padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Adidas Predator Mania Champagn 2017

/ September 16, 2017 /
Temasya Sukan Staf BKT/KKTM/MJII & IKM (SUKAT 2017) akan diadakan pada 23 September hingga 27 September 2017 di IKM Johor Bahru dan beberapa pusat sukan lain disekitar Johor Bahru. Sebanyak 15 acara dipertandingkan termasuk sukan nombor satu, bolasepak.

sukat 2017

Sebagai rekod, PR berpeluang menyertai 2 edisi SUKAT sebelumnya iaitu di KKTM Masjid Tanah (2011) dan di IKM Jasin (2014). Bagi kedua - dua edisi ini, PR menyertai pasukan bolasepak dengan kejayaan manis membawa pulang emas pada kedua - dua edisi. Sebagai tuan rumah, kejayaan merangkul emas di tempat sendiri sekaligus mendapat emas bolasepak tiga edisi berturut - turut pasti sangat ditagih.

Adidas Predator Mania 2017
Kasut bola ke-8 yang menjadi koleksi PR adalah Adidas Predator Mania Champagn (Saiz 6.5 UK). Kasut ini yang PR akan gunakan sepanjang SUKAT 2017, dan mudah - mudahan memberi tuah sepertimana PR gunakan Predator semasa Sukan Liga Super Asrama 2003, dinobatkan Juara dan penjaring terbanyak dengan 12 gol.

adidas predator mania champagn

Hajat tidak kesampaian menggunakan Nike Mercurial Vapor CR7 semasa temasya kerana kasut tersebut telah rosak dan tidak sesuai lagi digunakan untuk perlawanan seperti di SUKAT. Sebagai rekod kenang - kenangan,


Total GameGoalGoal Assist
2015 (10 out of 13)1-
2016 (14 out of 20)55
2017 (5 out of 9)11

Mungkin, dengan Adidas Predator ini, PR boleh menyumbangkan lebih banyak gol untuk pasukan IKMJB...siapa tahu kan...
Nota:
BKT - Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi MARA
MJII - MARA Japanese Indusrial Institute
IKM - Institut Kemahiran MARA
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap