Cenderahati di takrifkan sebagai sesuatu yang di berikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan. Tidak kira lah atas apa jua alasan dan bentuk cenderahati di beri, sebagai penerima, ia adalah suatu yang istimewa dan sewajarnya di hargai.
Sebenarnya, aku terbitkan entri Malapkan Lampu Sebentar, secara kiasannya ingin menyebut bahawa aku mahu berundur seketika dalam blogging, tapi seperti apa yang aku tulis, "Tekak Masih Haus" - masih terasa ingin menulis lagi.
Dalam kekusutan hari - hari yang aku lalui kini, aku telah menerima Cenderahati Abstrak daripada seorang sahabat kerja.
Dua lakaran ini seolah memberi aku suatu penjelasan. Penjelasan tentang hubungkait ia dengan kehidupan. Sebagai penggemar lukisan, aku begitu teruja dengan cenderahati abstrak ini. KLASIK.
Apa cenderahati paling berharga dalam hidup anda?
Note : Baca juga 8 Cenderahati Paling Berharga
0 comments