7 Disember, maka selesailah sudah tanggungjawab untuk mengisi markah pelajar ke dalam sistem pemarkahan bagi Sesi Jul - Dis 2012. Yang belum selesai adalah Senat peringkat pusat dan ibu pejabat minggu hadapan. Lega rasanya.
Pelajar sudah mula bercuti, dan kalau semuanya beres, aku juga akan mengambil cuti pada 2 minggu terakhir. Cuti masih berbaki 30 hari lagi, dan aku bercadang untuk mengambil cuti, menyimpan di GCR dan bawa ke hadapan juga. Tahun ketiga aku berkhidmat, masih sama aku belum benar - benar memerlukan cuti rehat yang panjang.
Bagi semester ini juga, pelajar yang berada di bawah seliaan aku (sebagai penasihat akademik/mentor) sudah menamatkan sesi pelajaran dan akan menjalani latihan industri pada semester hadapan sebelum boleh dianugerahkan dengan Diploma.
Jauh di sudut hati, aku merasakan masa 5 semester berlalu dengan pantas, dan aku masih ingat hari pertama mereka menjejak kaki di IKM sehinggalah mereka melangkah keluar. Mereka belum menamatkan pengajian secara rasmi tetapi bilamana mereka menjalani latihan industri, bermakna produk ini sedang diuji untuk menjadi profesional suatu hari nanti.
Majlis makan malam untuk pelajar semester akhir telah diatur oleh pelajar sendiri, dan apa yang aku boleh katakan..... marvelous!! heheeh, makanan memang banyak, ikan dan makanan laut lah terutamanya, tetapi aku adalah spesis yang tidak memakan makanan laut, maka hidangan ayam golek adalah khas untuk aku.
Aku mengharapkan pengalaman 2 tahun setengah di IKM memberi sedikit impak kepada percaturan hidup mereka di hari yang mendatang.
Jemput makan! Hahahh..
0 comments