PR yakin dan percaya setiap dari kita inginkan kualiti kehidupan yang terbaik, memenuhi setiap impian dan matlamat masing - masing. Tetapi, kehidupan ini bukanlah semudah melakar lukisan di atas kertas, ia perlu dimulakan dengan usaha dan komitmen.
Ramai orang yang nak ubah hidup mereka dengan memulakan perniagaan sebab percaya 9/10 rezeki tu datang dari perniagaan. Tapi ramai yang memulakan perniagaan hanya dengan modal tapi tiada ilmu
Ramai yang sudah mula berjinak dengan perniagaan. Ramai yang telah sedar dengan makan gaji sahaja tentu sukar untuk mengubah kualiti hidup yang diinginkan. Namum, ramai yang gagal atau perniagaan tidak bertahan lama kerana kurang ilmu perniagaan.
5 Mac 2016 lepas, PR berpeluang mengikuti Seminar Roket Emel, seminar yang merangsang momentum perniagaan melalui kaedah pemasaran yang betul dan berkesan. Blog entri kali ini, PR ingin mengupas 4 perkara asas yang perlu tahu untuk memulakan perniagaan, ekstrak daripada seminar tersebut.
4 Perkara Wajib Mula Bisnes
1. Ilmu Pengetahuan
Apa sahaja perkara yang hendak dilakukan perlu bermula dengan ilmu. Cuba bayangkan anda ingin memohon kerja mengimpal besi tetapi anda tiada ilmu atau kemahiran mengimpal, adakah anda rasa peluang anda diterima bekerja adalah tinggi? Semestinya jika anda ingin berjaya dalam bidang yang ingin diceburi, anda perlu memiliki ilmu. Kan?
2. Mentor
Ilmu itu tidak datang bergolek. Kemahiran itu tidak datang melayang. Anda perlu mencari ilmu. Dari saat lahir sehingga tamat nyawa, kita dianjurkan untuk menuntut ilmu. Cari ilmu pada yang pakar! Cari ilmu perniagaan pada pakar perniagaan. Jadikan sebagai mentor, yang boleh memberi tunjuk ajar, menasihat, memberi teguran dan membantu anda dalam bidang perniagaan.
3. Sistem
Wajib untuk anda tahu sistem perniagaan anda. Perjalanan perniagaan anda. Takkan orang lain pulak yang tahu kan? Heheh.. Setiap perincian proses kerja anda perlu disusun dengan teratur dan membentuk cara kerja yang sistematik.
4. Komitmen
Hendak berjaya, perlu ada usaha yang berterusan, konsisten dan berani mencuba. Komitmen tinggi untuk menguruskan perniagaan termasuk mencuba idea baru, melakukan teknik pemasaran yang betul dan berkesan serta mengambil peluang terhadap perubahan terkini dunia perniagaan.
Selesai menghadiri seminar tersebut, PR menyarankan setinggi - tinggi saranan bagi anda yang ingin memulakan perniagaan, atau ingin menguasai teknik perniagaan yang betul dan berkesan mengikut trend terkini, bolehlah mendaftar untuk turut sama hadir ke seminar tersebut.
Anda boleh menyemak link Seminar Roket Emel untuk mendaftar dan mendapatkan faedah yang PR sebutkan di perenggan sebelum ini. Labur untuk ilmu jauh lebih baik daripada anda melebur tanpa ilmu.
Semoga berjaya!
0 comments