan mudah untuk digunapakai dengan hanya pautan HDMI.
PR beli di shopee. Tengok review daripada pembeli sangat mendorong PR untuk membuat pilihan tambahan pula semasa order, dah lebih 1600 unit terjual. Tv stick ini didatangkan dengan 1 x Mi tv stick, 1 x power supply cable, 1 x Manual dan 1 x remote control.
Layan Siaran Bola Hujung Minggu
Dengan adanya peranti android dan sokongan internet berkelajuan tinggi, dapatlah PR layan siaran perlawanan bolasepak baik liga tempatan mahupun antarabangsa. Molek sungguh timing kebetulan pula liga bolasepak akan bermula awal September ni.
Jadi bagi anda yang memikir untuk upgrade ke android tv, cuba jadikan Mi stick tv sebagai pilihan tanpa anda perlu menukar tv dengan modal belanja hanya RM139 sahaja (harga berbeza mengikut penjual).
0 comments