padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Hobi | Koleksi Edisi Terhad Shell

/ November 29, 2016 /
Sejak dari usia kanak - kanak, PR gemar mengumpul item samada barangan berbentuk permainan atau perhiasan. Sehingga hari ini, masih terdapat permainan kanak - kanak yang PR simpan di kampung seperti action figure, komik Lingkaran Terkunci dan model kereta diecast. Skop koleksi item ini semakin meluas tidak lagi terhad kepada senarai di atas.

Kanister Warisan Shell Edisi Terhad

Item terkini yang menjadi koleksi peribadi adalah kanister warisan edisi terhad Shell. Setiap tahun pasti ada item edisi terhad yang dikeluarkan oleh Shell. Jadi, PR tak lepadkan peluang ini untuk menambah bilangan koleksi terutama item edisi terhad Shell yang cun dan menarik.

kanister - bekas kecil (biasanya dari logam) untuk mengisi bahan - bahan kering seperti teh dan kopi

Untuk setakat entri ini ditulis, PR hanya mengumpul 4 kanister mini yang berharga RM7.90 setiap satu. Kanister mini ini menggambarkan petrol pam Shell yang berbeza mengikut tahun iaitu 1920, 1950, 1960 dan 1980. Setiap kanister disertakan dengan rantai kunci logo Shell mengikut tahun. Nampak gaya macam tak lengkap edisi terhad kali ini.

kanister warisan edisi terhad shell
Kotak kanister warisan edisi terhad Shell

kanister warisan edisi terhad shell
Kanister mini edisi terhad Shell

kanister warisan edisi terhad shell
Rekabentuk pam Shell 1920, 1950, 1960 dan 1980

Bagi tahun 2014, PR berjaya mengumpul kesemua 6 koleksi lego Shell dan pada tahun berikutnya PR hanya mengumpul 2. Pemasangan brick lego mudah, dibantu ilustrasi pepasangan yang disertakan bersama. Tapi, andai kata binaan ini berkecai, mungkin ambil masa juga untuk memasang semula tanpa bantuan ilustrasi.

lego shell edisi terhad
Koleksi lego Shell edisi terhad

Koleksi edisi terhad ini sebagai tanda kenangan dan menjadi antik bila tiba masanya kelak. Mungkin 10 atau 20 tahun mendatang, tiada lagi item seumpama ini dipasaran, maka koleksi ini sesuai dijadikan perhiasan rumah, di samping menggamit kenangan lama.

lego shell edisi terhad

Apa Kata ciktom?
Berkaitan hobi ini, pada awalnya ciktom terkejut melihat koleksi peribadi yang telah dikumpul sekian lama, dan tidak bersetuju PR meneruskan hobi ini. Cuma PR agak, lama - lama nanti ciktom faham dan terima; entah - entah item koleksi terhad ciktom lagi banyak dari PR. Hahahh 

Hobi | Kegilaan Diecast Model

/ November 22, 2016 /
Tahun 2016 agak senyap cerita pasal hobi koleksi diecast model. Pemburuan tahun ini jauh berbeza dengan tahun 2015. Faktanya, PR hanya membuat pembelian garaj untuk projek diorama pertama, yang nampaknya belum menampakkan jalan kesudahan. Namun, model - model cun yang dah ditilik sentiasa dalam radar.

nissan gtr nismo diecast

Sejak berpindah ke rumah sewa baru ini, PR masih tidak membuka dan mempamerkan koleksi sedia ada di rak khas sebaliknya masih menyimpan di dalam kotak simpanan. Cuma sekali sekala bagi melepas rasa rindu, keluarkan dari kotak sebentar dan meluang masa bersama. Ciktom pun nampaknya dah boleh terima hobi kegilaan ini. :P

Model Skala 1:64 Jadi Buruan

Menyorot sejarah lama, PR mula mengumpul diecast model skala 1:64 pada 1993. Model pertama adalah Ford LTD Police Car, keluaran Matchbox yang berharga RM3.90. Model ini masih disimpan di kampung, cuma warna asal telah digantikan dengan warna baru.

Gambar asal Ford Ltd Police Car, Matchbox (1993)

Bermula dari situ, lebih banyak lagi model diecast berskala 1:64 menjadi buruan termasuk model Opel Calibra (Hotwheels, 1998), Ferrari 348 (Hotwheels, 2001) dan Honda Civic SI (Hotwheels, 2001). Sehingga hari ini, terdapat 48 buah model diecast berskala 1:64.

Model yang ke-48 adalah Nissan GT-R Nismo (Tomica LV, 2015) yang berharga RM85.00. Pada tahun ini, untuk mengelakkan sejarah buruk, PR bercadang untuk mendapatkan model diecast Honda Odyssey. At least, ada juga pemburuan pada tahun ini, hehee

honda odyssey 2.4 diecast model

Kegunaan Diecast Model
Pada awal pembabitan, koleksi ini digunakan untuk 'bertarung' dengan koleksi rakan lain. Perlawanan tersebut adalah 'destructive games', dimana model yang pecah dikira kalah. Maklum saja pemikiran kanak - kanak berusia 7 tahun, masih belum mengerti makna 'sayang' harta dan mainan sendiri.

Mujur, kereta Ford Ltd Police Car ini tahan lasak dan memenangi 2 'destructive games'. Namun, permainan ini tidak diteruskan kerana amat merugikan bagi pihak yang kalah, manakala yang menang tidak mendapat untung apa -apa.

ford escort rs cosworth 1993
Ford Escort RS Cosworth, Matchbox (1994)

Meniti usia awal remaja, PR menggunakan model - model cun ini untuk tujuan berlumba. Secara purata, 2 jam diperlukan untuk melengkapkan perlumbaan. Model kereta bergerak menggunakan daya tujahan spring pen. Anda boleh bayangkan?

Usia 20-an, PR melihat koleksi ini kepada harta yang harus dilindungi, dijaga dan dimanja. Seronok juga melihat semua model dikumpul dan disusun rapi membuatkan sudut dekorasi menjadi lebih menarik. Boleh ambil gambar, dan senyum - senyum sebelum melelapkan mata.

nissan gtr nismo diecast frontview

nissan gtr nismo diecast backview

isuzu 117 coupe diecast

isuzu 117 coupe diecast

Custom Diecast
Pasti lebih menarik kalau koleksi ini berbeza dengan pengumpul yang lain. PR pernah mengubahsuai warna kereta yang telah pudar dan bercalar, namun hasilnya kurang memuaskan. Memang teringin sangat untuk mengubah sekurang - kurangnya rim yang lebih menarik, kemasan cat dan pusat graviti yang lebih rendah. PR kena cari tok guru untuk custom diecast.

Nota Kaki:
Di bazar karat JB khabarnya ada seorang pakar custom diecast. Jom kita pergi terjah!

Koleksi Door Gift | Labu Sayong

/ November 19, 2016 /
Ayah ciktom nampak berminat benar dengan hasil kerja penghasilan labu hiasan, atau lebih dikenali labu sayong. Semasa di Terengganu, PR mencadangkan rombongan keluarga ciktom ke Perak berhenti di Kuala Kangsar bagi melihat sendiri perusahaan labu sayong, sambil mencuci mata dan membeli tanda kenangan.

Labu sayong ini sesuai dijadikan cenderamata, termasuklah kepada bakal guru pencen, perasmi majlis, atau boleh saja dijadikan cenderahati untuk tetamu yang hadir di majlis perkahwinan

Aneka Pilihan Labu Sayong
Rombongan memulakan perjalanan dari Marang jam 9 pagi dan tiba di Kuala Kangsar jam 5 petang, tepat seperti yang dijangka. PR menunjukkan jalan, tidak bukan tidak lain ke perusahaan Win Kraf. Aneka pilihan dan koleksi labu sayong menarik boleh didapati di premis ini.

perusahaan labu sayong win kraf kuala kangsar

perusahaan labu sayong win kraf kuala kangsar

perusahaan labu sayong win kraf kuala kangsar

perusahaan labu sayong win kraf kuala kangsar

Tempoh masa 30 minit di premis berkenaan, seakan tidak puas untuk meneliti, menganalisis dan memilih motif apa yang akan dijadikan koleksi. Maklum saja, rombongan dari jauh dan entah apa waktu ketika untuk kembali ke premis ini, maka pilihan harus dibuat sebaiknya.

perusahaan labu sayong win kraf kuala kangsar

Ciktom membeli labu sayong bersaiz sederhana berharga RM15 dan tabung RM10. Mak dan ayah ciktom membeli labu sayong bersaiz lebih besar untuk tujuan mengisi air minuman. Manakala ibu dan ayah saudara ciktom membeli motif hiasan bagi tujuan dekorasi rumah.

Labu Sayong | Door Gift Majlis Kahwin

Blog entri terdahulu, PR pernah mengunjungi pusat perusahaan labu sayong ini, dan membuat keputusan menempah 500 biji labu sayong mini. 300 untuk majlis perkahwinan abang PR manakala 200 untuk door gift majlis perkahwinan PR. Harga labu sayong mini bagi tempahan pukal (100 ke atas) adalah RM1.50 sebiji. Tempoh tempahan siap adalah 2 minggu.

Semasa majlis perkahwinan kakak sulung PR dulu juga, menggunakan labu sayong mini sebagai Door Gift. Tapi terhad kepada saudara terdekat dan rombongan pengantin lelaki dari Pulau Pinang. Di rumah ibubapa PR, memang banyak menyimpan koleksi door gift terutamanya labu sayong dan seramik.

labu sayong mini door gift

Anda Nak Labu Sayong Mini?
In fact, PR nak bagi labu sayong mini. Tak banyak. Cuma ada 3 biji. Tapi mungkin ada barangan tambahan selain labu sayong mini yang bakal diterima kepada pembaca yang bertuah. Kalau anda berminat, boleh isikan details di google forms ini. Tarikh tutup pengisian borang 19 Disember 2016.

Ternak Ikan Keli

/ November 14, 2016 /
Sejak berpindah ke rumah baru, sedikit sebanyak mengubah juga rutin harian. Rumah kakitangan yang PR sewa sekarang boleh kata mempunyai kawasan persekitaran yang luas dan dihiasi dengan tanaman bunga dan pokok buah - buahan. Landskap yang menghijau perlu dijaga, termasuk kolam air bagi mengelakkan pembiakan nyamuk. [Baca juga Pindah Rumah Sewa]

PR dan ciktom bersetuju untuk membersihkan semula kolam ikan tersebut. Sekurang - kurangnya ceria juga halaman rumah, walaupun hanya menyewa. Sambil membuang dedaun dan rumput, terlihat kelibat ikan di dalam kolam. Maka, bertitik tolak dari itu, PR bercadang untuk membela ikan.

kolam ikan terbiar

Buat pertama kali, PR membeli dua ekor anak ikan puyu (RM10) beserta makanan ikan (RM2). Pada hari keempat, seekor puyu telah kecundang manakala seekor lagi berjaya bertahan sehingga saat blog entri ini ditulis. Nampak ia selesa berkawan dengan ikan sedia ada.

Cubaan Ternak Ikan Keli

Kebetulan, semasa di Terengganu PR terjumpa peniaga yang menjual benih ikan keli, maka tanpa menunggu lama PR beli anak ikan keli (RM5 - 20 ekor) dan membawa pulang ke Johor Bahru. Pada peringkat awal, PR hanya meletakkan anak ikan keli ini didalam besen dan ciktom menukar air apabila mula keruh.

Setelah seminggu berada di dalam besen, PR mula masukkan ikan keli secara berperingkat. Pada entri ini ditulis, hanya 19 ekor yang survive. PR rasa perkataan ternak tu tak berapa sesuai memandangkan bukanlah untuk tujuan komersil. Apa yang PR harapkan, ikan keli ini dapat membiasakan diri dan membesar dengan sihat seterusnya bersedia untuk......... dimakan! hahah

benih ikan keli

Pelbagai menu masakan boleh dicuba menggunakan ikan keli termasuklah ikan keli berlada, ikan keli bakar, pecal lele dan lain - lain resepi ikan keli. Tapi PR tulis sahaja di sini, sedangkan PR memang tidak makan ikan. Tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku akan datang ni.

ikan keli gergasi
Kalau besar camni, PR cabut lari dulu....

Khasiat Ikan Keli
Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan

Nota Kaki :
Harapnya ikan keli ini cepat membesar sebelum berpindah masuk ke rumah baru di Nusajaya.

Sumber Gambar : Ikan Keli Gergasi

Sabah Tea | Nyaman dan Mempesona

/ November 13, 2016 /
Matahari muncul lagi. Percutian ke Sabah diteruskan pada hari kedua, dengan mengarah ke Ranau. Destinasi pelancongan yang PR dan ciktom tuju adalah Poring Hot Spring, "Tagal" Sg Moroli - Kg Luanti dan Sabah Tea Garden. Jarak antara tempat penginapan, Mile 36 Lodge ke Sabah Tea Garden lebih kurang 40km.

Dalam perjalanan ke Sabah Tea Garden, PR singgah melencong ke Poring Hot Spring. Kawasan air panas semulajadi yang menawarkan beberapa aktiviti menarik buat pengunjung antaranya termasuk aktiviti air, trekking (canopy walk), gua kelawar dan keindahan taman kupu - kupu.

mercu sabah tea

Sabah Tea Garden
Merupakan kawasan penanaman dan kilang memproses teh. Ladang teh yang luas, penuh kehijauan saujana mata memandang. Back to basic, PR merupakan nature lover.. jadi pemandangan seperti ini sangat menenangkan. Entah kenapa, perasaan terasa sangat kuat tambah pula berada di persekitaran Gunung Kinabalu, sayup mata memandang kelibat sang gunung.

pemandangan jalanraya kundasang-ranau
Jalanraya Kundasang-Ranau

papan tanda pintu masuk sabah tea garden
Papan tanda pintu masuk Sabah Tea Garden

jalan ke sabah tea garden
Jalan yang curam dan berbatu

Terdapat kemudahan penginapan yang disediakan serta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Sabah Tea Garden. Ada 4 pakej mengikut kesesuaian disediakan bagi pelancong yang memilih untuk 2D1N trips. PR memilih untuk membuat lawatan ke kilang pemprosesan (mengambil masa lebih kurang 1 jam). PR tiba agak lewat, cadangan terbaik di antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

Sabah Tea are 100% pesticide-free and always without added colouring

PR dan ciktom diberikan penerangan sepenuhnya berkaitan pemprosesan teh. Cuma, kami terlepas aktiviti memetik daun teh (harvesting), kerana dimaklumkan aktiviti tersebut dilakukan pada 6 - 11 pagi. Terasa ingin juga merasai pengalaman memotong dan memetik dauh teh segar di ladang.

7 Langkah Memproses Teh
Berikut, merupakan ringkasan mengenai pemprosesan daun teh
  • Harvesting - proses memilih dan memetik daun teh
  • Withering - proses mengeringkan daun teh dan mengurangkan 60% kelembapan
  • Rolling - melalui Rotovane machine untuk memotong dan membentuk serbuk teh
  • Fermentation - proses pengoksidaan, pembentukan aroma
  • Drying - proses pengeringan serbuk teh sehingga kelembapan 3 - 5%
  • Sorting - proses mengred serbuk teh
  • Packaging - proses terakhir sebelum teh sedia untuk dijual
Kemudiannya, PR di bawa ke makmal pengujian teh dan diterangkan perihal cara atau kaedah menguji teh organik atau pun teh yang telah ditambah pewarna. Dengan menggunakan air sejuk (suhu bilik), tuangkan serbuk teh dan lihat sekiranya warna berubah dengan cepat, confirm teh yang ditambah pewarna!

lawatan kilang pemprosesan teh

Menghirup Teh Menikmati Keindahan Alam
Tamat lawatan, PR menghilangkan dahaga, memesan Sabah Tea Original Flavour (small pot - 2 person). Rasanya, PR habiskan 4 cawan dan ciktom 2 cawan. Memang asyik percutian kali ini, sambil berbual, menghirup air teh panas dan dibentangkan ladang teh menghijau yang luas dan mempesonakan.

menu sabah tea restaurant
Antara pilihan menu yang disediakan

bersama tourist guide

PR pernah menjejak kaki ke ladang teh Cameron Highlands, tapi itu cerita 16 tahun yang lalu. Mungkin suasana dan perasaan agak berbeza apabila trip bersama rakan sekolah dan juga pasangan sendiri. Jika ada kesempatan ruang dan waktu, ingin juga menjejak kaki semula ke tanah tinggi itu.

kedai jualan sabah tea

Masih ada Waktu
Jam menunjukkan 2 petang, masih ada waktu untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 500m dari pintu masuk Sabah Tea, PR singgah di Tagal Luanti Fish Spa. Langit mendung awan berarak laju, PR ambil keputusan bergerak ke Kundasang, menuju satu lagi destinasi popular, Kundasang War Memorial yang terletak berhampiran dengan lokasi Desa Cattle Dairy Farm

6 Langkah Urus Bisnes Cekap dan Berkualiti

/ November 12, 2016 /
Prinsip dan pelaksanaan ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti menekankan 6 langkah wajib yang perlu dilakukan oleh organisasi bagi mencapai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

A quality management system which affects all the processes in the company.
Umumnya, organisasi adalah sekumpulan orang yang bekerja bersama untuk mencapai tujuan bersama. Tidak kira samada organisasi terarah kepada penghasilan produk atau penyedia perkhidmatan, pastinya mengharapkan sistem dan proses kerja dapat beroperasi secara cekap dan berkualiti.

Apabila visi organisasi adalah berkaitan penjanaan keuntungan, maka 6 langkah wajib yang digariskan dalam ISO 9001 wajar dilaksanakan. Meminimakan kesilapan yang boleh mengakibatkan kerugian dan melakukan perkara yang betul pada pertama kali. Ini falsafah organisasi yang berjaya!


6 Langkah Urus Bisnes Cekap dan Berkualiti

1. Kawalan Dokumen
Dokumentasi merupakan teraju utama bagi sebuah organisasi. Dokumen merupakan rujukan bagi menyatakan hala tuju, perancangan strategik, prosedur kerja dan mungkin juga sebagai penunjuk arah bagi menjalankan operasi organisasi. Tanpa dokumen yang jelas, perjalanan bisnes pasti tidak lancar dan berpotensi huru hara.

Sebagai contoh, anda dan rakan kongsi ingin menambah pendapatan melalui perniagaan, sedangkan kedua - dua dari anda tiada pengalaman berniaga. Apa yang perlu anda lakukan?

Ya! Anda perlukan rujukan, sekurang - kurangnya pengalaman orang yang pernah berniaga. Lelaki ini berkongsi bagaimana beliau menjana RM7k sebulan hanya dengan meniaga air balang.

2. Kawalan Rekod
Pembuktian pelaksanaan kerja melalui rekod. Untung-rugi mesti direkod! Modal, overhead cost dan lain - lain jangan lupa untuk dikemaskini dalam rekod. Melainkan otak anda boleh menyimpan memori secara cekap, anda boleh abaikan langkah ini. Tetapi jika anda sudah tiada di dunia ini lagi dan bisnes diserah urus kepada orang lain, apa akan jadi pada rekod sebelum ini yang tersimpan dalam otak anda?

3. Pemantauan dan Pengesahan
Anda perlu melakukan proses pemantauan dan pengesahan secara berkala terhadap rekod yang diselenggara. Pemantauan ini dibuat bagi mengelakkan penyelewengan atau kesilapan semasa proses kerja dilakukan.

audit pemantauan dan pengesahan

4. Pengukuran dan Analisa
Setelah anda mengesahkan rekod termasuk rekod jualan, modal dan lain - lain, anda boleh duduk sejenak dan mengambil masa untuk mengukur dan menganalisa kemampuan bisnes anda. Analisa tersebut mestilah melalui fakta yang telah disahkan.

Anda nampak saling kait antara rekod - pemantauan - pengesahan dan analisa?

5. Perbaiki Kelemahan Pelaksanaan
Hasil analisa yang menemukan potensi kelemahan bisnes anda harus segera dibaiki sebelum dikhuatiri ia memudaratkan bisnes anda. Jangan tunggu lama untuk mengambil tindakan. Masa itu Emas! Sehari anda bazirkan masa, ia takkan hadir kembali.

Mungkin kena rombak strategi? Lokasi? Promosi tidak berkesan? Semak semula prinsip 7P dalam perniagaan.

6. Penambahbaikan Berterusan
Bagi menjamin kualiti, ia seharusnya tiada noktah akhir! Sebaliknya, ia perlu sentiasa dipertingkatkan, seiring dengan keperluan semasa dan kehendak pelanggan. Jangan cepat berasa puas hati dan meninggalkan 5 langkah awal yang telah anda lalui sebelum ini.

Nota Kaki:
Baru - baru ini, PR dijemput oleh IKM Johor Bahru bagi mengadakan taklimat ISO 9001:2008, dan 6 langkah di atas merupakan isi terpenting sebagai pendekatan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. PR ubahsuai sedikit point tersebut dalam konteks bisnes, boleh kan?

Review | Tan 'Yaa Hotel by Ri-Yaz, Cyberjaya

/ November 7, 2016 /
Hujung Oktober lalu, PR ada tugasan luar di Putrajaya. Ini yang pertama tugasan di luar Johor Bahru bagi tahun 2016. PR menginap di Tan 'Yaa Hotel by Ri-Yaz, Cyberjaya. 10 minit dari lokasi mesyuarat yang PR perlu hadir.


Dengan bantuan gps, PR dapat menemukan Tan 'Yaa Hotel walaupun beberapa kali salah masuk jalan. Penyediaan ruang parkir kereta yang banyak sangat melegakan dibantu dengan kawalan keselamatan berpagar.

Berdasarkan review pengunjung, rata - rata memberikan komen yang terbaik. Sebaik PR melangkah kaki ke dalam lobi, PR mengharapkan apa yang ditulis dan diceritakan perihal Tan 'Yaa Hotel adalah benar belaka. Harga bilik yang PR tempah adalah RM130, Superior Room.

Agak memeranjatkan pada mulanya apabila staf memaklumkan tiada rekod tempahan dalam sistem. Namun, rezeki dipermudahkan staf memberikan PR bilik lain setelah superior room telah penuh ditempah. PR diberikan akses kepasa bilik junior suite, dengan tidak dikenakan sebarang caj tambahan.

junior suite tan 'yaa hotel

Bilik junior suite sangat luas. Terdapat set sofa dan work station yang menjadikan bilik ini seperti SOHO yang sempurna. Di dalam bilik disediakan 2 buah pendingin hawa bagi menampung ruang bilik yang besar.

junior suite tan 'yaa hotel

junior suite tan 'yaa hotel

junior suite tan 'yaa hotel

junior suite tan 'yaa hotel

Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik adalah:
  • TV dengan siaran pilihan Astro
  • Wi-Fi yang super laju!
  • In-room safe
  • Pantri bersama minibar, microwave oven
  • Peti ais mini & pemanas air minuman
Lokasi Tan 'Yaa Hotel ini juga agak strategik, berhampiran dengan central point of Cyberjaya. Kalau nak mengisi perut, boleh saja pergi ke kawasan sekitar berhampiran. In case, kalau tak ada pengangkutan, boleh sewa kereta yang telah disediakan oleh pihak hotel. Senang kan?

Yang terakhir, sarapan pagi! Ya, sebelum memulakan hari, anda perlu mengambil sarapan. Menu sarapan di Tan 'Yaa Hotel biasa - biasa saja. Tapi, bak kata pepatah "Rezeki jangan ditolak". Secara keseluruhan, PR sangat berpuas hati menginap di Tan 'Yaa Hotel, Cyberjaya. Pekerja dan staf yang peramah, bilik yang luas dan selesa serta harga berbaloi - baloi.

masjid putra

kereta eco friendly
Beli sebijik bagus juga ni kan?

Habis kerja, pusing - pusing sekitar Putrajaya sebelum bergerak semula ke selatan tanah air. Tamat.

Pakej Bajet | Lesen Jurugambar Kerja Cincai?

/ November 1, 2016 /
Baru - baru ini, PR dan ciktom telah menerima gambar sesi fotografi perkahwinan di Marang. Melihat bungkusan rapi pengirim, meningkatkan lagi perasaan teruja untuk melihat hasil rakaman fotografi bagi majlis yang sangat istimewa.

A great photograph is a full expression of what one feels about what is being photographed in the deepest sense, and is, thereby, a true expression of what one feels about life in its entirety. - Ansel Adams

Gambar Kahwin: Memori yang Boleh Ditatap Berpuluh Tahun
Kalau singkap semula hari istimewa tersebut; catering, baju kahwin, mak andam, pelamin, barang hantaran dan goodies, semua tu tak bertahan lama. Cuma, yang boleh membuatkan senarai itu kekal dalam memori dan dibuktikan secara fizikal adalah melalui kenangan bergambar.

Pada awalnya, PR mengelak tapi akhirnya bersetuju mendapatkan perkhidmatan jurugambar semasa majlis perkahwinan di Marang dengan justifikasi yang memuaskan hati. Jadi setelah hampir sebulan, tiba masa untuk melihat hasil gambar sesi fotografi tersebut.

Hasil Gambar Sesi Fotografi Majlis Kahwin
Setelah melihat hasil gambar, PR dan ciktom saling berpandangan dan termenung tanpa dialog. huhuh... secara peribadi, PR kelaskan hasil gambar tu hampir setara je dengan kualiti gambar yang diambil dengan kamera telefon dan ekspresi gambar juga tak menggambarkan ia dirakam oleh jurugambar berbayar [SORRY].

gambar majlis perkahwinan
3rd Rule? Entah...

gambar majlis perkahwinan
Macam ada yang tak kena dengan foto ni... Center?

gambar majlis perkahwinan
Ini sudut yang paling menarik.. agaknya

gambar majlis perkahwinan
3rd Rule atau Bird Eye?.. Pemilihan latar.. emm..

Pakej yang ciktom ambil memang pakej bajet, tetapi masih lagi memerlukan banyak ratus untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar. Pelanggan setuju untuk membayar dan mengupah atas dasar kepakaran dalam perkhidmatan yang disediakan namun hasil seolah tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

gambar majlis perkahwinan

Gambar di Pulau Kekabu, Marang. Dalam banyaknya gambar outdoor dengan lokasi pantai, batu - batu, laut dan bot.... ini je yang PR rasa OK. 3 gambar berikutnya di bawah ini merupakan rakaman melalui kamera telefon dan bukan jurugambar berbayar. Apa pendapat anda?

gambar majlis perkahwinan

gambar majlis perkahwinan

gambar majlis perkahwinan

Nota Kaki
Apa pun tetap bersyukur majlis berjalan lancar, dan gambar - gambar yang dirakam sedikit sebanyak memberikan memori. PR pernah terbaca, "membeli Nikon tidak menjadikan anda seorang jurugambar, yang pasti anda pemilik Nikon". PR doakan jurugambar majlis perkahwinan PR dapat meningkatkan kemahiran di masa akan datang dan semoga perniagaan semakin maju.

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap