padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Jangan Helang Menjadi Ayam

/ May 31, 2016 /
Blog entri penutup Mei 2016, PR kongsikan kisah motivasi Jangan Helang Menjadi Ayam. Semoga intipati kisah ini dapat dijadikan pedoman dan bermanfaat untuk anda. Selamat membaca.

jeti pulau kekabu
Gambar Hiasan

Adapun dikisahkan, di sebuah lereng gunung yang curam, terdapat sebuah sarang helang berisikan telur hanya menanti masa untuk menetas. Malang tidak berbau, gempa bumi menggoncang gunung dan salah satu dari telur jatuh ke kandang ayam yang berada di lembah lereng.

Mujur telur itu selamat dan menetaskan seekor anak helang yang cantik dan kacak! Ayam yang berada di sekelilingnya suka dan teruja, lalu menjaga dan membesarkan anak helang itu seperti seekor ayam.

Anak helang juga suka dengan keadaan sekelilingnya, namum jiwa sang helang tetap menjalar dalam darahnya. Sang helang mendongak ke langit dan menatap sekumpulan helang hebat terbang tinggi mengepak sayap di ruang udara. Dari situ, si helang berkeinginan untuk terbang tinggi seperti helang yang lain.

Alangkah bagus kiranya aku juga boleh terbang tinggi di udara

Teriak sang helang kecil. Namun, ayam - ayam yang menjaganya segera mematikan angan - angan itu dengan menyatakan "Kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga! Kamu hanya seekor ayam"

Setiap kali si helang menyuarakan hasratnya, ia akan segera dipatahkan dengan sindirian sinis ayam - ayam sekeliling. Sehingga beberapa waktu dan ketika, si helang pasrah dan meyakini dia tidak boleh terbang dan melupakan sahaja angan - angannya. Akhirnya, si helang terus menjadi ayam sehingga hujung nyawa.

Percaya Diri, Turut Kata Hati
Apa yang boleh dipelajari daripada kisah di atas adalah harus percaya kepada diri, turut kata hati, kenali potensi diri dan cuba untuk menggapai apa yang diingini. Anda harus percaya potensi diri sendiri dan elakkan mendengar kata negatif bagi menyekat kejayaan anda.

Lakukan sesuatu dengan menurut kata hati, jika diakhirnya gagal ia bukanlah penghujung. Terimalah dengan berlapang dada dengan menganggapkan sebagai pedoman dan teladan. Dan yang paling penting, jangan pernah putus asa sehinggalah menemukan kaedah yang betul dan membawa kejayaan.

buku dari lensa padinrose


PR menyifatkan, kadangkala sikap "tuli" pada komen negatif dan sindiran sinis adalah perlu untuk kita bergerak ke hadapan. Sekurang - kurangnya kita mencuba, dan walaupun mungkin terpaksa mengambil masa yang panjang dan berliku, pasti ada kemanisan di penghujungnya. Sekian.

Fenomena KACAX pasti kacak!

/ May 25, 2016 /
Mungkin terlalu awal untuk mengisahkan sambutan Hari Raya Puasa 2016, maklumlah puasa pun belum tiba macamana nak raya. Lain pula hal bagi pembekal dan peniaga kelengkapan hari raya, mereka sudah giat menjalankan promosi dan persiapan untuk jualan produk masing - masing.

Kacak & bergaya! Ketenangan dengan gaya Premium olahan KACAX. Rasa berbunga hati dengan penampilan Cik Abang yang luar biasa macam keluar dating dulu2. - Pn. Aida, Larkin JB

kurta KACAX : kacax pasti kacak

Saban tahun, pasti ada di antara kita yang mahukan kelainan di hari raya berbanding tahun sebelumnya. PR juga begitu, sedikit sebanyak terpengaruh juga dengan trending, ingin mencuba kelainan selain tampak bergaya di hari lebaran. Seronok juga berkumpul dengan saudara mara yang memang jarang bersua muka, tampil dengan peragaan yang segak, bergaya dan kacak!

Fenomena KACAX pasti kacak!
Kurta KACAK menimbulkan fenomena baru persiapan hari raya anda. KACAX (2016) merupakan jenama terbaru yang diperkenalkan Butik Busana Jamilah.

Ciri hebat yang membuat pemakai tampak luar biasa kacak:
  • Material "Carolene Como Crepe" yg sangat selesa untuk digayakan
  • Material anti-kedut
  • Rekabentuk elegan dan premium
  • Zip lengan yang mesra Wudhu'
  • Zip dada yang trendy
  • Potongan slim fit yang stylo
  • Padanan "pilot ribbon style"
Jenama KACAX ini merupakan idea bersama PR dan pemilik Butik Busana Jamilah sendiri. Logo jenama KACAX adalah seperti ilustrasi di bawah dan menggunapakai tagline "KACAX pasti kacak!" Siapa yang nak kacak di hari raya, sila angkat tangan! Hahaha...

logo jenama kacax

kurta kacax : kacax pasti kacak

kurta kacax : kacax pasti kacak

Bagi anda, khususnya yang berada di Johor Bahru, bolehlah mengunjungi outlet Butik Busana Jamilah di:

                  Lot 4,3, Level 4
                  Plaza Angsana, Johor Bahru
                  Phone: +6072341037

atau Whatsapp +60137773981 untuk maklumat lanjut @ belian atas talian. Selain kurta KACAX, terdapat juga pilihan produk baju melayu lelaki, baju kurung dan jubah wanita yang menawarkan saiz dan rekaan pelbagai. 

kurta kacax : kacax pasti kacak
Tag jenama KACAX dan Busana Jamilah

kurta kacax : kacax pasti kacak
Material premium untuk anda

kurta kacax : kacax pasti kacak
Tag jenama KACAX

Ehemm.. Rasa berbunga juga hati bila melihat logo sentuhan sendiri terpapar di butik besar seperti Butik Busana Jamilah. Anda boleh lihat hasil sentuhan PR yang lain di facebook pages Butik Busana Jamilah dan pages Kurta KACAX. Selain itu, anda juga boleh mengikuti aktiviti dan pelbagai promosi yang ditawarkan di pages berkenaan.

kurta kacax : kacax pasti kacak
Padanan sedondon kurta KACAX dan jubah wanita dewasa dan kanak - kanak

Call to Action
Di kesempatan ini, PR mahu menekankan sekali lagi, sekiranya anda ingin kelihatan kacak dan menawan di hari raya nanti dengan produk Jamilah Collection, bolehlah jenguk - jenguk FB pages Butik Busana Jamilah / Kurta KACAX.... 

dan.... sekiranya anda ingin mendapatkan rundingan dan sentuhan kreatif ilustrasi digital termasuk logo, e-kad raya, e-kad ucapan atau lakaran kartun, KLIK SINI. Sekian :D

Perusahaan Labu Sayong Kuala Kangsar

/ May 22, 2016 /
Menjejaki umur awal 30-an, barulah PR berkesempatan menjejakkan kaki ke daerah Kuala Kangsar, daerah yang terkenal dengan penghasilan dan perusahaan labu sayong. Kalau ikutkan lokasi kampung halaman tidaklah jauh mungkin tiada urusan ke sana.

Baru - baru ini, dalam perjalanan keluarga PR ke Terengganu, Kuala Kangsar merupakan antara laluan pergi dan balik. Maka, menyimpan hasrat untuk singgah melihat sendiri perusahaan labu sayong di Kuala Kangsar semasa dalam perjalanan pulang.

replika labu sayong kuala kangsar
Seawal jam 7.30 pagi dalam perjalanan ke Terengganu

Labu Sayong Cantik dan Murah
Di Kuala Kangsar ini terdapat banyak tempat yang mengusahakan perniagaan labu sayong, baik secara kecil - kecilan mahupun yang lebih besar dan koleksi yang pelbagai. Dalam tinjauan PR, hanya 2 premis sahaja yang sempat dikunjungi, melihatkan kecemburuan waktu petang yang semakin melabuh.

Zura Kraf
Zura Kraf terletak hampir 1 kilometer dari lampu isyarat replika labu sayong seperti gambar di atas. Premis ini betul - betul menghadap dan boleh dilihat dari jalan raya utama. Cuma, tiada sebarang papan tanda perniagaan dipamerkan sekaligus menyukarkan untuk mencari nama perusahaan Zura Kraf. Premis ini sederhana dan pilihan produk terhad, namun menyediakan labu sayong bersaiz kecil dengan harga serendah RM0.80 (Jika pembelian pukal 100 ke atas).

Apa yang PR harapkan, pemilik Zura Kraf (kalau terbaca la post ni) dapat menambahbaik dari segi papan tanda perniagaan, menambah koleksi dan pilihan produk yang lebih pelbagai. Rugi juga premis di jalan utama (mudah dilihat) tetapi tidak dapat digunakan sepenuhnya kelebihan itu. PR tak dapat nak pesan secara langsung kerana semasa kunjungan, jiran sebelah yang tolong layan, pengusahanya entah ke mana huhuuu..

kad perniagaan zura kraf
(011-13392447)

Win Kraf
Dah namanya pun Win, mestilah win juga kaedah pemasaran dan produknya. Tidak. Win Kraf tidak membayar PR untuk membuat review ini tetapi Win Kraf telah win dalam strategi pemasarannya. Lokasi Win Kraf 200 meter ke dalam dari jalan utama tetapi banner yang digantung di tepi jalan utama menjadikan PR terpanggil untuk berkunjung.

labu sayong win kraf kuala kangsar

labu sayong win kraf kuala kangsar

Sumber gambar : Warisan Labu Sayong (warisansayong.weebly.com)

Terdapat pelbagai koleksi dan pilihan produk tembikar yang terdapat di premis Win Kraf. Rambang mata juga melihat seni kraftangan yang dihasilkan. Bermula dengan labu sayong yang aneka motif dan saiz, sehinggalah kepada lampu tidur, tepak sirih, tabung yang comel, pasu bunga dan bekas yang cantik dengan tag harga yang berpatutan.

kad perniagaan win kraf labu sayong

Labu sayong bersaiz sederhana kecil dijual dengan harga RM1.50 (jika pembelian pukal 100 ke atas) dan ada yang mencecah RM300.00, harga berbeza mengikut saiz, warna dan tahap kesukaran penghasilannya.



Labu Sayong sebagai Cenderamata atau Hiasan
Labu sayong ini sesuai dijadikan cenderamata, termasuklah kepada bakal guru pencen, perasmi majlis, atau boleh saja dijadikan cenderahati untuk tetamu yang hadir di majlis perkahwinan. Bagi individu yang gemar menghias, bolehlah jadikan labu sayong sebagai hiasan dekorasi. Labu sayong juga boleh dijadikan hiasan di pejabat, atau di ruang kerja.

perusahaan labu sayong win kraf
Hiasan lampu tidur

perusahaan labu sayong win kraf
Hiasan dekorasi

Dah panjang meleret mengisahkan perihal labu sayong, agak - agak PR beli tak? Berapa kuantiti dan apa tujuan PR beriya benar singgah ke Kuala Kangsar untuk meninjau perusahaan labu sayong? Apa cerita PR sekeluarga ke Terengganu? Hahah, sabar dan dapatkan jawapan nya di blog entri yang akan datang. Hihi

Nota | Dapatkan Perkhidmatan Lukisan dan Ilustrasi Digital
(promosi produk perniagaan, e-kad raya, e-kad ucapan dll)

Sambutan Hari Guru

/ May 19, 2016 /
Umum, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada guru. Jasa seorang guru memang tidak boleh dinafi dan dilupakan sama sekali. Biarpun kadangkala guru itu berbagai ragam dan karektor, yakin dan percayalah tugas dan peranannya adalah tidak lain tidak bukan mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna.

Semasa di bangku sekolah, PR amat menantikan Sambutan Hari Guru kerana boleh melihat dan mendengar guru menyanyi bersama. Serius. Itu yang PR tunggu setiap tahun.. (hahah).. selain aktiviti yang dirancang melibatkan guru dan pelajar. Hilang perasaan takut pada guru yang garang lagi menakutkan pada hari tersebut.

Pohon rambutan berbuah lebat,
Dedaun gugur di
Untukmu guru yang terhebat,
Semoga kau sihat selalu.

Dah terlambat pula PR menyiarkan blog entri ini, sepatutnya tepat pada Hari Guru 16 Mei 2016 tempohari, tapi tak dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang. Harap, anda tak kisah ye.

Peranan Guru Yang Ramai Orang Terlepas Pandang
Sebenarnya nak tulis peranan guru yang ramai orang tak tahu dan lupa, tapi perkataan terlepas pandang PR fikirkan lebih sesuai. Maklum saja masakini penggunaan perkataan boleh saja disalaherti dan menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.

selamat hari guru

Bab mengajar, PR rasa memang orang tahu fungsi dan peranan guru adalah mengajar mengikut bidang dan kepakaran masing - masing. Ada guru bahasa, ilmu hisab, sains, agama, sejarah malah guru pendidikan jasmani.

Tetapi, ramai juga yang terlepas pandang, selain mengajar bidang kepakaran masing - masing, guru juga berperanan untuk mendidik pelajar menjadi individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah membentuk pelajar memiliki sahsiah terpuji.

Akhlak dan sahsiah ini tidak boleh dibentuk dalam masa sehari dua, tetapi memerlukan masa untuk memperlihatkan kemajuan dan kematangan dalam mencapai modal insan yang berkualiti.

Tugas ini tidak dinyatakan secara tepat di dalam kerja hakiki namun ia merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dihayati dan dilaksana oleh seorang guru terhadap pelajar. Denda dan hukuman yang dikenakan oleh guru bukanlah kerana suka, tetapi atas dasar tanggungjawab bagi memastikan pelajar lebih berdisiplin, fokus dan seterusnya mencipta kejayaan.

Selain itu, guru juga sentiasa memerah keringat untuk menghasilkan kaedah pembelajaran yang lebih baik dari sebelumnya. Guru sentiasa memikirkan cara penyampaian pembelajaran yang lebih berkesan kepada pelajar. Guru juga sentiasa perlu memantapkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada supaya lebih banyak ilmu dapat disampaikan kepada pelajar.

Jika anda boleh membaca penulisan ini, berterima kasihlah pada guru

PR pernah terbaca tapi dah lupa sebenarnya di mana, jika di dalam satu kawasan yang terancam, selamatkan lah guru. Kerana guru itu boleh melahirkan semula doktor, jurutera, ahli sains dan pelbagai profession lagi untuk membina semula tamadun manusia.

Selamat Hari Guru!

Nota | Dapatkan Perkhidmatan Lukisan Kartun dan Ilustrasi Digital;
(promosi produk perniagaan, e-kad raya, e-kad ucapan dll)

Tempahan Kartun dan Ilustrasi Digital

/ May 7, 2016 /
Perhatian Bagi Anda Yang Nak Kartun & Ilustrasi Digital


Nak Lukisan Kartun & Ilustrasi Digital Unik Menghiasi Laman Perniagaan Internet Anda? Atau  
"Kad Ucapan Maya" Di Hari Istimewa Untuk Orang Istimewa?




Peranan Gambar Dalam Kehidupan
Ilustrasi atau gambar pada masakini sangat berkait rapat dengan kehidupan. Perkembangan teknologi moden hari ini telah menghidupkan peranan dan penggunaan gambar dalam aktiviti harian manusia. Tambahan pula visual gambar ini boleh diproses dan ditonton oleh orang ramai dengan kadar pantas.

Contohnya, perkongsian gambar percutian yang menarik boleh membangkitkan keghairahan kepada yang melihat. Ini lubuk bisnes kepada travel agency. Gambar makanan juga boleh membangkitkan nyala rasa seseorang, walaupun hanya semangguk mee segera!


Gambar Menarik & Unik Tarik Pelanggan Internet
Aplikasi teknologi moden memudahkan peniaga atas talian untuk mempromosi barang dagangan dan perkhidmatan kepada pelanggan yang tepat dan berkualiti. Gambar yang unik dan menarik mampu menarik pelanggan selain copywriting yang memukau.

Spot illustrations are small drawings - often so-called "silhouettes" (that is drawings without borders or backgrounds) that are created to be placed at the top of or within the text of an article. Their purpose is often to liven up what may otherwise be just a block of text - Richard Sala

"Spot Illustration" Jalan Alternatif Bina Identiti Bisnes
Spot Illustration merupakan kaedah alternatif untuk peniaga internet mempromosi jenama atau produk secara santai dan unik. Selain tujuan promosi, spot illustration juga boleh membantu dan membina identiti bisnes anda berbanding pesaing perniagaan anda yang lain. Lakaran ini boleh digunakan untuk majalah, poster atau banner pengiklanan, slide presentation, atau paling ringkas untuk teman - teman media sosial anda.


Tempahan Kartun & Lukisan Digital
Sempena blog entri ke-500 blog padinrose.com, PR ingin mempromosikan perkhidmatan tempahan kartun & lukisan digital khas untuk anda!

Kategori 1 : Lukisan Hitam Putih

Kategori Lukisan Hitam Putih
"Spot illustration" ragam bergambar di hari lebaran


Kategori 2: Lukisan Berwarna

Kategori Lukisan Berwarna
Ragam di hari lebaran. Anak kecil menangis pakaian tidak sedondon!


Keceriaan membeli belah sewaktu SALE di Butik Busana Jamilah


Promosi Sempena Jualan LELONG di Plaza Angsana, Johor Bahru


Promosi Jubah Alya, Butik Busana Jamilah


Promosi "Mari Berpantun" Butik Busana Jamilah


Penangan Kena Penamporr!!


Kategori 3 : Lakaran + Background


Promosi Penapis Air Elken (FB Pages : Elken Johor)


Image Blend Butik Busana Jamilah


Kategori 4 : Lakaran Digital


"Buluh"


Kad abjad "C untuk Cili"


"Kisah Sebatang Pensel"


"Freedom"


Kategori 5 : Foto Manipulasi


Istimewa Hari Ibu


Promo Oliveoil (FB Pages : Oliveoil Johor Bahru)


Promo Kurta Kacax, Kacax pasti kacak! (FB Pages : Kurta KACAX)

Promo (FB Pages : Butik Busana Jamilah)


Berminat Untuk Membuat Tempahan??

Cara Tempahan
Jika anda betul - betul berminat untuk membuat tempahan dan mendapatkan hasil lukisan dan ilustrasi digital sentuhan PR, ikuti empat (4) langkah mudah berikut atau Borang Tempahan yang disediakan.

Pertama : 
Emelkan butir - butir berikut ke padinno@gmail.com (subjek emel : Tempahan )
  • Attach foto subjek / produk yang hendak dilukis. Sebaiknya resolusi tinggi. Anda digalak untuk menyertakan 2 - 3 foto untuk hasil yang lebih tepat.
  • Nyatakan kategori lukisan dan ilustrasi digital yang anda kehendaki
  • Penerangan ringkas berkaitan idea lukisan dan ilustrasi digital
Kategori:
  1. Lukisan Hitam Putih
  2. Lukisan Berwarna
  3. Lukisan + Background
  4. Lukisan Digital (Abstrak)
  5. Foto Manipulasi
Kedua : 
Anda akan terima sebutharga dan prosedur pembayaran

Ketiga :
Tempahan akan dijalankan sebaik pembayaran disahkan.

Keempat :
Tempahan akan dihantar melalui emel.


Penafian
Semua lukisan yang dihasilkan adalah asli daripada PR sendiri. Perkhidmatan ini tidak termasuk lukisan karikatur atau potrait. Jika lukisan menyerupai individu tertentu, ia tidak berkait dengan sesiapa dan ia mungkin hanya kebetulan sahaja.

Khidmat rundingan tempahan, sampai ANDA puas hati.


Jadi Tunggu Apa Lagi? Tempah SEKARANG

Komen Rawak Dalam padinrose

/ May 2, 2016 /
Sedar tak sedar ini blog post yang ke-499 untuk blog padinrose.com. Blog yang PR kendalikan sejak penghujung 2009 sehingga kini merakamkan pelbagai cerita, kisah dan genre untuk pembaca. Bagaimana pengisiannya? PR harapkan ada blog entri yang memberi manfaat.

Memasuki tahun ketujuh, bukan semuanya cerita indah sahaja. Ada pasang surutnya. Ada turun naiknya. Pola penulisan blog ini hampir sama je dengan dunia realiti PR. Bila dah tergolek tu, payah juga nak bangun dan berdiri stabil.

Bila dibelek semula entri lama, hendak tergelak sendiri pun ada membaca penulisan PR dulu. Disusuli pula dengan komen yang pelbagai dari pembaca - sebahagian besarnya di kalangan blogger juga. Ahah. Bercerita pasal komen, terasa sayang pula banyak komen dan engagement pembaca pada entri terdahulu hilang dari radar.

blog padinrose


Takpe. Yang lepas biar lepas. Yang berlalu biar berlalu. Untuk entri ke-499 ni, PR sengaja nak kongsikan antara komen rawak pembaca yang mewarnai blog padinrose.com. Layan...

Kalau beli buku, make sure khatam & praktis. Sebab ramai yang banyak membeli, praktisnya tak, hehe :D. Tapi utk pencari ilmu, for sure buku-buku macam ni laju je dicari 
Komen Nurul Shahira dalam entri Kuasai Perniagaan Internet. Dalam menuntut ilmu, banyak cabang dan kaedah yang boleh digunapakai. Mendapatkan buku rujukan yang sesuai merupakan satu alternatif untuk mengembangkan ilmu yang dipelajari.

Bertambah cantik bila lukisan berwarna? untung la tangan berseni... pandai melukis.
Ini pula saranan ciktom dalam entri Koleksi Lukisan Mac 2016. Bagi lukisan tradisional, payah juga nak mewarnakan lukisan dan ditukar bentuk ke digital. Bukan tak boleh, tapi perlukan beberapa langkah tambahan. Perihal tangan berseni atau tidak, bakat itu boleh diasah dan perlukan usaha dan kesabaran.

Saya nak bergurau sikit la... nak bini pertama atau bini kedua.. jawapannya ...nak keduanya sekali.. he..he..he..
Tersenyum bila PR membaca komen Hero Borneo dalam entri Anda Pilih Yang Mana? Entri yang mengupas kisah kepelbagaian pilihan yang menjadikan setiap manusia itu unik dan istimewa. PR pun nak bagi jawapan yang sama seperti Hero Borneo pasal soalan tu, hihi... 

Bersemangat pulak bila baca ni.. Betul. Hidup adalah pilihan..buatlah yang terbaik
Komen terakhir yang PR kongsikan adalah dari Fidah Shah dalam entri Berhenti Lakukan 12 Perkara Ini. Masih segar lagi entri tersebut. Buat pilihan yang terbaik, pasti mendapat pulangan yang baik juga. Mudah - mudahan.

PR rasa cukup sekadar di sini sahaja blog entri yang ke - 499. Tengah terfikir juga, apa yang akan PR sajikan pada entri yang ke - 500? Molek juga buat sesuatu yang istimewa untuk nombor yang istimewa.

Anda ada cadangan?

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap