Dalam meniti hari demi hari, menyelak lembaran - lembaran lama dalam laman ni, boleh membangkitkan nostalgia juga. 2 tahun lebih dalam keluarga blogger, menemukan pelbagai jenis pembaca, yang ada di antaranya menjadi sahabat bukan sahaja di atas talian malah kehidupan realiti.
Dalam sela masa tersebut, ramai juga sahabat blogger yang datang dan pergi, silih berganti mewarnakan rentak Perjalanan Ini, sehingga ke hari ini. Ada di antaranya sudah menguburkan laman mereka, ada yang sekali sekala muncul, dan tidak kurang juga ada yang masih bertahan.
Sumber : rembat dari FB Kech, jangan marah naa..
Namun, tenggelam timbul kehadiran mereka pasti ada cerita di sebaliknya. Aku sendiri tidak pasti Perjalanan Ini akan bertahan sampai bila, barangkali sampai suatu ketika aku juga akan mengundurkan diri, sama seperti mereka yang terdahulu.
Setelah sekian lama (tak la lama mana pun), baru - baru ini, aku menerima pengkhabaran gembira, sahabat blogger Cha'on dan Kech telah melangsungkan ikatan pertunangan. Bila teringat detik pertemuan mereka di alam maya, dan seterusnya sehingga kepada hubungan sekarang, aku tersenyum sendiri. Doa aku mudah - mudahan mereka akan kekal bahagia dan bersama ke akhirnya.
Tahniah untuk Cha'on dan Kech. Umm, apa agaknya khabar sahabat lain? Apa khabar anda juga, yang sedang membaca entri ini? Harapnya, anda sihat dan sentiasa dengan khabar yang gembira.
Note | Apa khabar Hana Zaty agaknya ye?
0 comments