padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Majlis Perkahwinan Darma dan Ana

/ July 24, 2016 /
Tanggal 16 & 17 Julai lalu, abang PR selesai melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihan. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga baru. Perjalanan majlis lancar, sesuai dengan mood raya dan cuaca yang baik.

Pasangan pengantin Darma & Ana

Dalam blog entri ini, PR lebih tertarik untuk memperihalkan senarai semak persiapan majlis perkahwinan abang PR. Yelah, majlis tu mungkin makan masa sehari tetapi persiapan dan persediaan perlu mengambil masa yang lama dan perancangan rapi. Tambahan pula kebanyakan persiapan kali ini lebih kepada DIY sahaja.

13 Checklist Perkahwinan
1. Dokumen dan Borang Berkaitan Perkahwinan
Perihal dokumen dan borang berkaitan perkahwinan, pasangan pengantin memang dah terlebih maklum akan hal ini. Dari proses daftar & hadir kursus kahwin, tetapkan tarikh nikah & sanding, lengkapkan borang berkaitan, tempah jurunikah dan ujian saringan HIV.

majlis nikah

2. Tema Majlis Kahwin
Bagi majlis tersebut, keluarga kami memilih tema biru + kuning. Sebahagian besar kelengkapan majlis dipengaruhi warna biru dan kuning. Bunga telur, dulang hantaran dan set pelamin diwarnai dengan biru kuning termasuk busana kami sekeluarga pada hari tersebut adalah biru.



3. Barangan Hantaran
PR tengok, barang hantaran untuk majlis tersebut sesuai dengan kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan aksesori seperti jam dan kasut. Ok, PR nk tiru idea ni. Tak perlu membazir tak tentu hala.

4. Gubahan Barangan Hantaran
Gubahan dulang hantaran yang telah tersedia memang banyak di pasaran. Tetapi untuk penjimatan, keluarga PR mengambil langkah untuh menggubah sendiri. Masih memerlukan belanja tetapi lebih jimat dan boleh gubah sesuka hati ikut kreativiti sendiri.

5. Kad Jemputan Tetamu
Senarai dan bilangan tetamu adalah penting kerana tetamu yang bakal datang menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Ramai tetamu yang dijemput, maka tinggi bajet yang diperlukan. Tetamu bagi majlis ini adalah sederhana, di mana tetamu adalah di kalangan saudara mara terdekat, jiran, kenalan terdekat mak ayah dan rakan sekerja abang PR.

Bersama Keluarga Wancu

6. Tempah Jurusolek
Tempahlah juru solek kegemaran anda seawal yang boleh dan confirmkan tarikhnya. Jangan mak andam lupa nak masuk dalam booking list, sudah! Haru biru juga tu. Haha

7. Pilih Busana Pengantin
Bab ni, PR rasa pengantin memang dah awal - awal lagi membuat persiapan. Sediakan bajet, tempah dan gayakan busana pengantin di majlis perkahwinan!

8. Catering, Khemah, Kerusi dan Meja
Ha, yang ini jangan dilupa. Walaupun nombor 8 dalam senarai ni, tapi isi dalamnya penting. Dah namanya menjemput tetamu, mesti la meraikan juga tetamu yang hadir. Sediakan makanan untuk tetamu dengan menu yang bersesuaian dengan bajet poket. Ayah PR dah setelkan hal catering paling awal antara persiapan - persiapan yang lain.


9. Cenderamata dan Bunga Telur
Bagi majlis tersebut, abang PR memilih labu sayong dan bunga telur untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada tetamu. Labu sayong ini pernah PR abadikan kisahnya dalam blog entri Perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar.


10. Set Karaoke
Bagi memeriahkan lagi majlis, keluarga bersetuju menempah perkhidmatan set karaoke. Sambil menjamu selera dan bergambar dengan pengantin, tetamu boleh juga menunjuk bakat untuk menyanyikan lagu - lagu pilihan. Enjoy!

11. Penunjuk Arah
Penting juga penunjuk arah ni lagi - lagi kalau ada 2 - 3 majlis pada hari yang sama. Penunjuk arah ini biasanya bersekali dengan pakej mencetak kad jemputan. Letakkan di tempat yang berseuaian dan mudah untuk tetamu menuju ke majlis dan meletak kenderaan berhampiran dengan lokasi majlis.

12. Set Makan Beradab
Set meja makan dan menu makan beradab pengantin disedia dan dikawalselia oleh saudara terdekat PR. Tak sempat nak ambil gambar gubahan makanan beradab yang disediakan. Yang penting, makanan tidak tercemar.

13. Set Pelamin
Set pelamin ini merupakan gubahan dan kreativiti kakak PR sendiri. Set ini gabungan kerja ayah PR dalam perihal ketukangan dan kakak PR dalam perihal gubahan. Untuk majlis PR nanti gunakan semula je set ini dan penambahan 2 - 3 item sahaja.

14 Julai 2016

9.00 pagi, 17 Julai 2016

Meja Sudut DIY

Abang Sudah Selesai, Adik Bila Pula?
Apapun, PR doakan abang PR, Darma Kesuma kekal bahagia selamanya bersama pasangan. InsyaAllah, giliran PR akan tiba pada September. Lokasi majlis sebelah perempuan di Marang, Terengganu dan sebelah lelaki di Bota, Perak. Hehee nantikan update di entri akan datang. 

Memori Aidilfitri 2016

/ July 21, 2016 /
Alhamdulillah, bertemu ruang masa untuk mengemaskini coretan di sini. Blog entri pertama Julai ini, PR titipkan sedikit sebanyak Memori Sambutan Aidilfitri 2016 buat anda; pembaca padinrose.com.

Secara tepatnya, PR pulang ke kampung pada 1 Julai dan mengambil cuti sehingga 18 Julai. Bagi yang bekerja, tempoh itu agak lama juga. Cuti ini digunakan sebagai mengambil peluang untuk persiapan menyambut Aidilfitri dan majlis perkahwinan abang PR pada 16 & 17 Julai.

bunga raya

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing
Memandangkan kesemua adik beradik PR masih bujang, maka tiada masalah untuk berkumpul bagi menyambut lebaran bersama mak dan ayah. Memang rutin tahunan, kami berempat akan bergotong - royong mengemas dan membuat persiapan. Rumah berubah wajah dengan warna dinding yang lebih segar.

Proses kerja akan menjadi lebih mudah apabila mendapat sokongan dan bantuan pihak lain berbanding bekerja sendirian. Bergilir - gilir mengecat, mengemas rumah, menghias dan tak lupa juga tugas menyediakan juadah seperti rendang dan kuih raya.

Momen Hebat Di Aidilfitri
Bagi PR, walaupun ia telah berlaku berkali - kali, namum momen hebat di pagi Aidilfitri tetap dapat dirasakan setiap kali 1 Syawal menjelma. Cuaca seakan merai hari hebat ini, dengan turunnya hujan di subuh setelah berhari - hari dihidangkan dengan cuaca terik dan kering siang dan malam. 

memori aidlifitri 2016

Melihat wajah ceria dengan busana baru di hari raya, memang mewujudkan suasana yang sukar untuk dirasa pada hari - hari yang biasa. Hebatnya Aidilfitri!

memori aidlifitri 2016

Masa Berkualiti Bersama Keluarga
Sejak PR mula bekerja di Johor, 18 hari inilah tempoh yang paling lama dapat bersama keluarga di kampung. Bukan sahaja dapat bersama ibubapa, tetapi adik beradik juga. Memang jarang benar dapat berkumpul dan makan semeja bersama, kecuali di hari raya.

Rekreasi bersama keluarga

Tak dinafikan, walaupun sedarah sedaging namun kadangkala ada juga perselisihan tetapi PR yakin dan percaya pergeseran itu tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapat satu kata putus dan hasil yang terbaik. Nantikan sambungan Memori ini dalam perihal majlis perkahwinan abang PR pada entri akan datang.

Terima kasih membaca. Di kesempatan ini, PR ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada anda (bagi pembaca yang beragama Islam), moga ceria selalu dan sentiasa dilimpahi rahmatNya.
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap