padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Hanya Kerana Sekeping Gambar

/ August 24, 2016 /
Anda suka ambil gambar?
Jika "YA", apakah tujuan anda mengambil gambar?
Jenis gambar yang bagaimana anda suka ambil, lihat dan persembahkan?

A picture can tell a thousand words, but a few words can change it's story - Sebastyne Young
Sebelum era kemajuan teknologi seperti yang dinikmati hari ini, gambar dirakam menggunakan filem, dan perlu diproses terlebih dahulu. Rugi untuk menggunakan 24 atau 36 filem dengan menggunakan gaya, lokasi dan pakaian yang sama. Yang pasti, perasaan teruja menunggu gambar yang telah dirakam siap diproses.
Gambar ini tidak lain tidak bukan memberikan tanda ingatan pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, sambutan hari lahir, sambutan Hari Raya, hari pertama persekolahan dan tak lupa juga apabila mendapat persalinan baju baru! Memang bergaya sakan, kalau boleh tidur pon mahu mengenakan baju baru.

Gambar ini disimpan dalam album khas mengikut tema tertentu bagi memudahkan untuk melihat dan membelek semula gambar yang dirakam. Hanya kerana sekeping gambar, boleh jadi sehari semalam belum tentu habis lagi kenangan yang terkandung dalam gambar tersebut. Boleh jadi gambar yang dirakam hanya mendapat liputan ahli keluarga terdekat sahaja.

Dunia Tanpa Sempadan
Hari ini, di saat PR menulis blog entri ini, entah berapa banyak gambar telah dikongsi dan mungkin telah merebak ke seluruh pelusuk bumi! Hahah.. Betapa mudah mengambil, melihat dan berkongsi gambar. Hanya beberapa saat dan langkah sahaja.

marang terengganu

Tidak perlu lagi memikirkan untung - rugi tentang gambar yang diambil. Boleh ambil berapa banyak yang anda suka. Boleh ambil gambar apa sahaja. Boleh ambil gambar dalam posisi sama berulang kali untuk mendapatkan hasil dan paparan yang paling menarik.

There's a huge difference between what we picture and the original image - Shihab Kazi

Kali ini, konsep "memori" itu tidak menjadi lagi menjadi tujuan utama. Gambar yang terakam hari ini lebih kepada "tunjuk apa yang aku ada", "tunjuk mana yang tempat yang aku pergi", "tunjuk apa yang aku makan", tunjuk apa yang aku pakai" dan berbagai lagi. Kalau nak senaraikan semua, PR rasa mungkin entri ini panjang berjela mencecah 80 perenggan!

Baik Buruk Berkongsi Gambar
Perkara ini tidak boleh dielak dan jauh sekali untuk dihentikan. Gaya hidup ini selari dengan era perkongsian maklumat masakini. Apa pun, yang boleh PR suarakan, kaji dan selidik baik buruknya gambar yang hendak dikongsikan terlebih dahulu. InsyaAllah niat yang baik, akan mendapat pulangan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Jangan hanya kerana sekeping gambar, mengaibkan orang lain. Jangan hanya kerana sekeping gambar, timbul salah faham dan mengeruhkan keadaan. Jangan hanya kerana sekeping gambar, boleh menimbulkan fitnah.


Nota Kaki
Bukanlah PR maksudkan gaya hidup mengambil gambar dan berkongsi di media sosial itu semuanya negatif. Kalau kena gaya, bidang fotografi ni pun boleh jadi sumber menjana pendapatan. Yang penting, bak kata Cikgu Zafrullah, guru matapelajaran Sejarah PR, "buat apa pun kena sungguh - sungguh. Kalau main, main sungguh - sungguh, kalau belajar, belajar sungguh - sungguh!"

Jom, ambil gambar!

Cabaran Kurus 30 Hari

/ August 8, 2016 /
Agak tergantung dan menjadi persoalan juga definasi "kurus" dalam konteks cabaran tersebut. Berapa banyak jisim yang menyusut dalam 30 hari? Apakah aktiviti yang dilakukan? Apakah kriteria yang akan diambil kira? Adakah penggunaan suplemen dibenarkan dalam cabaran ini?

cabaran kurus 30 hari

Cabaran Kurus 30 Hari
Sepanjang Jun 2016, staf di jabatan PR bersetuju untuk menyertai Cabaran Kurus 30 Hari, di mana 2 kategori dipertaruhkan; i. Kehilangan KG Tertinggi dan ii. Kehilangan Peratus Tertinggi. Dua individu tercorot akan dikenakan penalti iaitu mengadakan "Open House" peringkat jabatan. Hahahh. Itu adalah sampingan, yang utamanya adalah mencabar diri sendiri.

Dalam cabaran ini :
1. Produk / Suplemen kesihatan
Tiada seorang pun dari jumlah peserta, yang dibenarkan mengambil suplemen kesihatan menjurus kepada penurunan berat badan melainkan sepanjang cabaran mendapat saranan daripada penasihat kesihatan. PR sendiri tahu takde seorang pon staf jabatan PR mengambil suplemen menguruskan badan.

2. Jadual Aktiviti
Tiada sebarang sekatan terhadap rutin harian dan jadual aktiviti peserta sepanjang cabaran. Peserta boleh jogging (dalam bulan puasa?), bermain futsal, beriadah bersama keluarga, atau apa - apa sahaja aktiviti yang bertujuan membakar kalori. PR memilih untuk bermain futsal seminggu sekali.

3. Pengukuran berat badan
Pengukuran berat badan akan diambil 2 kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Khamis. Masa pengukuran berat badan adalah jam 3 hingga 5 petang. Bacaan pengukuran akan direkodkan bagi memudahkan peserta menilai dan membuat strategi baru bagi mengelakkan kedudukan 2 tercorot.

4. KPI - 10% Kehilangan Berat
Indeks Petunjuk Prestasi bagi cabaran ini adalah 10% Kehilangan Berat berbanding rekod bacaan berat pada 31 May 2016. Agak tinggi juga KPI ini, tapi dah namanya cabaran, sahut saja lah!


Keputusan Cabaran Kurus 30 Hari

total kg losses
total % losses
Berdasarkan keputusan tersebut, PR berjaya merebut 1 pingat emas dan 1 pingat perak! Hahahh.. Namun, masih jauh lagi untuk mencapai KPI, apatah lagi menuju berat ideal.


Faktor Mempengaruhi Penurunan Berat Badan
Penafian : Faktor ini merupakan hasil perbincangan peserta, dan tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah secara mutlak.

1. Tabiat Makan
Pertama, cabaran ini berlangsung sepanjang hampir 3/4 Ramadhan, maka sudah tentu tabiat dan pola pengambilan makanan menjadi faktor utama menyumbang kepada penurunan berat badan.

2. Faktor Umur
Boleh dirumuskan, apabila umur meningkat kadar metabolisma semakin rendah. Kaitannya, kadar metabolisma rendah, kadar penurunan juga rendah! Hehee


3. Tabiat Beraktiviti
Dah makan, ada sumber tenaga jangan lupa untuk gunakan tenaga tersebut. Kalau tak, tenaga akan disimpan dalam bentuk lemak. Kihkih. Lakukan aktiviti yang bersesuaian untuk membakar semula kalori seperti berjalan laju, senaman ringan atau membuat kerja rumah.

4. Faktor Jantina
Disebabkan ada seorang wanita dalam senarai peserta ini dan kedudukannya tercorot, maka boleh juga diambil kira faktor jantina. Lelaki mempunyai jumlah otot yang lebih banyak berbanding wanita, dan secara langsung membezakan kadar metabolisma. Ada juga teori wanita menyimpan lemak untuk tujuan kesuburan dan mengandung, samada betul atau tidak, layankan aje.



Nota Kaki
Akhir kata, jika anda mempunyai disiplin dan fokus yang tinggi, anda pasti boleh mencapai apa yang anda niatkan. Tapi dalam kes berat badan ni, PR hanya disiplin pada cabaran saja. Apabila cabaran tamat, semua data tersebut jahanam setelah 18 hari beraya sakan di kampung halaman. Haishhh!

Wanita Dedah Kisah Sebenar Disebalik Lelaki Ego

/ August 3, 2016 /
Wanita dedah kisah sebenar disebalik gambar lelaki ego di blog



Baru - baru ini, PR terkejut dengan kebanjiran pelawat yang mengunjungi blog padinrose.com. Fenomena ini jarang sangat berlaku. Keanehan itu langsung membuat PR tertanya apa yang menyebabkan statistik pengunjung meningkat secara mendadak.

Setelah menganalisa, PR tidak menyangka sama sekali, statistik tersebut meningkat setelah seorang blogger wanita dengan selamba dan beraninya membuat pendedahan kisah sebenar disebalik gambar lelaki ego di blognya.

Selain lelaki ego, dia jugak lelaki yang poyooo!!!
Itu quote yang PR ambil dalam sebahagian tulisan wanita itu. Memang tak masuk akal. Mungkin dah kehabisan perbendaharaan kata agaknya untuk memperihalkan ciri lelaki yang dikenalinya itu. Entri yang digarap dengan 17 perenggan itu memuatkan pendedahan demi pendedahan sehinggalah anda akan membaca kejutan terbesar di perenggan ke 16.

PR pun taknak mengulas panjang, jom PR bawakan anda untuk sama - sama membaca pendedahan wanita tersebut di blog nya : Lelaki Ego!

Sekian...
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap