padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Cara Membuat Banner Menggunakan Powerpoint 2016

/ October 15, 2017 /
Membuat banner menggunakan perisian powerpoint? Ya, entri kali ini PR ingin kongsi cara - cara dan langkah mudah untuk membuat banner menggunakan Microsoft Powerpoint (2016). 

tutorial membuat banner menggunakan powerpoint
Banner promo Purchase with Purchase produk Butik Busana Jamilah.
Promo berlangsung dari 13 Okt - 22 Okt 2017.
Sila layari fb pages Butik Busana Jamilah untuk maklumat lanjut

Langkah 1: Tentukan format banner
Tentukan format banner anda samada potrait @ landscape, tentukan juga ratio banner anda. 4:3 atau 16:9 bagi landscape, manakala 3:4 atau 9:16 bagi kedudukan potrait.

Design > Slide Size > Standard (4:3)

tutorial membuat banner menggunakan powerpoint

Langkah 2: Tambahkan imej
Tambahkan imej ke dalam banner anda. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, sediakan gambar anda di dalam format PNG. Tambah seberapa banyak yang anda mahu mengikut kreativiti masing - masing.

Jika anda kering idea, boleh lihat di bahagian kanan di ruangan "Design Ideas".

Insert > Pictures >Format (Laraskan saiz, kedudukan, bayang, crop)

tutorial membuat banner menggunakan powerpoint

Langkah 3: Format latarbelakang
Anda boleh mencuba untuk bereksperimen dengan format latarbelakang. Anda boleh tambahkan tekstur, atau biarkan sahaja plain.

Pilih Format Background > Fill > Gradient Fill (type, angle, direction)
Pilih Color > Eyedropper (halakan kepada warna yang dikehendaki)

tutorial membuat banner menggunakan powerpoint

Langkah 4: Tambahkan "shape"
Anda boleh menambah bentuk yang pelbagai bagi memberikan banner anda lebih menarik. Dalam tutorial ini, PR menambah imej "water splash" dan "rectangle". Olah mengikut kreativiti anda.

Insert > Shape > rectangle
Shape fill No.1 (No), Outline Fill (White), Weight = 3 pt
Shape fill No.2 - duplicate Shape fill No.1, kemudian (rotate 45 degree)

tutorial membuat banner menggunakan powerpoint

Langkah 5: Tambahkan teks
Langkah terakhir, tambahkan teks. Susun teks mengikut keutamaan dan tujuan banner. Elakkan menggunakan font yang berbelit - belit. Think flat, think bold and make them wow!

tutorial membuat banner menggunakan powerpoint

Jika anda ingin menggunakan banner tersebut bagi tujuan pengiklanan di media sosial seperti fb, anda perlu menjalankan ujian kot - kot tak lepas polisi mereka. Ujian untuk teks boleh dibuat di https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay

Ok, selamat mencuba.
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap