padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Beralih Guna Toyo

/ March 28, 2013 /
Sebelum ni aku pakai tayar Yokohama S-Drive 195/55/15... tapi sebab susah nak cari dan tayar dah botak sangat (bukan dalam gambar), aku sebat je apa yang ada.

yokohama s-drive

Sekarang, aku gunakan Toyo Proxes T1R 195/55/15.. 

tayar toyo

Tayar kereta anda??

Perkhemahan MPP

/ March 23, 2013 /
15-17 Mac lalu, aku menyertai perkhemahan Bina Semangat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku pensyarah pengiring di Taman Negeri Endau-Rompin. Sekali sekala bawa pelajar lari daripada proses pengajaran dan pembelajaran seronok juga. Di samping memberi mereka aktiviti luar, dapat juga aku menumpang sekaki untuk perkhemahan tersebut.

Taman Negeri Endau Rompin

Aku suka aktiviti berkhemah sebegini, di samping aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Taman Negeri sendiri. Pada hari pertama, sebelum sampai ke lokasi, MPP IKM JB dengan kerjasama Belia Felda Selendang melakukan aktiviti gotong royong pembersihan tanah perkuburan dan mengecat wakaf yang baru siap di bina.

gotong royong
Gotong Royong

mengecat wakaf
Mengecat Wakaf

sungai taman negeri endau rompin

Malam pertama, pelajar (peserta) di bawa meronda ataupun night walk ke dalam hutan secara berkumpulan. Setibanya ke tapak perkhemahan, pelbagai gelagat peserta boleh dilihat terutamanya peserta yang alah/geli kepada pacat! 

"Perjalanan malam ni hanya warming up untuk hari esok.."

Pada hari kedua, aku merasakan ia adalah aktivti utama, diberi nama "Survival". Peserta perlu meredah hutan, dan di pertengahan peserta perlu memasak untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan menuju ke air terjun.

Aku juga turut serta dalam aktiviti ini bersama 5 rakan staf pengiring yang lain. Aku mengambil keputusan untuk berada di barisan hadapan. Pacat?? hahahh tak perlu nak mengelak sangat lambat laun akan dihidu juga, hehee.. mujur hanya beberapa ekor sahaja yang dapat hinggap di kaki aku.

Dalam perjalanan ini, sempat juga aku merasa masak mee segera dalam buluh. Sedap juga rupanya, tapi yelah dah penat, lapar... semua benda pun boleh jadi sedap. Setelah selesai mengalas perut, perjalanan diteruskan dan kali ini laluan agak berbukit dan kerapkali perlu mendaki. Malang pada satu ketika, aku tersentuh sarang penyengat dan aku menerima 'hadiah' di tiga lokasi di bahagian lengan...

Kepenatan mendaki dan meredah hutan seolah hilang bila terdengar deruman air terjun menandakan misi hampir selesai. Sambil menghilang lelah, dapat juga relaks menikmati kesejukan air terjun hutan negeri tersebut.

perspektif taman negeri endau rompin

Uikk, dah panjang la pulak. Ok, aku ringkaskan. Pada malam Ahad, aktiviti Solo Walk, peserta perlu berjalan seorang diri di dalam hutan. Peserta hanya perlu mengikut tali yang telah disediakan. Pensyarah pengiring ditugaskan untuk menjaga setiap check-point (6 kesemuanya). Waktu ini tiada sebarang cahaya, maka redha jelah kalau pacat dapat menghisap darah di kaki....

Hari terakhir, aktiviti air - aktiviti yang sangat dinantikan oleh peserta. Aktiviti air seperti biasalah, "water confident", "river crossing" dan.... aktiviti bebas... Aku? memantau para peserta dengan kayak, ekekee..

Perkhemahan tamat menjelang tengahari, dan blog entri  aku kali ini pun tamat di sini, hehehehehe...

Minggu Aktiviti Jan - Jun 2013

/ March 18, 2013 /
Pada minggu kesebelas proses pengajaran dan pembelajaran, pusat IKM dan KKTM akan mengadakan Minggu Aktiviti kepada pelajar. Banyak aktiviti yang dirancang termasuklah aktiviti sukan, pengurusan jenazah, mock-interview, dan termasuklah aktiviti sampingan seperti sukaneka, projek keusahawanan dan gotong royong perdana.

Selain aktiviti pelajar, terselit juga aktiviti untuk wargakerja. Hehee, memandangkan Minggu Aktiviti kali ini tidak sama dengan minggu cuti sekolah, maka ramai wargakerja yang tidak bercuti dan bersama - sama dapat memeriahkan aktiviti.

Antara aktiviti yang melibatkan staf ialah perlawanan ulangan bolasepak melibatkan Utara-Timur dan Selatan-Tengah. Kalau cerita yang terdahulu pada semester lepas, perlawanan berkesudahan seri 1-1 tetapi kali ni agak berbeza apabila pasukan gabungan Selatan-Timur membelasah pasukan Utara-Timur 4 -1. Pada perlawanan kali ini aku tidak dapat menjaringkan gol.

unboxing nike mercurial veloce
Unboxing Nike Mercurial Veloce FG

Persembahan pertama menggunakan Nike Mercurial Veloce, nampaknya belum memberi jasa. hehee, mungkin takde kena mengena tapi aku harapkan penggunaan kasut baru ini boleh memberi sesuatu kenangan juga dalam karier bolasepak aku :D

Satu lagi pertandingan yang melibatkan staf adalah pertandingan boling tertutup wargakerja IKMJB untuk tahun 2013. Kalau menyingkap sejarah 2011, pasukan aku berjaya menjadi johan tapi edisi kali ini pasukan aku hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Dari segi pungutan jatuhan pin individu, aku berada di kedudukan ke-8 daripada 60 peserta. Emm, boleh tahan lah, ekekee

Ketiga boling tertutup ikmjb
Gambar kenangan bersama bos, En Shabudin Said

Apa pun, bagi Minggu Aktiviti kali ini dengan jumlah penyertaan daripada staf cukup menggembirakan penganjur termasuklah aku, antara penganjur bersama boling dan bolasepak persahabatan. Bukan senang nak kumpulkan jumlah staf yang ramai dalam satu masa, keluar dari kerja hakiki dan merapatkan kemesraan.. Kalau Family Day tu lain ceritalah, heh.. Itu saja buat masa ini, sekian :D

Pengulas Tidak Bertauliah

/ March 10, 2013 /
Berakhirnya perlawanan ke-10 Liga Super yang menyaksikan Selangor membenam Johor Darul Takzim 4 - 1di Shah Alam, membuka ruang untuk Selangor berada di atas kedudukan liga di belakang ATM dengan dibezakan perbezaan jaringan.

Banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan tersebut, dan dari kaca mata aku sebagai peminat bolasepak, secara keseluruhan ia adalah perlawanan yang menghiburkan. Tetapi,


  1. Muak dengan kelibat Safiq Rahim (sebenarnya ketika dia masih menyarung jersi Selangor).. aku rasa dia bukan pemimpin yang baik di tengah padang..
  2. Persembahan Adib yang agak mengecewakan. Kad kuning yang diterima sepatutnya memberi amaran supaya berhati - hati dan elak untuk melakukan terjahan yang tidak sepatutnya, nasiblah bentesan keras di luar kotak penalti tidak menarik minat pengadil untuk kad kuning kedua.
  3. Perlakuan Norshahrul yang tidak profesional, setiap kali bola hampir hilang dalam kawalan pasti siku diangkat kepada pemain lawan. Pemain kebanggaan negara?? Hahahh.
  4. Sikap tamak Forkey Doe kadangkala memerangkap pasukan untuk menjaringkan gol. Adakala pemain lain berkedudukan baik untuk menjaringkan gol jika mendapat umpanan awal.
  5. Pengulas Astro Arena pun bagi aku dah banyak melalut. Dengar yang Bahasa Inggeris lagi bagus daripada Zainal Abidin Rawop, yang mana aku rasa dah patut ganti dengan orang lain. Serahkan pengulas bersama memilih pemain terbaik, tapi bagi cadangan peribadi pulak, apa hal??
Jersi Selangor 2013

Jersi JDT 2013

Aku dah tulis di bahagian tajuk, aku pengulas tidak bertauliah, dan menulis di sini atas dasar pandangan kaca mata aku sendiri. Sememangnya aku lega dan bangga Selangor berjaya menewaskan pasukan lawan, tetapi kualiti permainan 90 minit tu pun kena ambil kira.

Jadi setakat ini sahajalah ulasan aku. Sekian.

Nike Mercurial Veloce FG

/ March 2, 2013 /
Ini kali ke - 6 aku membeli kasut bola sepanjang usia aku. Kali terakhir aku membeli kasut bola adalah pada Julai 2010, iaitu Nike Mercurial Victory FG dengan harga RM279.

Nike Mercurial Victory
Nike Mercurial Victory, Julai 2010

Buat masa sekarang, secara keseluruhannya kasut tersebut masih dalam keadaan baik, cuma sedikit calar dan kulit di bahagian masukan kaki sudah mengelupas. Dengan kenangan yang ada sepanjang aku menggunakan kasut tersebut, maka aku tidak berniat untuk menjualnya. Kasut sebelum Mercurial Victory, aku pernah jual kepada pelajar aku dengan harga RM80 setelah setahun aku menggunakannya.

Bercerita mengenai kasut baru, aku memilih Nike Mercurial Veloce FG saiz 7(UK). Sempit dibahagian tepi tapi masih longgar di bahagian hadapan kaki. Kasut terdahulu bersaiz 6.5 (UK) tetapi aku dimaklumkan tiada saiz 6.5(UK). Tidak dapat dipastikan samada memang tiada saiz 6.5 atau masih belum ada stok.

Nike Mercurial Veloce FG
Nike Mercurial Veloce FG, Mac 2013

Harga bagi kasut Nike Mercurial Veloce FG ini RM389. Kalau anda mahu kasut yang sama tetapi lebih murah, anda boleh memiliki Nike Mercurial Victory IV dengan harga RM289. Kalau anda mahukan Mercurial 1st Grade, anda boleh miliki Nike Mercurial Vapor IX dengan harga RM749. Kalau anda mahukan nama anda di kasut, aku tak pasti pulak berapa harga yang akan dikenakan. Anda boleh customize sendiri warna dan NikeiD kasut anda.

Nike Mercurial Vapor IX
Nike Mercurial Vapor IX, NikeiD

Jom main bola... heheee
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap