padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Berhenti Lakukan 12 Perkara Ini

/ April 28, 2016 /
Kehidupan penuh dengan kepelbagaian pilihan. Kesinambungan dari blog entri Hidup Yang Singkat (2012), PR hendak kongsikan pula 12 perkara yang perlu dihindari dalam pilihan kehidupan anda. Jom semak 12 perkara tersebut, mudah - mudahan anda beroleh perjalanan kehidupan yang lebih berkualiti.

berhenti lakukan 12 perkara

12 Perkara Yang Perlu Di Elak Dalam Hidup Anda

1. Berhenti Melayan Orang Yang Salah
Hidup amat singkat untuk anda membazir dan meluangkan banyak masa bersama individu yang tidak mendatangkan faedah dan kebahagiaan kepada anda. Kawan datang dan pergi. Sebaiknya, carilah individu yang sentiasa bersama anda baik di waktu senang atau sebaliknya. Itulah sahabat sejati!

2. Berhenti Lari Dari Masalah
Selagi namanya manusia, takkan lari dari masalah. Baik bermula dari saat lahir hingga hujung nyawa, masalah akan timbul. Face them head on! Ya, bercakap atau sekadar menulis memang terasa senang tetapi berbeza bagi yang menghadapinya. Tetapi sedarlah, sampai bila untuk lari dari masalah? Mungkin ada beberapa perkara tidak dapat diselesaikan dengan segera, tetapi secara tidak langsung anda boleh belajar, adaptasi dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

3. Berhenti Menipu Diri Sendiri
Anda boleh menipu sesiapa sahaja di mukabumi ini, tetapi tidak untuk diri sendiri. Kehidupan manusia akan meningkat menjadi lebih baik apabila individu itu jujur pada diri sendiri terlebih dahulu.

4. Berhenti Berpura Menjadi Orang Lain
Ini adalah antara cabaran terhebat dalam kehidupan - menjadi diri sendiri. Sedarlah hakikatnya, sentiasa ada individu yang lebih cantik dari anda, sentiasa ada individu yang lebih bijak dari anda, sentiasa ada individu yang lebih muda dari anda, sentiasa ada individu yang lebih popular dari anda, dan masalahnya individu itu bukan anda! Jadilah diri sendiri, dan pasti ada right people akan menerima anda seadanya.

5. Berhenti Mengenang Perkara Lampau
Bila anda mahu bergerak ke hadapan jika asyik menoleh, membelek dan mengenangkan perkara lampau? Sudah - sudahlah tu... jadikan perkara lama sebagai perkara lama, dan bergeraklah ke hadapan dengan cereka dan impian baru yang lebih menarik. Come on!

Heart, (Oct,2015)

6. Berhenti Takut Melakukan Kesilapan
Melakukan sesuatu dan menemui 10 kali kegagalan adalah lebih produktif berbanding tidak berbuat apa - apa. Setiap kejayaan itu pasti terselit berbagai cerita. Bak kata pepatah, "failure is leading towards success". Anda akan lebih menyesal jika anda tidak berbuat sesuatu berbanding anda menyesal sesudah mencubanya.


Seperti blog entri ini, anda menyesal membaca penulisan yang panjang? Jika anda berhenti membaca di perenggan ini, sekurang - kurangnya anda telah mendapat separuh isi yang hendak PR sampaikan. Jika anda masih bermotivasi untuk meneruskan pembacaan, ayuh bersama PR.


7. Berhenti Berfikir Anda Belum Bersedia
"Nanti aku fikirkan...", "Aku belum bersedialah"... tiada siapa yang akan berasa 100% bersedia apabila peluang mendatang. Tetapi kadangkala kena ingat peluang tidak selalu hadir, dan disaat anda sudah berasa "100% bersedia", peluang telah disambar orang lain atau pun menjadi lebih sukar. Anda fikir anda perlu bersedia semula?

8. Berhenti Bersaing Dengan Orang Lain
Jangan terlalu kecewa dan bimbang tentang kejayaan orang lain berbanding diri anda. Sebaliknya, anda harus fokus untuk menyaingi rekod anda sendiri. Tafsiran kejayaan adalah perjuangan diantara anda dan diri anda sendiri.

9. Berhenti Melakukan Benda Sama Tanpa Rehat
Ikutilah kisah inspirasi Kisah Penebang PokokBerehat bukan beerti anda berhenti, tetapi mengumpul semula kekuatan, mengasah semula fikiran, mental, spiritual dan memperbaiki motivasi diri. Masa yang paling tepat untuk menarik nafas panjang adalah bilamana anda tiada masa untuk melakukannya.

10. Berhenti Menunggu Kesempurnaan
Sedarlah. Bangunlah. Tiada apa yang cukup sempurna. Dunia sebenar tidak memandang kesempurnaan, tetapi ia mengiktiraf kepada sesiapa yang telah bejaya melakukan sesuatu. Dato Lee Chong Wei tidak perlu menunggu sempurna untuk menjadi pemain nombor satu dunia tetapi beliau berjaya kerana usahanya.

"Dari Lensa"

11. Berhenti Menjadi Angkuh
Sebagus atau seteruk mana kehidupan anda, jangan lupa untuk bersyukur! Seseorang di tempat lain mungkin lebih dahsyat bergelut untuk meneruskan kehidupan. Daripada anda memikirkan apa yang anda belum miliki, adalah lebih baik anda fikir apa yang orang lain belum miliki apa yang anda ada. Itu akan membuatkan anda lebih bersyukur.

12. Berhenti Membaca Blog Ini
Tahniah jika anda berjaya membaca sampai ke perkara yang ke-12. Ya, betul. Berhenti dari membaca blog ini jika anda merasakan 9 minit yang anda luangkan untuk membaca tidak mendatangkan apa - apa faedah kepada anda. Bermula semula dari awal? Pasti kurang dari 9 minit untuk membaca tetapi 5 minit terakhir itulah perkara yang anda betul - betul faham tentang entri ini.

Semoga anda terinspirasi.

4 Perkara Wajib Kuasai Dalam Pemasaran Internet

/ April 23, 2016 /
Seperti mana yang PR kongsikan pada entri terdahulu, 4 Perkara Wajib Memulakan Perniagaan, kali ini PR nak kongsikan pula perkara yang penting anda kuasai dalam pemasaran internet. Dari masa ke semasa PR akan kemaskini dan tambah lagi perkongsian ilmu semasa hadir Seminar Roket Emel oleh Tuan Najib Asaddok.

Hari ini banyak tool/senjata pemasaran internet. Tapi yang pastinya anda mesti nak senjata pemasaran yang murah, mudah & berkesan. Jom saya kongsikan 2 senjata penting yang akan ubah bisnes anda - Najib Asaddok
Trend masakini, pemasaran internet semakin berkembang dan menunjukkan potensi besar untuk pengamal bisnes. Syarikat atau organisasi besar juga turut mengaplikasi strategi pemasaran internet untuk mempromosi produk selain mengekalkan kaedah tradisional yang telah digunakan sekian lama.

like marketing padinrose
Pemasaran Interent FB Ads


Jadi, sudahkah anda bersedia untuk mengetahui 4 elemen wajib anda kuasai dalam pemasaran internet?? Jom PR kongsikan:

4 Perkara Wajib Anda Kuasai dalam Pemasaran Internet

1. Produk
Hendak berniaga, perlu tahu produk yang menjadi permintaan. Prinsipnya berniaga ni pun untuk selesaikan masalah orang. Mereka membeli kerana ingin menyelesaikan masalah. Anda perlu mengkaji trend atau permintaan pasaran. Boleh kaji di google trends atau audience insight (facebook).

Pada peringkat permulaan, kalau anda pening tiada produk sendiri, boleh jual produk orang lain seperti affiliate, dropship atau agen. Mana tahu, ilmu yang diraih boleh bagi ilham untuk keluarkan produk sendiri dan jual.

2. Trafik
Semestinya anda harus memiliki 'kedai maya'. Barulah kena dengan pemasaran internet! Anda boleh bangunkan website, minisite atau sekurang - kurangnya FB pages. Dah ada 'kedai maya', mesti tarik trafik (pelawat). Lebih ramai trafik, lebih besar peluang jualan anda.

Anda boleh menarik trafik dengan pelbagai kaedah (amalan SEO) dan platform internet seperti facebook, instagram, pemasaran e-mel dan laman web.

3. Database
Dalam ramai - ramai trafik yang melawat 'kedai' anda, mereka mungkin pelanggan atau bakal pelanggan anda! Database sangat penting untuk menukarkan prospek kepada pelanggan setia. Tak semua prospek yang melawat 'kedai' anda terus membuat keputusan untuk membeli produk anda.

Jadi, anda perlu gunakan database untuk follow up prospek, memujuk dan berterusan berkongsi tips, value, ilmu kepada prospek, atau menawar dan mempromosikan produk lain di masa akan datang.

4. Copywriting
Anda perlu kuasai ayat jualan yang POWER untuk menjual produk anda. Ayat copywriting yang memukau sangat penting untuk menukarkan prospek kepada pelanggan. Elak untuk menggunakan ayat menjual, sebaliknya anda perlu menekankan apakah hasil dan faedah setelah menggunakan produk / perkhidmatan yang anda sediakan.

Perbanyakkan elemen emosi untuk menyentap prospek anda. Buat prospek suka dan percaya dengan testimoni yang berkualiti, sertakan tindakan yang mudah untuk mereka mendapatkan produk mereka.

seminar roket emel JB
Seminar Roket Emel JB Mac 2016

Perkongsian PR tidaklah selengkap dan sehebat olahan Tuan Najib Asaddok, cuma mungkin boleh memberi sedikit idea dan gambaran perihal 4 perkara wajib anda kuasai dalam pemasaran internet. Jika anda berminat untuk mengikuti seminar, bolehlah mendaftar di pautan Seminar Roket Emel dan bersedia untuk huru harakan bisnes anda. Semoga berjaya!

Usaha Tidak Ada Matinya

/ April 18, 2016 /
Banyak perkara yang dihajati dalam melusuri kehidupan yang singkat ini. Semestinya perkara yang diinginkan itu merupakan sesuatu yang memberi impak kepada kehidupan yang lebih baik. Namun setiap perkara yang diidamkan itu adakala mudah dan adakala menjadi sebaliknya.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

Peribahasa di atas membawa maksud "usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati". Bagi pemikiran kritis yang positif, formula ini mengandaikan jika anda ada usaha, ada tindakan tidak mustahil kejayaan menanti anda. Formula mudah untuk difahami.

Pantai Kekabu Marang

Tetapi, jika pemikiran disulam nada negatif, kita akan mengandaikan sampan boleh juga ke seberang tanpa mengayuh pendayung. Biarkan mengikut arus lama - lama ia ke seberang jua. Kata orang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Hanya menyerah nasib tanpa melakukan apa - apa usaha. Mungkin boleh jadi perjalanan lebih cepat, lambat atau terpesong jauh dari matlamat asal.

Tinggal dan jauhkan pemikiran seumpama itu!

Fokus kepada peribahasa asal di atas, persoalannya : Sejauh mana usaha yang diperlukan? Apa jenis usaha yang diperlukan? Berapa lama usaha yang diperlukan? Persoalan - persoalan ini merupakan titik tolak faktor penentu bagi kejayaan seseorang.

Bagi seorang pelajar, tentunya mempunyai sasaran dan pencapaian tertentu yang diharapkan semasa sesi pengajian. Sasaran itu mungkin termasuk sekadar mendapat sekeping "sijil", hanya cukup makan, atau cemerlang di dalam setiap matapelajaran yang diikuti. Jadi, anda boleh bayangkan di tahap mana usaha yang diperlukan untuk mendapat prestasi cemerlang?

Dalam situasi yang berlainan, seseorang yang masih baru dalam dunia pekerjaan : Adakah cukup sekadar ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diraih semasa belajar? Mereka perlu sedar persaingan di tempat kerja tidak sama langsung dengan persekitaraan di alam sekolah atau pengajian tinggi. Mereka perlu menggandakan usaha untuk terus kekal bersaing dan menyesuaikan diri dengan cepat di suasana baru.

Selain disiplin, korang kena cepat belajar dan sabar. Korang jangan memilih kerja, sebaiknya korang buat je apa yang senior suruh di samping boleh belajar dengan pengalaman diorang. Kalau korang taktahu, minta diorang ajarkan dan korang usaha untuk belajar dengan cepat.
Apa yang saya pernah lalui dulu banyak mematangkan sehingga saya boleh berada kedudukan sekarang. Bila difikirkan semula, pensyarah kita hanya pencetus saje, selebihnya diri kita sendiri yang menentukan samada untuk berusaha lebih atau berterusan malas.....

seminar kerjaya Diploma Gas
En. Amirul Afiq Anuar

Ini baris ayat yang sempat PR ringkaskan melalui sesi perkongsian salah seorang alumni Dip. Tek. Kejuruteraan Gas semasa majlis Seminar Kerjaya : Mana Arah Tujunya? anjuran Persatuan Pelajar Gas (GSS). PR sendiri berasa bangga melihat anak didik telah berjaya dan bercakap dengan yakin di hadapan ratusan pelajar junior dan pensyarah yang pernah mengajarnya.

Sebagai rumusan, perlu ada faktor penggerak untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Hidup kita sendiri, bergantung kepada usaha kita sendiri. Jika anda mahu berjaya tetapi hanya berdiam diri mengikut arus, PR khuatir anda akan terpesong dan tidak bertemu di puncak kejayaan kelak.

Sekian.

Penulisan Yang Sukar Difahami

/ April 13, 2016 /
Terbaca di blog Diari Seorang Mama, perihal kepentingan readibility score dalam SEO. Pada awalnya PR tidaklah tertarik untuk mencuba, tetapi bila di baca semula rasa seronok juga untuk tahu berapa score bagi setiap penulisan PR dalam blog ini.

Dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada kefahaman pembaca terhadap apa sahaja bentuk penulisan. Ia boleh jadi buku, blog dan sebagainya. Jika penulisan kita terlalu sukar difahami, ia akan meninggikan bounce rate.

Bagi tujuan mengetahui score penulisan blog entri, anda boleh cuba di pautan readibility score. Anda boleh membuat pilihan samada untuk memasukkan teks atau URL. Skor yang tinggi menunjukkan penulisan tersebut mudah dibaca dan difahami. Keterangan bagi skor adalah seperti jadual di bawah.

Sumber : Flesch-Kincaid

PR telah menguji beberapa blog entri, untuk mengetahui samada penulisan PR mudah difahami atau tidak. Mari lihat beberapa keputusan berikut.

1. Kepentingan Menjaga Kesihatan               40.1
2. Tips Membeli Tayar Kereta                       56.3
3. Cara Melukis Dengan Betul Siri 1             46.8
4. Cara Penjagaan Gigi                                  43.5

dan entri terbaru 5. Kisah Kasut dan Pasangan       49.9

Melihat keputusan ujian rawak terhadap blog entri PR, boleh disimpulkan hasil penulisan PR adalah dalam kategori SUKAR UNTUK DIBACA! Hahahh... Taktau nak menangis atau ketawa. Tetapi accuracy hasil ujian ini PR tak boleh jamin. Malas nak membaca selanjutnya. Cukup sekadar ujian penentu sahaja.

Baik!

Jika anda pernah menulis dan nak tahu score hasil penulisan anda, boleh cuba pautan di atas dan boleh kongsikan keputusan di ruangan komen. Kalau anda ada blog lagi bagus, letakkan URL dan boleh PR terjah sekali. Mana tahu boleh cari ilham nak tulis dengan cara yang lebih mudah difahami.

Akhirnya, PR ingin tanya apa pendapat anda terhadap penulisan dalam senarai 5 blog entri PR di atas? Adakah benar sukar difahami? Mungkin jawapan robot berbeza dengan jawapan manusia. 

Sekian.

Kisah Kasut dan Pasangan

/ April 10, 2016 /
Setiap manusia memang sukakan kesempurnaan. Tetapi wujudkah perkara yang betul - betul sempurna dalam kehidupan ini? PR pernah kongsikan kisah inspirasi Mencari Kesempurnaan, kisah si dara yang mencari seseorang untuk menjadi teman terbaiknya.

Seorang perempuan muda datang menyapa ayahnya lalu bertanya bagaimana untuk memilih seseorang yang terbaik untuk di jadikan teman hidupnya kelak. Seraya, ayahnya meminta si dara untuk menemaninya ke suatu tempat - baca selanjutnya

Kisah inspirasi kali ini masih berkisar tentang kasut, tetapi PR alihkan fokus hanya kepada kasut.

"Pasangan terbaik itu seperti sepasang kasut,
          Bentuknya tak persis tetapi serasi,
          Tidak pernah berganti posisi tetapi saling melengkapi

      Sentiasa sedarjat tiada rendah tiada tinggi,
      Bila satu hilang, yang lain tiada apa erti"

kisah kasut dan pasangan


Setiap satu pasti berpasangan. Rembulan bersama matahari, siang ditemani malam. Kiri bersama kanan. Begitu juga manusia, lelaki diciptakan perempuan untuk saling melengkapi. Jika kita lihat terdapat ruang di antara jemari, ia menjadi lengkap dengan kehadiran jemari lain. :D

     Jika lelaki bersikap seperti api, pasangannya harus bersikap seperti air.
     Jika perempuan banyak mulut, pasangannya harus menjadi pendengar setia.

Begitulah norma hidup berpasangan, perlu ada tolak ansur dan saling memahami. Keutuhan rumahtangga atau perhubungan perlu disulami dengan babak - babak toleransi. Nilai kasih sayang harus disemai setiap hari agar hati tidak lagi berbelah bahagi.

Hidup hanya sementara. Lukiskan semua cerita bahagia. Kumpulkan detik indah bersama. Jauhkan cereka duka. Semoga hidup anda sentiasa berasa nikmatnya.

Di akhir bicara, PR sekadar ingin bertanya : Sudahkah anda membisik betapa pentingnya pasangan anda hari ini?

Sekian. 

6 Jimat dan Labur Untuk Dekorasi

/ April 8, 2016 /
Cuti hujung minggu boleh dimanfaatkan dengan pelbagai perkara menarik. Sebagai contoh, rakan blogger akubiomed menghabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan aktiviti bersama keluarga. Meluangkan masa bersama keluarga merupakan aktiviti berkualiti dan dapat mengukuhkan nilai kekeluargaan.

Ada juga individu yang gemar menghabiskan masa di rumah sahaja termasuk PR. Seminggu bekerja, maka cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk berehat, relaks dan bersantai. Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan seperti membaca buku, menonton siaran televisyen, menceriakan laman atau menggodek idea dekorasi rumah.

Sepertimana blog entri terdahulu Baca : Inspirasi Dekorasi Rumah Baru, kediaman seharusnya bukan sekadar tempat berteduh, malah seharusnya meningkatkan nilai emosi dan spiritual kepada penghuninya. Jadi, dalam membentuk dan membina kediaman idaman, harus juga meneliti bajet supaya kos dekorasi tidak menelan belanja yang sangat besar.

Apabila membeli barang untuk rumah seperti perabot dan aksesori, barangan yang penting dan utama perlu dilaburkan lebih sedikit dan barangan mana yang boleh jimat kita jimatkan. - Alam Anuar
Jimatkan belanja dekorasi
"Jimatkan belanja dekorasi" - Notes (ios) + PIP Camera

PR kongsikan beberapa item mesti beli untuk kediaman anda.

Jimatkan belanja untuk :
  • Lampu ruang tamu - lampu meja, lampu lantai, lampu dinding pilih energy saving bulb
  • Meja Sisi - Boleh pilih bentuk yang elegan dan ringkas. Tidak perlulah pilih meja sisi yang bulky dan berat.
  • Kabinet TV - Kini kebanyakkan tv berbadan nipis seperti plasma tv dan tergantung pada dinding. Oleh itu, tidak perlu kabinet tv yang bulky, cuma sekeping para sudah mencukupi. Selain itu, boleh menjimatkan ruang tamu anda.
  • Meja kopi - Jenis meja kopi yang mempunyai ruang simpanan, anda mempunyai lebihan penstoran untuk barangan di ruang tamu.
  • Gelas kaca - Kenapa perlu beli gelas kaca yang mudah pecah?
  • Permaidani - Anda hanya perlukan permaidani kecil jika perlu untuk bilik tidur anda

Laburkan belanja untuk :
  • Sofa - Bentuk yang klasik dan fabriknya warna natural (sesuai untuk semua konsep). Pilih sofa yang memberikan anda keselesaan dan sokongan secara maksimum. Kualitinya boleh bertahan selama 10-15 tahun.
  • Cermin - Cara mudah meluaskan ruang makan yang sempit
  • Langsir - Pilih fabrik yang berkualiti supaya tahan lebih lama dan nampak tergantung dengan baik.
  • Set meja makan - Anda mengunakannya setiap hari. Oleh itu, dapat meja solid yang lebih kukuh dengan kerusi yang selesa. Boleh dibeli secara pakej (meja+kerusi) atau secara berasingkan.
  • Tilam dan bantal - Memberikan ada keselesaan dan kesihatan badan. Tilam yang sesuai memberikan kita tidur dengan lena dan bangun dengan segarnya. Ketika uji tilam, sila baring selama 10-15 minit (dari situ dapat rasa, adakah tilam ini sesuai untuk kita).
  • Almari pakaian - Jika almari pakaian dapat dikustomkan menempati cara hidup anda lagi bagus. Built-in wardrobe dapat memaksimumkan ruang pakaian di bilik tidur anda.

Dengan perkongsian ini, dengan harapan anda boleh merancang untuk menghias kediaman anda menjadi lebih menarik tanpa perlu menelan kos belanja yang besar. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih tentang dekorasi bajet, bolehlah layari laman web dekorasibajet.com. Semoga anda terinspirasi untuk mengubah dekorasi rumah anda kelihatan lebih menarik.


Nota | Dapatkan Ebook PERCUMA 16 Himpunan Entri Motivasi Terbaik padinrose.com (2009 - 2011) untuk mengikuti pelbagai kisah inspirasi kehidupan >>Ebook PERCUMA<<

Anda Pilih Yang Mana?

/ April 5, 2016 /
Orang Melayu kaya dengan peribahasa. Salah satu diantaranya "setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau". Peribahasa ini boleh dikaitkan dengan kepelbagaian pendapat dan pilihan yang bermacam - macam.

Life is the sum of all your choices - Albert Camus

Kepelbagaian pilihan dan pendapat menjadikan kehidupan manusia unik dan berbeza. Namun, tindakan terhadap sesuatu pilihan adalah faktor terpenting menentukan perbezaan tersebut. Jika hanya sibuk memilih dan memberi pendapat tetapi tidak disusuli dengan tindakan, apa bezanya?

Yang Mana Satu Jadi Pilihan
  1. Teh O vs Kopi O
  2. Minuman pilihan suka ramai. Mudah didapati. Minuman 'rasmi' orang kita. Bagi perbandingan pertama, PR pilih Teh O! Tapi ada juga penggemar kopi sehingga 6 gelas sehari. Ini kisah benar di tempat kerja PR. 

  3. Daging lembu vs Daging Ayam
  4. Kedua - dua sumber protein ini terlalu biasa dilihat menjadi teraju utama perniagaan makanan. Ayam black pepper versus daging black pepper. Burger ayam versus burger daging; dan pelbagai lagi. Bagi kategori  protein, PR pilih daging ayam

    daging lembu


  5. Tembikai vs Kelapa
  6. Musim panas ni memang asyik kalau dapat makan sepotong tembikai atau pun meneguk air kelapa. Namun, jika hanya diberi satu pilihan... pastinya keputusan yang sukar. Bagi PR, kalau keadaan sejuk, PR akan berpihak pada tembikai, tetapi keadaan normal, PR pilih kelapa. Untuk pilihan yang adil, ambil keadaan normal, maka jawapan PR adalah kelapa!

  7. Sejarah vs Matematik
  8. Bagi kategori pendidikan, pasti ada beza antara pelajar yang suka menghafal atau fakta dan ada juga sebahagian memilih untuk berfikiran secara dinamik. PR lebih sukakan permasalahan dinamik berbanding fakta sejarah yang memerlukan daya tumpuan dan ingatan yang tinggi. Jadi, confirm PR pilih Matematik.

  9. Whatsapp vs Call
  10. Kaedah komunikasi masakini lebih pelbagai dan mudah. Perkongsian maklumat boleh digunakan melalui pelbagai media, terutama laman sembang digital. Jadi, antara khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon, PR prefer panggilan telefon. Lebih mudah, cepat dan elak salah faham.

  11. Bandung vs Ho Chi Minh
  12. Melalui pengalaman PR mengunjungi kedua - dua kota ini, Bandung memberikan kenangan lebih menarik berbanding Ho Chi Minh. Pusat pelancongan yang memberi pilihan terhadap keindahan alam semulajadi, kepelbagaian hidangan makanan yang lazat serta pusat membeli belah yang bisa merobek wang anda. Cuma lalulintas...... MasyaAllah, seram!

  13. Bunga asli vs bunga Kertas
  14. Kalau nak bagi teman istimewa, yang mana lebih baik? Bunga kertas walau tak wangi tapi boleh tahan lama.... atau...Bunga asli, beri kesan romantik tapi cepat layu. 

bunga mawar mewangi


Item ketujuh, PR tiada jawapan. Sebab PR belum pernah lagi beri bunga pada teman istimewa. Eh, pernah. Tapi bunga raya! Hahahh Jiwa kebangsaan gitu. Kalau bunga tu masih ada sampai sekarang, pasti dah renyuk, lunyai atau tinggal urat sahaja.

Baik. PR dah senaraikan pilihan dan pendapat PR berkenaan 6 item perbandingan di atas. Bagaimana pula pilihan anda? Kongsikan.

Nota | Agak - agak ada tak pilihan yang sama dengan pilihan PR.

Tajamkan Pensel Itu

/ April 2, 2016 /
Diceritakan sebuah kisah, disaat seorang bapa berada di hari - hari terakhir hayatnya dia memanggil kesemua anak - anaknya. Tujuan si bapa tiadalah lain kecuali ingin memberi hadiah terakhir kepada mereka.

Tiada harta yang bernilai aku mahu berikan kepada kamu kecuali sebatang pensel ini.

Mereka kehairanan. Mengapa si bapa menunjukkan sebatang pensel lusuh, pendek dan tidak sesuai untuk digunakan lagi. Mereka juga tidak pernah sedar kewujudan pensel tersebut dalam simpanan bapa mereka.

Kenapa dengan pensel ini? Kelihatan seperti biasa dan tidak boleh diguna lagi?

Si bapa tenang dan sedikit demi sedikit menerangkan kepada mereka apa rahsia di sebalik pensel usang yang telah disimpan sekian lama.

"Itu tergantung kepada bagaimana kamu melihat sesuatu. Bagi aku, pensel ini ada 5 tunjang utama, dan kalau kamu dapat menerapnya, kamu akan sentiasa berjaya dalam hidupmu."



5 Inspirasi Sebatang Pensel
  • Pensel itu tidak boleh bergerak sendirinya, pasti ada tangan yang membimbingnya. Jika benar bimbingannya, maka hasilnya benar maka begitulah sebaliknya. Diri manusia perlu ada bimbingan supaya kita tidak hanyut dalam kehidupan sendiri. Ikutlah ajaran agama, ikutlah kehendakNya nescaya kamu beroleh kebahagiaan.

  • Lama kelamaan pensel ini akan tumpul dan hasilnya akan kurang memuaskan. Kamu akan merautnya supaya kembali tajam. Pensil akan merasa sakit, tetapi hasilnya akan bertambah baik. Dalam kehidupan, kamu akan diuji tapi sedarlah ujian itu, dugaan itu, kesakitan itu akan membuat kamu lebih kuat dan hebat.

  • Hasil pensel ini boleh dipadam terhadap kesalahan - kesalahan yang timbul. Kamu boleh mengulang semula sehingga mendapat hasil yang lebih baik. Begitu juga dengan kehidupan, tidak salah memadam kesalahan lalu, memperbaiki sesuatu yang kita pernah lakukan. Pengulangan dan penambahbaikan akan menjadikan kamu lebih matang dan baik dari sebelumnya.

  • Pensel ini tidak beerti kalau tiada grafitnya. Cuba kamu renung diri kamu. Kalau hanya mementingkan luaran tetapi tidak menjaga bahagian dalamnya, kamu hanya tin kosong! Jadilah grafit kepada pensel ini yang memberi manfaat kepada orang lain dan sekitarnya

  • Hasil pensel ini meninggalkan bekas. Jika baik yang kamu karangkan, baik juga kesudahannya. Jika kamu menulis yang tidak baik, kamu akan mengundang bencana. Begitu juga apa yang kamu lakukan dalam hidup. Berusahalah untuk sedar dan berjaga - jaga dalam setiap tindakan kamu.
Sampai satu masa, pensel ini tidak boleh digunakan lagi, tetapi ingatlah apa jasa dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang ia memberikan perkhidmatan kepada tuannya. Sama dengan diri anda, jadilah "pensel" yang memberi kebaikan, mudah - mudahan apabila tiada di dunia ini lagi, jasa dan kebaikan anda akan dikenang dan diingati.

Nota | Dapatkan Ebook PERCUMA 16 Himpunan Entri Motivasi Terbaik padinrose.com (2009 - 2011) untuk mengikuti pelbagai kisah inspirasi kehidupan >>Ebook PERCUMA<<

Koleksi Lukisan Mac 2016

/ April 1, 2016 /
Melukis merupakan salah satu terapi kepada diri sendiri. Selain hobi, kadangkala apa yang terbuku di dalam hati juga boleh diterjemah dalam bentuk lukisan. Cantik atau tidak, kemas atau tidak ia bukan masalah besar.

Blog entri pertama April ni, PR kongsikan beberapa hasil lukisan tangan yang kemudiannya disunting dengan aplikasi digital. Nak melukis digital secara serius tu belum dalam keperluan lagi rasanya. Masih meneruskan hobi melukis dengan kaedah manual. Kuno sikit la.

Lukis Anak ayam

Cubaan PR melukis menggunakan aplikasi Notes entah kali ke berapa. Agak sukar melukis dengan menggunakan jari di paparan skrin yang kecil. Tetapi ada juga yang PR puas hati syok sendiri contohnya lukisan buluh.

Maksud logo facebook
"Maksud logo facebook"

Busana Jamilah
"Syoknya shopping di Busana Jamilah"

Busana Jamilah
"Selak almari baju sama je...."

"Rombongan ke jualan lelong Butik Busana Jamilah, Angsana Mall JB"

Empat karya terakhir tu dimuat naik ke pages Butik Busana Jamilah. Semua lukisan kartun tu dilukis dan diwarnakan menerusi aplikasi Nippon Paint Color Creation. Ya. Nippon paint! hahah... Tu sebabnya ada maksimum 5 warna sahaja.

Ok. Sekian perkongsian. Harap anda terima lukisan kartun PR seadanya. Hikhik.

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap