Hehee.. kenapa aku mulakan blog entri dengan gelak? Sebab aku rasa bila menyebut perihal gender ni, perbandingan antara lelaki dan wanita memang takkan habis. Cerita lah isu apa pun, pasti akan meleret - leret sampai boleh jadi tegang urat juga. Isu yang aku cuba tampilkan mengenai sikap pemandu lelaki dan sikap pemandu wanita di Malaysia.
Sebenarnya, aku tak pernah pun memandu seluruh Malaysia ni, mungkin pada kebanyakan masa di Johor Bahru dan Seri Iskandar sahaja, tapi melalui 2 tempat ini boleh jadikan kesimpulan jugak kot. Kalau anda terasa hati, aku tak boleh buat apa sebab aku simpul ikut mata aku dan anda perlu faham satu perkara, kerjaya aku bukan penganalisa sikap pemandu di Malaysia.
Inferens awal aku, sikap pemandu wanita lebih banyak mendatangkan bahaya berbanding pemandu lelaki. Sikap dan kemahiran adalah perkara berbeza. Aku tak nafikan kalau dari segi kemahiran, ada juga pemandu wanita yang lebih berkemahiran berbanding pemandu lelaki. Sebagai contoh, ada pemandu wanita yang mahir meletakkan kereta (parkir) tapi bila masuk bab sikap, payah juga sebab sikap parking ikut suka dan ikut dan! Hahahh.
Sumber Gambar : Link
Antara perkara yang boleh aku nampak,
1. Berkhayal
Jalanraya ibarat milik peribadi, khayal membawa kereta walaupun di lorong sebelah kanan. Tambah pula kalau sedang menjawab panggilan telefon atau bersembang dengan penumpang lain.
2. Tidak beri laluan dan tergesa - gesa
Kalau kawasan sesak, sempit dan seumpama, memang jarang lah nak beri laluan. Kalau boleh lagi rapat dengan kereta hadapan. Kalau boleh nak lepas dahulu. Nak kata penting diri sendiri? Emm, taktahulah pulak. Di kawasan perumahan biasanya laluan sempit, tapi di situlah nak bawa laju, disitulah kalau boleh nak jalan dahulu bila ada kereta dari arah bertentangan. Aku lagi respect pemandu lelaki dalam bab ini.
3. Ikut suka hati
Menukar lorong sesuka hati tanpa melihat cermin pandang belakang, tanpa signal, berhenti dan parking sesuka hati, menggunakan lorong jalan sehala.. alahai...
Cukup sekadar 3. Mungkin ada point yang lain, tapi 3 perkara ini memang perkara kebiasaan yang aku nampak dan alami. Di kawasan perumahan tempat aku menyewa, memang laluan agak sempit dan ada kereta yang diletakkan di bahu jalan, dan bila ada kereta dalam dua - dua arah, salah satunya kena beralah. Tapi, pemandu wanita ni kebanyakkannya memang tak beri laluan dan berusaha untuk lepas dahulu dan sikap macam tu boleh mengundang kecelakaan tambahan pula dipanju laju.
Penafian. Aku tulis berdasarkan apa aku nampak, dan aku tidak menafikan sikap pemandu lelaki juga terlibat dengan senarai di atas, tetapi kena faham aku nyatakan sikap pemandu wanita lebih banyak mengundang bahaya berbanding pemandu lelaki.
Apa kata anda?
Note | Kata bos aku, "kalau awak (semua staf) terasa hati dengan saya, saya... OK je," mengundang tawa staf dengan sindiran sinis tu
0 comments