Anda pernah memasak menggunakan kayu api? Tidak kira memasak apabila kehabisan gas memasak, ataupun memang gemar memasak menggunakan kayu api, ataupun memang tiada dapur gas. Biasanya kalau memasak rendang, memang guna dapur kayu.
Kalau hendak air lekas mendidih, sorongkan kayu lebih dan api akan lebih marak dan mendidihkan air dengan lebih cepat. Kalau dah terlebih api, cepat - cepat keluarkan semula longgokan kayu tadi, kalau tak hangus makanan, diri sendiri yang binasa lapar tak dapat makan makanan yang di masak.
Begitu juga dengan kemarahan. Perasaan marah ini seringkali di kaitkan dengan hati panas, jiwa menggelegak dan hilang kawalan. Perasaan marah ini juga boleh di terangkan dengan gambaran api yang menyala. Tetapi sedarlah, api ini sinonim dengan syaitan, sinonim dengan kehancuran, keazaban di akhirat kelak.
Api dapur boleh di semarakkan dengan kayu api, dan api kemarahan boleh di semarakkan lagi dengan godaan syaitan -yang memang janjinya akan berterusan menggoda manusia untuk melakukan kejahatan. Jika anda sedang marah, ingatlah syaitan sebenarnya berjaya menghidupkan api, dan mereka akan cuba untuk semarakkan lagi nyalaan api supaya terus membakar.
Anda lihat. Anda dengar. Akibat iri hati, dendam, marah banyak kes jenayah di laporkan di media arus perdana. Bunuh isteri kerana curang, bunuh bapa kerana harta, simbah asid, dan bermacam - macam lagi. Di mana letaknya akal, kalau nafsu menguasai tubuh?
Justeru, lebih baik jangan marah. Tapi kalau ada orang buat anda marah, cuba redakan dengan langkah - langkah yang rasional. Jangan terlalu mengikut amarah, takut nanti orang yang tidak berdosa mendapat bahana. Bukan aku mengata diri aku baik, tidak. Aku jadikan artikel ini juga sebahagian dalam hidup aku supaya aku juga sering beringat. Ketahui langkah untuk elak marah.
Anda pernah masak dapur kayu? Hahah..
0 comments