padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Bila Group Rasmi Jadi ...

/ January 29, 2016 /
Pernah suatu ketika aku post blog entri yang membincangkan perihal 7 Jenis Facebook Updates. Peredaran teknologi masakini menambahbaik ciri aplikasi laman sembang sosial yang tumbuh bagai cendawan mungkin sedikit sebanyak mengubah arah golongan yang aku sebutkan dalam blog entri tu.

Kewujudan laman sembang sosial ini mengubah cara hubungan komunikasi masa lalu kepada yang lebih dinamik. Boleh aku katakan pasti ada "group" laman sembang sosial yang mengumpulkan ahli - ahli yang berkaitan dengan halatuju group tersebut.

Leka

Group Rasmi
Bagi tujuan untuk menyebar dan menyampaikan maklumat dengan cepat, penggunaan media sosial ini merupakan alternatif terbaik. Bagi organisasi yang mempunyai ramai pekerja, pengujudan Group Rasmi adalah sangat perlu. Makluman berkenaan Pekeliling terkini, makluman tentang Mesyuarat serta peringatan berkaitan cuti adalah merupakan beberapa isi kandungan yang sangat bermanfaat dalam Group Rasmi.

Tetapi, 
bila Group Rasmi jadi tempat untuk Mesyuarat Tingkap,
bila Group Rasmi jadi Pasar Malam,
bila Group Rasmi jadi Mesin Punch Card,
bila Group Rasmi jadi Yellow Pages,
bila Group Rasmi jadi Gelanggang Tinju,
bila Group Rasmi jadi Kedai 24 Jam,
bila Group Rasmi jadi tempat Mengipas Angin...

Aku bosan.

Aku pernah keluar dari Group Rasmi tetapi dasar organisasi yang menyahut kempen paperless mengakibatkan banyak arahan kerja hanya akan dipaparkan di Group Rasmi dan mungkin aku akan ketinggalan maklumat. 

Kalau anda mengalami perkara yang sama, apa yang akan anda lakukan

Tahun Baru 2016

/ January 22, 2016 /
Selamat Tahun Baru, 2016! Alhamdulillah sempat juga bertemu dengan 2016, dan masih kekal dengan blog ni. Ruang global yang memuatkan catatan dan pandangan peribadi aku di sini.



Pastinya, 2016 menjanjikan cabaran yang berbeza, yang kadang - kadang tak boleh nak fikir dan ramal. Apa pun, selagi berupaya haruslah menyahut apa saja cabaran dengan cara penyelesaian terbaik yang mampu dilakukan. Pengalaman lalu merupakan rujukan terbaik untuk memandu kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.

Mengimbas titian perjalanan 2015, banyak perkara yang mengujakan dan tak kurang juga perkara yang sebaliknya. Enjin kereta aku bermasalah disebabkan over-heating dan terus jahanam. Lama juga terperuk di bengkel. Enjin dah hidup, cermin pulak pecah. Dah rezekinya macam tu, redha ajelah.

Cuba Warna Baru

Retak Seribu

Pertengahan Jun, aku diserang demam denggi. Pada awalnya aku menyangka demam biasa tetapi berlarutan sehingga seminggu, aku ambil keputusan membuat pemeriksaan dan disahkan denggi. 3 malam juga tersadai di hospital. Ini pengalaman pertama aku di hospital.


Dari segi perkembangan kerjaya, aku diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat Pelaksanaan OBE dan Taklimat Pelaksanaan ISO 9001. Berdebar juga maklum saja kali pertama menyampaikan taklimat di dewan besar. Paling tak sangka, aku menerima Anugerah Khas Pengarah 2015 sempena Hari Inovasi pada Disember.


Sesungguhnya, segala ujian dan kesenangan yang dilalui sekurang - kurangnya mengingatkan aku supaya tidak lalai dan leka. Aku mengharapkan 2016 lebih menarik untuk diharungi dan dikenang suatu masa nanti.

Bagaimana dengan anda?
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap