padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Kebersihan Minda

/ May 31, 2013 /
April 2011 aku pernah rencanakan perihal pencemaran minda yang semakin menular dan meresap ke dalam masyarakat. Ia merebak dengan pantas, tambahan pula kemajuan dan kepesatan teknologi seakan sukar untuk mengubati malah dilihat menjadi mangkin kepada jenis pencemaran ini. Teknologi mengubah manusia lebih baik atau sebaliknya?

Berbalik kepada pencemaran minda di atas, aku melihat ia masih boleh diselamatkan. Kalaupun pencemaran itu sendiri tidak boleh dihapuskan, setidak - tidaknya ia dapat dikawal dan mengurangkan kesan tersebut untuk jangka masa panjang.


Kebersihan Asas Keharmonian

Apabila ada perkara yang tercemar, kita hendaklah cuba untuk membersih dan menjernihkan semula keadaan tersebut. Cuba sedaya upaya, jika anda tidak dapat untuk mengubah 100 orang, cukup untuk anda mengubah diri anda sendiri terlebih dahulu.

Kebersihan, kemurnian dan kesucian mental hendaklah bermula daripada pemikiran yang positif dan bebas dari pengaruh negatif yang merosakkan. Kebersihan minda boleh mendorong untuk mencapai keharmonian dari apa jua aspek kehidupan.

Kebersihan minda mewujudkan persekitaran yang kondusif
Minda yang positif pasti mewujudkan aura positif dalam ruang kehidupan anda. Tidak perlu gaduh - gaduh, iri hati, hasad dengki, menabur fitnah, dendam, prasangka dan sikap negatif lain.

Imbas semula lirik Apa - Apa Saja (Aboi), "Kalau kita nak enjoy boleh saja tapi jangan sampai tak ingat dunia".. dan di penghujungnya, "Buat apa gaduh - gaduh sama kita, Malaysia kita ini kecik aja, kalau semua gaduh sapa nak jaga?"...

Renung dan fikirkan. Sekian, :D

Peminat Die-Cast Model

/ May 20, 2013 /
Bagi 2013 ni, aku belum menambah sebarang koleksi model kereta mainan, tetapi dalam radar cadangan aku, ada satu atau dua buah yang berkenan di hati. Setakat entri ini ditulis, aku telah memiliki 39 buah yang merangkumi pelbagai model, skala dan jenama.

Koleksi terbaru adalah seperti yang aku nyatakan dalam entri tahun lalu, Honda Civic EG6 (Brand HPI Racing). Model ini adalah yang termahal pernah aku beli dengan harga RM340. Berita baik kalau ada yang berminat dengan model yang sama, anda boleh dapatkan dengan harga RM260 sekarang. Banyak diskaun tu...

Honda Civic EG6 : Link

Pencarian aku untuk model Honda Civic EG9 masih belum berhenti tetapi malangnya masih belum jumpa. Agaknya kalau nak beli pun mungkin dari tangan orang, bukan dari kedai. Di kesempatan ini, aku ingin kongsikan kepada anda, gedung online untuk die-cast model ni. Hahahaa, 

Jika anda punya minat yang sama, atau baru cuba - cuba untuk minat atau saja - saja untuk bersiar - siar mata, bolehlah kunjungi laman Diecast-Empire. Pelbagai jenis model dan jenama terdapat di laman tersebut, dan anda boleh pilih ikut kemampuan dan citarasa juga. Skala kecil, sederhana dan besar semua ada di situ. Modal kecil, sederhana dan besar kena ambil kira juga. :D



Kalau dapat yang ini, perghhhh.....



Sekiranya anda ada pautan lain yang lebih menarik untuk jualan dalam talian, bolehlah kongsikan pautan tersebut di ruangan komen. Bukan sahaja pautan, jika anda tahu tempat 'syurga mainan' yang anda rasa menarik berhampiran dengan tempat anda jangan segan silu untuk maklumkan pada aku. Boleh juga aku ke sana, jumpa anda dan 'rompak' poket anda, :D

Sijil Kekompetenan Gas

/ May 13, 2013 /
Kali ini aku mahu berkongsi mengenai apa keistimewaan pelajar yang belajar di IKMJB - Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas.

Mana-mana orang yang menjalankan kerja pada talian paip gas dan pepasangan gas adalah seorang yang kompeten yang dikawal di bawah Seksyen 35 Akta 501 iaitu “melainkan jika dikecualikan selainnnya, tiada kerja berkenaan dengan pemasangan, pembinaan, penyenggaraan, pembaikan, atau pengendalian mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya boleh dijalankan kecuali oleh atau dibawah pengawasan dan diperakui oleh seorang yang kompeten”.

Sijil Kekompetenan Gas

Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997 dengan jelas menyatakan syarat kelayakan, bentuk penilaian kekompetenan dan skop kerja orang kompeten. Mengikut peraturan, orang-orang kompeten dikelaskan kepada lima (5) kelas kekompetenan, iaitu;
  1. Jurutera Gas
  2. Penyelia Kejuruteraan Gas
  3. Jurugegas Gas Kelas I
  4. Jurugegas Gas Kelas II
  5. Jurugegas Gas Kelas III
Pengkelasan orang kompeten tersebut adalah berdasarkan kelayakan minimum kelulusan akademik dan pengalaman calon. Institut Kemahiran MARA Johor Bahru adalah merupakan salah satu pusat pentauliahan bagi Jurugegas Gas Kelas I (Kursus sepenuh masa - Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas).

Gas District Station

[1] Before being certified as a competent person, candidates need to sit for a written competency examination and interview conducted by Energy Commission. However, candidates who pass gas engineering courses accredited by the Energy Commission such as gas sources organised by Gas Technology Centre, University Teknologi Malaysia and Institut Kemahiran Mara can be exempted by the Panel to sit for the written examination. In principle, scope of work for competent person is divided into five (5) types as follows:

-Endorsement of gas installation plan
-Endorsement of certificate of completion of gas installation
-Endorsement of test certificate of gas installation
-Repair of gas installation
-Maintenance of gas installation

Bidang kemahiran pun sekarang ni sama naik dengan pengajian akademik. Bukan hanya boleh dapat Diploma, boleh dapat juga sijil nilai tambah yang sangat diperlukan untuk persaingan di industri. Kalau rajin dan bersemangat lagi, boleh tambah lagi nilai tambah dengan memperbanyakkan sijil - sijil kemahiran yang ada. Bukan hanya sekeping sijil, tetapi nilai kemahiran yang diteroka dan boleh diaplikasikan sekurang - kurangnya untuk memajukan diri sendiri.

Bermula Sekali Lagi

/ May 9, 2013 /
Bermula sekali lagi. Ya. Itu tajuk yang aku rasa paling sesuai untuk aku abadikan entri pertama aku bulan Mei 2013. Berakhirnya sesuatu perkara adalah fasa bagi permulaan sesuatu yang baru. Berakhir sekolah rendah adalah permulaan bagi sekolah menengah, berakhir zaman bujang adalah permulaan kepada hidup berumahtangga.

Sebelum aku merepek dan menyimpang jauh, aku cuma ingin melontar rasa melankolik dalam entri ini kerana aku baru sahaja kehilangan data di dalam komputer peribadi. Banyak data. Banyak rasa. Hendak katakan sedih pun iya, hendak kata runsing pun iya.

Aku rasa sedih sebab banyak juga perkara personal yang disimpan termasuk gambar, dokumen dan nota semasa di universiti...senang cerita data personal lah, termasuk data yang aku bangunkan selama 3 tahun hilang sekelip mata.

Itu tidak mengapa.


Aku rasa runsing sebab kebanyakan data adalah berkaitan kerjaya aku. Dokumen kerja hakiki termasuk nota, bank soalan terdahulu, format - format, contoh surat, dokumen ISO 9001:2008, dokumen MQA dan yang penting adalah rekod (data) kerja dan keputusan pelajar. Huhuuu...Hanya beberapa yang dapat diselamatkan melalui simpanan peti masuk/keluar email. Pheww..

Kata orang, bila keranda di bawa baru bercucuran air mata. Saat itu, sudah tiada gunanya lagi. Aku menyesal dan sangat menyesal tidak membuat back-up. Niat tu ada tapi aku yang melengahkan proses tersebut. Padan muka aku.

Kini, aku berusaha untuk membangunkan semula sedikit demi sedikit dokumen yang penting. Down memang down, tapi kalau tak di mulakan aku jugak yang cari nahas nanti. Bermula sekali lagi, sama seperti mula - mula aku membeli komputer dahulu.

Terima kasih membaca coretan ini. Kalau anda tidak mahu padan muka macam aku, beringat - ingatlah bahawa malang tidak berbau. Boleh datang dalam keadaan yang tidak terduga. Paparan komputer aku hilang tanpa ada sebarang amaran, cuma logika yang aku kena terima adalah penggunaan komputer aku dalam tempoh 3 tahun boleh dikira hardcore juga dan idea yang boleh aku simpulkan, "memang dah sampai masa"..

Mood berblog juga aku rasa seperti bermula sekali lagi. Sekian,
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap